BAB 77

3K 123 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Author tak lupa janji author dekat korang berkaitan dengan flashback bab tu. Bab 78 merupakan bab mengenai flashback berkenaan. And if korang nak baca sila lah tekan vote ya. 80 votes diperlukan untuk author update bab berkenaan. Thank you sudi support and have fun guys.



    RYAN yang ketika itu sedang memakai tali leher segera menoleh memandang Hani yang baru keluar dari bilik mandi mereka itu. "Abang rasa saya dah tak cantik ke?" Hah sudah keluar soalan maut pula. Soalan yang Ryan elak untuk jawab.

"Kenapa pula Sayang cakap macam mana tu?" Dia bertanya. Dia melihat pula wajah isterinya. Biasa je dia tengok. Macam selalu. Tak banyak perubahan pun. "Tengok lah muka saya ni banyak jerawat lepastu dah tak glowing macam dulu." Adunya dengan muka kecewa. Dia terus duduk di hadapan meja solek itu lalu mengambil losen miliknya.

Belum sempat pun penutupnya dibuka, Ryan terlebih dahulu mengambil dari tangan isterinya. "Muka Sayang ok apa. Jerawat tu memang lah ada tumbuh sikit. Tapi tu kan perubahan hormon sebab baby Sayang. Pasal glowing tu Abang rasa ok je. Mata Sayang tu yang dah tak betul." Sempat dia mengejek.

Hani pun apa lagi terus memukul lengan Ryan yang lelaki itu diletak di kedua belah tepi badannya untuk menghalang Hani dari melarikan diri.

Ryan terpaksa membongkokkan sedikit badannya supaya Hani tidak payah bersusah payah mendongak memandang dirinya. "Sampai hati Abang ejek mata saya ni." Rajuknya. Ryan tersenyum kecil lalu mengucup ubun-ubun isterinya.

"Tak kisah lah muka Sayang tu berjerawat and tak glowing lagi. Tu semua kan perubahan hormon. Nanti bila dah beranak ada lah tu balik. Abang tak kisah pun sebab isteri Abang ni masih cantik juga. Jangan risau lah pasal semua tu." Hani sekadar mengangguk sahaja.

"Mesti baby ambik seri muka mama dia kan.Supaya nanti bila lahir cantik macam mama dia kan.Kali ni tentu perempuan kan." Teka Ryan.

Mereka berdua masih belum mengetahui jantina anak mereka kerana tiap kali doktor mahu periksa pasti baby tidak mahu berhenti bergerak. Dia malu kot. Kemaluan si kecil itu asyik tersembunyi sahaja tiap kali hendak diperiksa. Doktor pula yang penat cari jalan untuk tengok kemaluan bayi.

"Yakin je lah Abang ni." Ujar Hani. "Betul lah. Mama pernah juga cakap kan kalau morning sickness tu kan salah satu petanda yang Sayang tu tengah mengandungkan baby girl." Katanya seolah-olah dia merupakan bidan kampung mahupun doktor pakar sakit puan.

"Dah lah Abang dah lambat nak pergi kerja ni. Layan Sayang sampai ke tahun depan belum tentu selesai." Katanya lalu dia mengambil kot miliknya. Pagi ini dia ada mesyuarat penting dan sudah pasti dia mahu kelihat formal dan kemas di mata pekerjanya.

"Hmm ye lah." Hani terus menyalami tangan suaminya itu. Ryan pula mencium dahi Hani sebelum tangannya naik mengusap perut isterinya itu. "Baby duduk diam ya dalam perut mama. Behave sikit jangan nak tendang-tendang perut mama awak tu. Kesian mama awak sakit." Sempat dia memberi nasihat pada bayi yang belum lahir itu.

Bila dia dan Hani melangkah keluar dari bilik mereka kebetulan Haziqah berdiri di hadapan bilik mereka. Mujurlah Ryan tidak terlanggar anaknya itu. "Eh kakak kenapa ni?" Dia bertanya pada anak gadisnya itu. "Papa nak jalan?" Haziqah bertanya. Dia mendongak memandang papanya itu.

"Ya sayang papa nak pergi kerja ni. Kenapa kakak?" Haziqah sengih sebelum memandang mamanya pula. "Nak ikut boyeh?" Haziqah bertanya. "Papa sibuk harini kakak. Esok je lah ya?" Ujar Hani.

Mereka sudah mula memanggil Haziqah 'kakak' supaya Aryan nanti tidak memanggil nama pada kembarnya itu. Jadi Aryan pun dah mula memanggil Haziqah sebagai kakak. Sesuailah Haziqah dipanggil kakak memandangkan dia merupakan anak sulung. Dia lahir awal beberapa minit sahaja dari adik kembarnya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now