Welcome back to another chapter guys seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk buka chapter seterusnya. Have fun and thanks sudi support
[ S P E C I A L C H A P T E R P A R T 3 ]
RYAN ikuti sahaja ke mana Ikhwan bawanya. Hani pun ada juga. Dia tak kenal pun tuan rumah tempat mereka sedang beraya ini. Maklumlah dia bukan orang situ. Itu kan kampung isterinya dan juga abang iparnya.
"Hei Hani. Jemputlah masuk." Ujar Hanita (SehunnitaxireneXiren) Hani angguk sahaja dan ajak suaminya masuk. Ikhwan awal-awal lagi dah masuk. Tadi Hani tengok kucing sekejap.
"Kau ni datang tak bagitahu aku. Kalau tak aku masakkan untuk kau." Ujar Hanita. Dia memang dah berkawan dengan Hani sejak mereka kecil lagi. Geng Hani kayuh basikal pusing kampung bila balik kampung. "Eh buat susah je lah." Ujar Hani.
Hanita kemudian memandang Ryan. "Laki kau?" Hani angguk. Dia lupa nak kenalkan suaminya pada Hanita. "Abang ni kawan saya. Geng masa kecik dulu. Hanita ni laki aku. Kau panggil je Ryan." Hani memperkenalkan.
Sebenarnya dia yang ajak suaminya pusing kampung sebab nak kenalkan Ryan pada penduduk kampung serta ahli keluarganya yang tak dapat datang tika dia nikah dahulu. Hanita salah seorang yang tak dapat datang sebab masa tu ada peperiksaan penting di kolej. Tahun ini barulah dapat berjumpa dengan Ryan.
"Oh ya aku lupa nak cakap. Tahniah ya. Tak lama lagi kau dah nak ada anak. Aku dengar kau mengandung kembar. Betul ke?" Hanita ada dengar kakaknya bersembang dekat makciknya pasal Hani tempoh hari. Dia tak tahu pun Hani mengandung kerana dia lost contact sebab telefonnya rosak.
Bila tadi Hani muncul memang dia terkejut melihat perut Hani. Tak sangka pula babies bump Hani tu besar. Dia sangkakan mereka menipunya. Namun hakikatnya tidak.
"Eh kau tak nak makan dulu ke? Kakak aku ada masak tadi." Sebab keluarga mentua kakaknya datang tadi. "Eh kakak kau dah pandai masak ke?" Hani bertanya. "Dia kena lah belajar. Bapa mentua dia cef. Nanti kena sindir pula kalau tak pandai masak." Hani tertawa kecil. Hanita memang tak sangka lah kakaknya yang dulunya tak pernah pegang kuali sekarang ni rajin pula memasak.
Ryan meminta diri untuk keluar sekejap untuk menjawab panggilan telefon. Manakala Hani masih lagi bersembang dengan Hanita. Sembang pasal kucing. Maklumlah dua-dua suka kucing. Hani perhatikan sahaja kucing milik Hanita yang berwarna kelabu itu. Dia sudah tertarik dengan kucing berkenaan. Hanita perasan yang kucingnya asyik menjadi perhatian Hani.
"Kau nak ke?" Tanya Hanita. "Hah? Eh tak lah. Aku tengok je. Bulu dia lawa." Ujar Hani. Buat malu je datang rumah orang minta kucing. Nantilah dia minta Ryan carikan kucing baru. "Bi betina. Ada 3 ekor anak dia. Anak dia yang jantan tu macam yang ni warna dia. Kau nak? Aku boleh bagi." Kata Hanita.
Hani geleng sahaja. "Tak pa lah. Nanti laki aku marah pula." Balas Hani. "Belum tanya belum tahu. Pergilah tanya. Aku tahu kau nak kucing kan? Kucing kau semua dah matikan." Sebab kena penyakit kucing. Memang Hani menangis teruk lah bila satu per satu kucingnya mati. Kini dia dah tak ada kucing lagi.
Hani sengih sahaja lalu pandang Ryan. Ryan pun pandang dia juga. Hani tersengih sambil pandang dia. "Abang nak kucing boleh?" Dia bertanya pada Ryan. Ikhwan masih lagi bersembang dengan Faris. Abang kepada Hanita.
"Kucing? Nak dapat dekat mana?" Soal Ryan. Kemudian Hani tunjuk kucing berwarna kelabu. "Boleh? Hanita nak bagi anak dia." Beritahu Hani. "Ikut suka Sayang lah. Bukan Abang yang nak jaga." Ryan memberi kebenaran. Kalau itu boleh buatkan isterinya gembira dia ok sahaja.
Jangan Hani minta benda-benda pelik sudahlah. Macam haritu tika Hani mengidam somtam sejenis makanan Thailand. Memang Ryan dah tak tahu nak cari di mana dekat KL. Akhirnya terpaksa dia buat sendiri. Mujurlah senang sahaja.
