BAB 79

3.1K 114 2
                                    

Welcome back to another chapter. Kalau sudi tekan lah vote ya. Seperti biasa 75 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya.   Thank you sudi support and have fun guys. And now back to the story

         "OK Puan sikit lagi. Saya nak nampak kepala baby. Kalau saya kata push puan push ya. A big push." Kata doktor berkenaan. Hani sekadar mengangguk lemah sebelum memandang Ryan yang setia menemani dirinya.

"Abang halalkan makan minum saya selama ni ya. Ampunkan dosa saya ya. Jangan berdendam dengan saya. Andai ni kali terakhir... Abang i love you." Ucap Hani sebelum dia memberi tolakan terakhir seperti yang doktor suruh.

Ryan menggeleng memandang Hani. "Sayang jangan lah macam ni." Katanya. Dia takut kehilangan Hani. Hani tersenyum lemah lalu memegang pipi suaminya itu. "Kalau saya tak ada nanti Abang tolong jagakan anak-anak kita ya. Kalau Abang nak kahwin baru pun saya benarkan. Asalkan anak-anak kita dapat kasih sayang dari seorang ibu." Ujarnya perlahan.

"I won't. Macam yang Abang janji dulu, Sayang hanya satu-satunya yang layak untuk Abang. Hanya nama Sayang sorang sahaja yang layak disebut dalam lafaz nikah Abang. Tolonglah jangan cakap macam ni. Abang yakin Sayang boleh." Rayunya.

Bila Hani tiba-tiba berkata begini dia jadi takut. Takut akan kehilangan Hani. Macam mana dia mahu membesarkan anak-anaknya tanpa Hani di sisinya. Siapa yang akan mendodoikan dan menyanyikan lagu buat anak-anak mereka bila mereka mahu tidur.

Siapakah yang akan menemani tidur malamnya jika Hani pergi buat selamanya. Bagaimana dia mahu tidur tanpa suri hatinya ini.

Kalau boleh dia mahu dia yang pergi dahulu bukannya Hani. Dia tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Hanya Hani seorang sahaja yang layak menjadi ibu kepada anak-anaknya. Hanya Hani seorang sahaja yang layak dipanggil 'mama' oleh anak-anaknya. Tiada perempuan lain yang boleh menggantikan tempat Hani.

"Ok puan sikit lagi. Puan push ya. 1,2, dan push." Hani terus mencengkam lengan Ryan lalu memberi tolakan terakhir sebelum akhirnya ruang itu dipenuhi dengan suara tangisan bayi yang baru lahir.

"Tahniah puan. Is a girl." Hani terus tersenyum melihat bayi yang baru lahir itu. Doktor berkenaan meletakkan bayi itu di atas perutnya supaya senang mahu mengeluarkan uri bayi dari rahimnya.

Ryan sudah tersenyum gembira. Dia mengucup dahi isterinya sambil menggenggam erat tangan Hani. "Terima kasih Sayang sebab sudi lahirkan bayi perempuan yang sempurna." Hani tersenyum lemah. Tidak mampu untuk mengeluarkan suaranya.

Hani perlahan-lahan mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat wajah bayinya itu. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Encik nak potong tali pusat bayi sendiri tak?" Doktor itu bertanya. Ryan sekadar mengangguk lalu menghampiri doktor wanita berkenaan. Sepatutnya Doktor Marlina yang bertanggungjawab untuk menyambut anaknya akan tetapi Doktor Marlina terlalu sibuk ketika ini.

Mujurlah ada doktor perempuan yang boleh membantu Hani. Dia tidak mahu doktor lelaki yang menyambut anaknya. Dia tidak benarkan mana-mana lelaki untuk melihat aurat isterinya. Para medical students yang turut sama di dalam ruang itu juga merupakan perempuan. Bekerja mahupun belajar dia tidak kisah. Mereka semua tidak boleh melihat aurat isterinya.

"Nampaknya puan tak ada pun kesan koyakan jadi kami tidak perlu menjahit apa-apa." Doktor itu memberitahu. Bulat mata Ryan bila mendengar. Tiada kesan koyakan? Ya Allah sungguh istimewanya dan sungguh kuatnya ciptaan-Mu yang bergelar wanita ini.

"Serius tak de?" Ryan bertanya. "Ya encik. Langsung tak ada. Saya pun terkejut juga sebab baby pun besar juga. Tapi langsung tiada kesan koyakan pada isteri encik. Kuasa Allah kan." Kata doktor berkenaan. Dia pun terkejut juga.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now