BAB 24

4.1K 113 2
                                    

Hi guys welcome back to chapter 24. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote and kalau sudi jemputlah singgah ke cerita 'Dia Lah Suri Hatiku' ya. Thanks sudi support author ❤




         "WAH besarnya bilik ni." Kata Hani apabila melangkah masuk ke dalam bilik hotel mereka. "Mestilah. Abang ambik pilih yang terbaik tau." Ujar Ryan lalu memeluk Hani dari belakang. "Thank you sudi bawa pi sini." Ujar Hani. "No problem lah Sayang. Bukan selalu pun kan." Hani angguk sahaja.

"Jom. Kita jalan-jalan nak?" Hani lantas menangguk. Dia segera mencapai beg tangannya lalu mereka berdua keluar dari bilik lalu sama-sama berjalan menuju ke arah lif. Banyak tempat yang dicadangkan oleh Ryan dan semuanya Hani setuju sahaja. Ryan tahu dah selok belok Singapura ini sebab masa belajar dulu dia selalu pi Singapura dengan kawan-kawannya. Tapi tak pernah lah tidur di hotel mewah. Dorang selalu tidur di hotel bajet sahaja.

Tapi kini dia datang bukan bersama kawan-kawannya tapi bersama isterinya. Dan semestinya Ryan nak isterinya tidur di katil dan bilik yang selesa dan bukannya seperti tempat dia dan kawan-kawannya tidur dahulu.

Sepanjang hari pertama berada di Singapura banyak tempat yang telah mereka pergi. Esok nak ke Universal Studio pula. Sebab tu lah mereka habiskan masa seharian suntuk untuk jalan-jalan meneroka tempat menarik di Singapura sebab esok seharian suntuk mereka akan berada di Universal Studio.

"Abang tadi Rania ada call." Hani memberitahu Ryan yang baru keluar dari bilik air. "Kenapa?" Tanya Ryan. "Minta beli barang lah. Apa lagi." Jawab Hani. Ryan bingung sekejap. "Eh. Macam mana dia tahu kita di Singapura?" Setahu dia, dia tak ada bagitahu keluarganya pasal mereka berdua ke Singapura. "Abang post gambar kan dekat facebook." Ujar Hani.

Ryan kemudian baru teringat. Petang tadi masa tengah stay dekat café dia ada snap gambar Hani lepastu post di facebooknya. "Singapore day-1" Itu yang dia tulis. Mestilah Rania tahu abang dan kakak iparnya ke Singapura.

"Dah pergilah mandi. Lepas ni kita keluar cari makan." Ujar Ryan. Hani angguk sahaja lalu masuk ke dalam bilik mandi. Selepas sahaja solat isyak berjemaah barulah mereka keluar makan.

"Nak makan apa?" Hani bertanya. "Makan seafood. Sayang boleh makan kan?" Ryan bertanya. Hani angguk. "Boleh. Tak ada alergik." Tapi dia tak minat sangat lah dengan ikan. Kalau udang dengan kerang dia makan. Cuma ikan. She not a fan of fish.

"Ok baguslah kalau macam tu. Jom Abang tahu di mana tempat paling sedap makan seafood." Ujar Ryan.

Pada masa yang sama pula di KL, Rania tengah kusyuk berbual dengan mamanya. Perbualan mereka mengenai Hani dan Ryan. "Mama tak tahu?" Rania terkejut bila Datin Fauzian pun tak tahu anak dan menantunya itu ke Singapura. Patutlah Ryan kelam-kabut nak pergi Johor kelmarin. "Sampai hati Abang tak bagitau." Kata Rania.

"Biarlah. Mana tahu Ryan tu nak luang masa dengan Hani. Ryan mesti ada sebab tak bagitau." Kata Datin Fauzian. Dia tak kisah pun ke mana anaknya itu pergi. Buat apa dia nak halang. Ryan dah besar dan dah ada isteri. Dia tahu lah apa nak buat.

"Mama tahu lah sebab kenapa Ryan tak bagitahu. Ye lah kamu tu asyik nak minta beli je macam-macam. Biarlah dia nak jalan-jalan dengan Hani kat situ. Bagilah dorang rehat." Ujar Datin Fauzian. Dia kenal sangat perangai anak daranya ini yang suka sangat minta beli apa sahaja jika abangnya pergi bercuti. Masa Ryan dan Hani pergi berbulan madu pun dia sibuk nak minta belikan buah tangan dekat Ryan.

