Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk author publish bab 66. Thanks sudi support and have fun guys.
Anyone yang interested dengan book 2 of OH MY HUSBAND 2 boleh pm author ya. Author akan bagi details. Cehhh just kidding. Jangan pm ya. Saja gurau. Skskskksksk
MATA mereka semua tertumpu pada bos mereka yang datang sambil mendukung bayi. Bukan seorang tapi dua orang. Yang lagi sorang didukung oleh si isteri.
"Betul ke Abang boleh jaga ni?" Hani bertanya. "Mestilah boleh. Anak Abang juga kan. Tak kan lah tak boleh jaga. Dah 4 bulan Sayang. Selama ni Abang tolong juga kan basuh berak dorang." Sempat lagi dia mengungkit.
Hani jeling sahaja dan melangkah masuk ke dalam pejabat milik suaminya. "Saya keluar kejap je ni. Kalau ada apa-apa call je. Dalam beg ni ada botol susu dorang. Jangan risau bukan susu formula. Ni breastmilk saya ok." Katanya.
"Saya pakai kereta ya." Hani mengambil kunci kereta yang berada di dalam poket seluar Ryan. Ryan angguk sahaja. Sebelum keluar Hani mencium anak-anaknya dan kemudian bersalam dengan suaminya. Si suami pun dapat ciuman juga. Tapi di pipi sahaja. Tak boleh tempat lain.
Belum pun sempat Hani melangkah pergi sudah kedengaran suara Aryan merengek. Hani terus menghampiri si kecil itu. "Mama belum jalan pun dah nangis." Kata Hani sambil cuma memberhentikan rengekan anaknya itu.
Bila dia mendekatkan botol susu pada bibir Aryan budak kecil itu menolak dan merengek lagi. Hani terus memandang Ryan. "Abang boleh tak tutup tingkap?" Dia bertanya.
"Boleh je. Jap." Ryan kemudian menekan butang pada alat kawalan berkenaan untuk menutup semua tingkap yang ada supaya Hani selesa menyusukan anak mereka. Pintu bilik pun dia kunci sekali siap maklumkan pada Lia supaya tidak menggangu mereka. 'My wife tengah menyusukan my son. So kalau boleh jangan bagi sesiapa masuk dalam bilik aku' pesan Ryan pada Lia tadi.
Rakus sekali Aryan bila Hani menyusukan si kecil itu. Terus dia senyap dan menghisap dengan perlahan. Mata kecilnya pula merenung wajah mamanya. "Abang mata Aryan kan macam Abang lah." Ujar Hani. Dia merenung ke dalam anak mata si kecil itu.
Kelihatan jelas bentuk mata dan hidung yang sebiji macam Ryan. Tapi Haziqah lagilah banyak copy muka Ryan. Aryan ni terlebih kepada Hani. Seimbang. Yang lelaki ikut Hani yang perempuan ikut Ryan.
Selepas menyusukan Aryan barulah Hani keluar dari bilik pejabat suaminya itu. Haziqah nyenyak sangat tidur jadi Hani tak nak ganggu tidur anak kecilnya itu.
Lia tersenyum sahaja bila melihat Hani melangkah keluar dari bilik bosnya. "Puan nak ke mana?" Dia bertanya. "Keluar jumpa kawan. Abang Ryan yang nak sangat jaga twins." Kalau tak memang Hani bawa keluar sekali tapi Ryan yang beria nak jaga anak kembar mereka.
Hani terus tergesa-gesa masuk ke dalam kereta suaminya. "Dah tahu orang pendek kerusi ni bagilah dekat dengan stereng." Bebelnya sendiri. Kalau Ryan bagi dekat kerusi itu dengan stereng macam mana lah dia nak memandu pula. Sudahlah kakinya panjang. Hani pula kaki pendek sahaja. Maklumlah dia cuma 158cm manakala Ryan pula 182cm. Jauh bezanya.
Hani tersengih sahaja bila melihat satu persatu wajah kawan-kawannya itu. Semua muka cemberut. "Lambat." Marah Zura. "Sorrylah tadi aku dah nak gerak tapi anak aku melalak nak menyusu." Hani menerangkan.
"Susahlah ada kawan yang dah jadi mak ni." Ujar Zura. "Eh dia pun nak kahwin nanti. Bila kau ada anak sendiri barulah kau faham dekat aku ni Zura." Bukan senang nak jaga anak tau. Lebih-lebih lagi kembar. Mujurlah belum pandai merangkak kalau tak penat lah juga kena kejar.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...