Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote. Hari ini nak promote iKON pula ya.
HANI memadang keadaan sekitar dewan tersebut. Hari ini Hani akan gradute." Adik tahniah dah graduate pun" kata Ikhwan sambil memberi sejambak bunga ros kepada Hani. "Thank you abang" Hani mengambil jambak bunga tersebut.
"Lepas ni Hani tak nak sambung master?" Tanya Ikhwan. "Degree lah. Mestilah adik nak sambung. Dekat Johor." Jawabnya.
Ikhwan menangguk lalu menepuk bahu kawanbaiknya itu. "Bersabarlah Ryan. Kau duduk jauh dengan dia." Ujar Ikhwan seolah-olah dia bersimpati. Ryan turut sama nak menyibuk di hari graduasinya. Mahu juga dia ada di sana.
"Eh macam aku tak boleh jumpa hujung minggu." Dia sudah berhasrat jika Hani berada di Johor nanti, pada setiap hujung minggu dia akan ke sana dan balik semula ke KL pada hari isnin. Malah rumah pun dia dah ada. Cuma menyewalah kerana Hani di sana untuk 4 tahun sahaja. Tak kan sampai bila-bila pula duduk di Johor kan?
"Hah! Memandangkan Ryan pun ada di sini apa kata korang dua ambil gambar sama-sama. Sebagai kenangan." Cadang Haji Haris mencadangkan. "Abah tak perlu lah." Tolak Hani. Kepalanya menggeleng. Penat lah dia asyik senyum sahaja dari tadi.
Hajah Rudiah senyum sahaja lalu menolak Hani berdiri rapat di sebelah lelaki itu. "Untuk kenangan lah. Tak lama lagi kan korang nak kahwin." Ujar Hajah Rudiah menyokong cadangan suaminya.
Ikhwan pula sedia dengan telefonnya. "Senyum lah Hani. Sekali je." Pujuk Ikhwan pula. Akhirnya Hani terpaksa senyum juga. Ryan pula memainkan peranan dengan membengkokkan sedikit kakinya agar Hani kelihatan tinggi di dalam gambar tersebut. Dia tahu Hani parasa bahunya sahaja. Itu pun setelah gadis itu memakai kasut bertumit tinggi.
Hani terkejut bila tiba-tiba Ryan berbisik. "Senyum lah. Hari graduasi kau ni." Katanya. "Tahu lah." Jawab Hani. Setelah itu muncullah Zura, Mira dan Denisha. Masing-masing sudah kecoh.
"Weii jom bergambar." Ajak Denisha. Tanpa apa-apa pengetahuan tangan Hani ditarik oleh Mira. Entah ke mana mereka membawa Hani.
Usai bergambar mereka duduk sebentar di bawah pokok. "Wei kad kahwin kau dah siap ke?" Denisha bertanya. "Dah. Baru je. Hari ini aku ambil. Nanti aku bagi korang ya." Balas Hani. "Tak sangka pula kawan aku ni dah nak kahwin. Alah lepasni jarang lah aku jumpa kau kan." Kata Mira pula dengan muka kecewa.
"Alah tak pa kita pi rumah dia. Boleh kan Hani?" Denisha bertanya. "Sorry lah tapi lepas je aku kahwin nanti aku kena pindah Johor." Hani memberitahu. Dia dah dapat tawaran. Awal bulan depan ada temu duga.
Mereka bertiga terus terkejut. "Kenapa wei? Ryan ajak pindah sana ke? Bukan dia duduk sini juga ke? Asal kau kena pindah Johor?" Mira bertanya. "Aku dapat tawaran sambung belajar di sana. 3 minggu lepas aku kahwin aku dah masuk u balik. Sambung degree." Hani memberitahu. Dia tahu kawan-kawannya itu kecewa.
"Laki kau pun ikut juga? Eh tunang kau." Tanya Zura pula. "Tak. Dia cakap dengan aku hujung minggu baru dia turun Johor." Jawab Hani. Dia rasa bersalah pula bila Ryan terpaksa drive jauh-jauh setiap minggu sebab nak jumpa dia je.
"Oh ya lesen kau macam mana?" Zura bertanya. Hani tersenyum sahaja sebelum memberitahu. "Dah lulus. Aku dah dapat lesen. Nanti weekend kita hang out. Aku drive." Ujar Hani. Gadis-gadis itu kemudian terkikih-kikih ketawa sebab tak sabar.
