Hi welcome back to chapter 25. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. And kalau sudi jemputlah singgah baca ' Dia Lah Suri Hatiku ' ya. Ok have fun guys
RYAN melangkah masuk ke dalam rumahnya dan mendapati isterinya sedang makan. Dia bingun seketika. "Sayang! Tak puasa ya." Katanya membuatkan bahu isterinya terhinjut. Sekarang sudah masuk bulan ramadan dan Ryan pun dah pindah di Johor. Mereka tak berpisah lagi lah. Tak perlu setiap hujung minggu drive dari KL.
"Abang ni terkejut saya. Ha'ah lah tak puasa." Hani menjawab lalu sambung makan lagi. "Asal pula? Oh period." Ujarnya. Hani angguk sahaja. "Hmm ye lah makan lah. Abang nak naik solat dulu." Walaupun sekarang ni bulan ramadan dia tetap juga balik tengah hari. Bukan sebab nak makan ya. Dia nak solat zohor. Dia malas nak solat di surau yang disediakan di pejabatnya kerana mesti ramai yang akan ke surau bila masuk waktu zuhur.
Bila dia turun semula Hani dah selesai makan. Isterinya itu duduk bersila sambil menaik sesuatu di atas laptopnya. "Buat apa tu?" Ryan bertanya. "Assignment ni. Nak kena hantar lusa." Jawab Hani. Dia meneliti satu per satu patah perkataannya. Takut ada yang tersalah taip.
"Bentang dekat depan?" Ryan bertanya. "Ha'ah. Lepastu nak kena print out sebab pensyarah nak bukti." Jika ada pentaksiran nanti senanglah pensyarahnya yang tengok balik apa yang dia buat sebelum ini. "Abang boleh tak tolong printkan?" Tanya Hani. "Boleh je. Masukkan dalam pendrive nanti Abang print dekat pejabat." Jawab Ryan. Apa salahnya tolong isterikan.
Setelah selesai menyalin kerjanya di dalam pendrive dia memberi pendrive tersebut pada suaminya. "Oh ya berbuka nanti Abang nak makan apa?" Dia bertanya. "Beli je lah makanan dari bazar. Sayang rehat lah tak perlulah masak harini." Cadang Ryan. Selama 16 hari berpuasalah Hani lah yang akam sediakan makan berbuka mereka. Ryan pun ada tolong juga.
Dia bukannya jenis yang suka goyang kaki sambil tengok orang lain buat kerja. Apatah lagi bila dah jadi suami ni. Memang rajin lah Ryan tolong Hani masak di dapur sejak dia dah dapat pindah di Johor ni. Selalu kalau untuk sahur Ryan memang rajin masak untuk makanan mereka.
"Ok lah Abang gerak dulu. Dalam jam 5 begitu Abang balik baru kita pi bazar ya." Katanya. Hani angguk sahaja lalu bersalam dengan suaminya. Dia menghantar Ryan hingga ke muka pintu. Bila kereta suaminya meninggalkan kawasan rumah barulah dia menutup pintu. Tapi dia sedari dia telah diperhatikan oleh Zul yang ketika itu baru sampai.
Dia terkedu melihat Hani buat pertama kalinya tanpa memakai tudung. "No wonder laki dia tu kaki kuat cemburu. Lawa gila dia tak bertudung." Kemudian dia memikir benda yang tak sepatutnya. Bila dia sedar semula dia menampar pipinya. "Puasa ni tak baik. Kurang pahala." Katanya lalu melangkah masuk ke dalam rumah. "Kamu tu dah kenapa tampar muka sendiri?" Tanya Mak Siti yang ternampak anaknya menampar pipi sendiri tadi.
"Hah? Oh itu. Ada nyamuk ma." Tipunya. Walhal dia memikirkan isteri orang yang tidak akan dia dapat buat selamanya.
DIA menarik tangan suaminya menuju ke gerai yang menjual ayam golek berkenaan. Sejak dari 3 hari lepas dia nak makan ayam golek. "Abang beli ni boleh?" Hani bertanya. "Boleh je. Jap." Kemudian Ryan pergi memberitahu adik yang menjual ayam berkenaan.
"Lepas ni dah beli apa pula?" Ryan bertanya. "ABC." Jawab Hani. "No. Tak boleh." Ryan melarang. "Kenapa pula? Saya nak minum ABC lah Abang." Hani bertanya.
"Sayang tu period. Kurangkan sikit minum air berais. Abang buatkan minuman je di rumah nanti." Kata Ryan. Dia memang menjaga kesihatan isterinya. "Tu kan mitos je. Tak betullah. Abang bolehlah." Dia memujuk. "Mitos atau tak Abang tak kisah. You should kurangkan minum minuman yang berais lah." Ujar Ryan. Memang Hani kerap minum air sejuk berbanding air suam. "Alah Abang kali ni je." Dia cuba memujuk lagi.