RYAN dengan Hani sedang tidur tika telefonnya berbunyi. Dia segera bangun lalu mengangkat panggilan tersebut. Dia penat sangat sebenarnya sebab seharian beraya di rumah saudara Hani sebab Hani nak kenalkan dia pada saudara isterinya itu. Esok pul ada rumah terbuka yang nenek isterinya akan buat. Jadi selamat lah esok tak perlu berjalan lagi. Keluarganya dari KL akan datang malam ini. Memang esok meriahlah rumah nenek.
"Hnm kenapa kau call aku Ril?" Dia bertanya. "Boleh tak kau tolong aku?" Ril bertanya pada Ryan. Dia dah lama kenal Ryan. Jika tidak mana lah dia mahu minta tolong dekat Ryan yang sudah dia kenali sejak sekolah menengah lagi. "Tolong apa?" Ryan bertanya. Matanya bergerak memandang Hani yang baru bangun. Hani pandang sahaja Ryan yang sedang bercakap di telefon itu.
"Pinjam duit sikit boleh?" Ril atau nama sebenarnya Airil bertanya. "Nak pinjam duit? Berapa?" Ryan bertanya. Airil pun dah banyak tolong dia dulu. Apa salahnya dia tolong Airil. "Kalau 5 ribu boleh?" Airil bertanya. "5 ribu? Kau nak buat apa?" Hani yang berada di sebelahnya terkejut. RM5000 banyak tu. Bukan sedikit.
"Adik aku masuk lokap. Aku nak pinjam duit sebab nak keluarkan dia." Beritahu Airil. Dia malu nak pinjam dekat Ryan. Sudahlah nak pinjam duit guna untuk keluarkan adiknya dari lokap. "Dia masuk lokap? Menangih lagi ke?" Ryan kenal dekat adik kepada Airil. Memang kaki syabu. Dah banyak kali juga keluar masuk tapi masih tak nak berubah.
"Hmm ye lah aku bagi pinjam. Tapi kalau minggu depan boleh? Aku dekat Kelantan ni. Dekat kampung bini aku. Minggu depan baru balik KL. Boleh?" Beritahu Ryan. "Boleh. Terima kasih lah tolong aku." Ucap Airil. "Alah kawan kan. Tak kan aku nak tolong. Kau ok ke dia duduk lama dalam tu? Atau nak keluarkan sekarang?" Ryan bertanya. "Biarlah dia dalam tu dulu." Kata Airil lalu kedengaran dia tertawa. Lama juga lah dia berbual dengan Airil sebelum Airil mengakhirnya panggilan tersebut.
"Abang nak tolong dia juga ke?" Hani bertanya bila Ryan letak semula telefonnya di tepi. "Ha'ah. Kawan Abang juga. Kenapa? Sayang tak suka ke?" Hani terus geleng. "Tak lah. Saya tanya je. Kawan Abang tu macam rilek je adik dia masuk lokap." Ujar Hani.
"Kaki syabu Sayang. Entah dah berapa kali masuk. Sampai kena hantar pergi pusat pemulihan tapi tak insaf juga." Beritahu Ryan. "Abang pernah cuba try syabu?" Tiba-tiba Hani bertanya. "Mestilah tak pernah Sayang. Muka Abang ni muka penagih ke?" Terkejut bila dituduh. "Mestilah tak. Saya tanya je lah." Kata Hani.
"Abang pernah isap rokok ke?" Kemudian dia tanya lagi. "Tipu lah kalau tak pernah Sayang. Masa sekolah menengah dulu pernah lah juga try." Dia ingat lagi tika zaman jahilnya. Dia dan beberapa kawannya termasuk Ikhwan bersembunyi di belakang surau sekolah sebab nak isap rokok. Malah banyak kali juga escape kelas.
Bila Dato Aziz tahu memang teruk Ryan kena hentam. Habis badannya lebam dan luka sebab kena pukul dengan rotan. Masa tu baru tingkatan 3. Dah nak pmr (sebelum pt3). Lepas tu dia insaf dan tak buat lagi. Masa tingkatan 4 dia berubah terus. Begitu juga Ikhwan.
Hani angguk sahaja dengar cerita daripada Ryan. Seronok bila dengar kisah hidup suaminya itu. "Jadi sampai sekarang Abang dah tak merokok lagi kan?" Ryan angguk. "Kalau bukan sebab papa dulu mungkin sampai sekarang Abang tak berubah. Masa sekolah pun dulu kaki pukul juga. Tapi Sayang jangan risau. Abang tak kan naik tangan dekat Sayang. Sekarang Abang dah berubah. Buat apa nak jadi kaki pukul kan? Buat apa lagi nak merokok. Abang dah berubah sejak naik tingkatan 4." Katanya sambil mengusap perut Hani.
"Abang akan buat yang terbaik buat Sayang dan anak-anak kita. Abang akan sentiasa lindungi Sayang dan keluarga kita." Ucapnya sebelum mencium perut Hani lalu mencium bibir Hani pula. Dipeluknya tubuh Hani sambil tangannya membelai perut isterinya itu. Hani rasa selamat. Selamat dengan Ryan.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...