HANI sedang berehat sambil menonton drama ketika tunangnya menghubungi. "Hmm kenapa call?" Hani bertanya. "Malam ni kau free tak?" Ryan bertanya. Hani diam sekejap. Memikir apa yang dia buat malam tersebut. Kemudian dia menjawab. "Tak. Dorang Zura ajak hang out. Kenapa?" Tanya Hani. "Tak de apa." Jawab Ryan. Selepas itu dia menamatkan panggilan tersebut.
"Jadi macam mana? Hani nak?" Datin Fauzian bertanya. "Tak. Dia hang out dekat kawan dia. Esok-esok je lah mama." Ujar Ryan. Sebenarnya dia nak ajak Hani keluar makan dengan keluarganya malam ini namun kerana Hani dah ada pelan lain dia tak boleh buat apa-apa.
"Hah kamu dah cari rumah ke untuk Hani nanti?" Tanya Dato Aziz pula. "Dah pa. Tak jauh pun dengan u dia tu." Jawab Ryan. Dia ambil rumah sewa sahaja sebab dia tak nak beli rumah sebab lepas tunangnya itu habis belajar balik KL juga. Sayang lah kalau dah terbeli rumah di sana. Baik menyewa sahaja. Sewa rumah tu pun tak lah mahal sangat.
Kemudian Ryan bertanya. "Kalau Ryan nak minta pindah dekat syarikat papa di Johor tu boleh?" Dia bertanya sebab kalau boleh dia nak dekat dengan Hani nanti. Bahaya jika Hani seorang sahaja di sana. Kalau ada apa-apa berlaku susah dia nak ke sana.
"Setakat ni kamu stay je lah dekat KL dalam bulan 6 begitu baru pindah sana." Kata Dato Aziz. "2 bulan lepas nikah baru pindah?" Hmm nampaknya setiap minggu ulang alik KL- Johor lah aku ni. "Tak pa lah kalau macam tu. Asalkan dapat pindah Johor." Jawabnya.
"Tapi korang tak duduk sana sampai bila-bila kan?" Tanya Razali pula. "Tak lah. Habis je dia punya degree balik lah sini 3 tahun je." Jawab Ryan. "Aku tak rasa Hani habiskan degree dia." Kata Razali. "Asal pula?" Tanya Ryan.
Razali memandang adiknya itu. Serius dia tak fikir ke? "Habis kalau dia mengandung nanti. Pihak u benarkan je tapi kalau dia dah alahan mengandung teruk sangat pihak u terpaksa gantung pelajaran dia setahun tau. Dan aku tak rasa lepastu dia nak sambung lagi bila dah ada anak." Kata Razali. Bila tengok adiknya ini jenis yang tak merancang keluarga. HAHAHA.
"Bongok fikir pasal tu buat apa. Pandai-pandai lah aku nanti nak rancang keluarga aku sendiri dan aku pastikan selagi dia tak habiskan belajar dia tak mengandung punya." Balas Ryan. "Dah tak perlu lah nak bersumpah bagai Ryan. Kalau rezeki kamu tak boleh tolak. Mama ni pun dulu tak nak ada anak masa tengah belajar. Mama dengan papa rancang dah. Tup-tup bulan ke-4 belajar mama mengandungkan abang kamu. Sampai kena tangguh belajar." Datin Fauzian pula berkata.
Bila Razali dah 8 bulan dia sambung lah belajar tapi dia tak tahan dengan stress belajar nak kena jaga anak lagi. Last-last dia berhenti belajar dan fokus pada Razali dan 3 tahun kemudian Ryan pula lahir. Memang dia fikir nak bekerja sambil belajar tapi dia tak mampu dengan masa itu lagi suaminya ada masalah kewangan.
Malah kerana dia stress dia hampir gugurkan kandungan dia yang ketika itu dia sedang mengandungkan Ryan. Mujurlah dia dapat sokongan dari semua orang.
"Teruk sangat ke alahan tu ma?" Razali dan Ryan serentak bertanya. Memandangkan isterinya pun belum mengandung lagi lebih baik dia tanya soala banyak-banyak supaya nanti dia tahu. Ryan pula pun sama. Nanti bila Hani mengandung dia tahu nak buat apa.
"Bergantung dengan orang tu juga. Tapi mama teruk dulu. Asyik muntah je. Bau badan papa pun mama tak suka dulu. Mana selalu tolak papa kamu." Datin Fauzian tertawa kecil bila teringat kembali.
Seronok pula menceritakan semula dekat anak-anak kisah dulu. Mula dari macam mana kenal lepastu macam mana boleh kahwin. Memang seronoklah. Anak lelakinya jarang bertanya tapi Rania yang sentiasa tanya. Datin Fauzian pun dengan bangga ceritakan sahaja dekat anak-anaknya. Memori indah patut dikongsi bersama kan. Itu lebih baik.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...