Akhirnya Ryan tewas bila dia sudah penat nak berbahas dengan Hani. "Hmm ye lah kali ni je." Hani terus tersenyum lalu menarik tangan suaminya menuju ke arah gerai yang menjual ABC.
Bila sampai di rumah Hani terus membantu suaminya membawa makanan yang mereka beli tadi masuk ke dalam. "Eh baru balik dari bazar ke?" Tanya Mak Siti. Hani dan Ryan kemudian memandang jiran mereka itu. "Ha'ah. Malas pula nak masak harini." Hani menjawab. Sebenarnya dia ok sahaja nak masak untuk berbuka nanti.
"Oh patut tadi pak imam kata sunyi je rumah kamu." Kata Mak Siti. "Pak imam datang buat apa?" Ryan bertanya. Sejak dia dah duduk dekat sini memang rajinlah dia ke surau taman perumahan mereka itu apatah lagi ketika bulan ramadan ini.
"Dia nak panggil tu kamu berdua pi surau malam ni. Lepas terawih dia buat kenduri sikit dekat surau nanti. Anak dia kan nak naik haji." Beritahu mak Siti. "Insyaalah saya datang mak siti." Jawab Ryan. Sekali sekala kan? Lagipun ni salah satu cara juga untuk dia mengenali jiran-jirannya. Bukan salah pun. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim juga. Jika dia tak datang ke surau untuk solat nanti apa pula kata jiran-jirannya. Nanti mereka kata pula Ryan dan Hani sombong. Maklumlah orang KL kan.
Ryan tak nak pula ada jiran yang anggap mereka itu sombong. Dia layan sahaja semua jirannya begitu juga Hani. Tapi dia kawal sikit pergaulan Hani dengan anak-anak muda taman perumahan ini kerana mereka agak liar sikit. Terutama lagi yang lelaki. Malah dengan makcik-makcik pun Ryan kurangkan pergaulan Hani bersama mereka sebab mereka itu suka sangat tabur fitnah. Dia tak nak Hani jadi macam tu pula.
"Nak kena bawa makanan ke?" Tanya Hani. Segan pula jika suaminya ke surau dengan tangan kosong sahaja. Sudahlah ada kenduri. "Eh tak perlulah Hani. Buat susah kamu je." Ujar Mak Siti. "Tak ada susah lah mak Siti. Nantilah saya fikir dulu apa nak masak. Abang jom." Dia mengajak suaminya masuk.
"Sayang nak masak juga ke?" Dia bertanya Hani. "Alah bukan selalu pun. Lagipun kita kan orang baru dekat sini. Apa susah. Ni sedekah dari kita lah." Dia tak harapkan apa-apa balasan dari mereka kerana dia ikhlas.
"Kalau Sayang dah kata macam tu. Nak masak apa ni?" Ryan bertanya. Dia mengerling jam dinding. Baru jam 6.30. Lama lagi ni nak berbuka. "Saya goreng mi je lah. Nanti lagi kalau ada kenduri ke jamuan buka puasa di surau saya buatkan kek." Kata Hani. "Hmmm ye lah. Abang naik dulu lah mandi." Hani angguk sahaja dan mula mengeluarkan pek mi dari kabinet dapurnya. Mujurlah kelmarin Ryan beli banyak pek mi. Mungkin petanda untuk mereka bersedekah.
Selesai sahaja kenduri mereka pak imam terus berjumpa dengan Ryan. "Terima kasihlah sudi bawa mi. Saya tak sangka pula kamu datang bawak makanan." Katanya. "Alah apa salahnya. Tak elok juga kan kalau saya datang tangan kosong. Saya ni kan baru lagi kan sini pak imam." Ujarnya.
"Ish ada pula kata macam tu. Baru atau lama ke jiran juga. Oh ya mi tu siapa masak? Isteri kamu ya?" Tanya pak imam. "Ha'ah dia masak." Ryan memberitahu. Bukan nak membangga tapi apa salahnya bagi kredit dekat Hani yang sudah bersusah payah masakkan mi tersebut.
"Sedap mi tu. Oh ya isteri kamu mana? Tak nampak pun. Dia tak ikut ke?" Sejak dari awal lagi dia nampak Ryan seorang sahaja. Dia tak nampak pula kelibat Hani. "Alah biasa-biasa je dia masak tu. Ha'ah dia tak dapat nak datang pak imam. Biasalah orang perempuan kan." Katanya. Pak imam angguk sahaja. Dia faham sebab dia pun ada isteri dan anak perempuan.
"Ok lah saya balik dulu. Risau pula tinggalkan dia sorang je dekat rumah tu. Assalammmualaikum." Selepas meminta diri dia terus masuk ke dalam keretanya lalu memandu balik.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...