Ryan masa tu memang marah lah dekat Rania sebab dia asyik dikacau sahaja oleh adiknya itu. Nak luangkan masa dengan Hani pun tak dapat. Dia sampai blok nombor adiknya buat seketika.




     MUKANYA kelihatan sangat teruja sejak mereka melangkah masuk ke dalam kawasan Universal Studio berkenaan. Ryan pun teruja juga sebab sebelum ini dia tidak pernah masuk ke sini. Tak terfikir nak masuk sini. Tapi bila Hani cadangkan masa dalam perjalanan ke sini baru dia teringat ada Universal  Studio  di Singapura.

"Abang jom lah." Ajak Hani sambil menarik tangan suaminya. "Hmm ye lah." Balas Ryan. Dia mengekori sahaja Hani dari belakang. Sambil-sambil itu dia merakam apa sahaja yang isterinya lakukan. Sebagai kenangan. Nanti boleh tengok balik video yang dia rakam.

Muka Hani yang kelihatan sungguh teruja itu membuatkan dia bahagia. Bahagia melihat Hani yang mampu tersenyum. Dia gembira kerana dapat membahagiakan isterinya.

Ryan berharap agar dia lah yang akan sentiasa membuatkan  bibir Hani tersenyum dan bukannya orang lain. Dia sentiasa bersyukur yang dia dapat bangun pagi dan melihat Hani di sebelahnya. Dia berharap semua itu akan kekal selamanya.

"Sayang tengok lah sini." Panggilnya. "Apa?" Tanya Hani lalu menoleh. "Tak da apa. Saja nak masukkan dalam video." Ujar Ryan. "Ingatkan apa lah tadi. Abang jom pi sana tu. Saya nak naik." Ujar Hani lalu jarinya menunjuk ke arah kawasan 'Revenge Of The Mummy'.

"Nak masuk dalam tu? Ok jom." Ajak Ryan. Dia pun teringin juga nak merasai sendiri roller coaster yang ada di situ. Rugi jika dia tak merasai sendiri pengalaman menaiki roller coaster di Universal Studio berkenaan.

'Alah aku baru 25 tahun lah. Masih muda lagi. Lagipun bukan selalu datang sini.' Dia bermonolog sendiri sebelum sama-sama berjalan menghampiri tempat berkenaan.

Setelah seronok menaiki roller coaster di 'Revenge Of The Mummy' mereka menuju ke ' world of Jurassic Park' pula tapi kerana mereka tak bawa baju spare bersama mereka tak masuk ke dalam. Sekadar di luar sahaja. Sempat juga Hani ambil gambar di luar sahaja.

"Ruginya tak bawa baju tadi kan Abang." Kata Hani. Boleh sahaja mereka masuk tapi nanti baju basah tak selesa pula. "Tak pa lah nanti kita datang lagi. Jom pi tengok tu pertunjukkan dekat sana pula." Tadi semasa nak menaiki roller coaster mereka terpandang 'The Waterworld' tempat di mana akan ada persembahan dilalukan.

Setelah seharian suntuk berada di Universal Studio barulah mereka balik semula ke hotel. Ryan terus sahaja berbaring di atas katil kerana kepenatan sementara Hani masih lagi bangun. Dia tengah berchatting dengan kawan-kawannya.

Memang berbaloi lah pergi ke sana walaupun harga tiket masuk untuk mereka berdua tidak kurang dari RM300+. Itu pun kerana Ryan beli ketika ada promosi jika tidak lagi mahal sebenarnya harga tiket yang dia sepatutnya bayar. . Waktu bayar harga tiket tu memang Hani terkejut tapi bila masuk ke dalam dia rasa berbaloi. Walaupun sebenarnya dalam hati rasa membazir masuk tempat tersebut kerana harga tiket yang mahal.

Hani tahu Ryan dah banyak keluarkan duit sepanjang mereka berada di Singapura. Dengan nilai mata wang Singapura yang tinggi lagi. Mungkin dalam 10k pun ada habis juga kerana Ryan kena bayar sewa hotel, makan minum mereka, berahopping lagi lepastu masuk Universal Studio.

Pada mulanya Hani rasa bersalah tapi Ryan tak suruh dia risau sangat. Sebab apa? Gaji dia besar tau. Ada juga dalam 20k sebulan. Walaupun gaji besar Hani tak suka membazir. Kesian suaminya yang bekerja keras dia pula senang-senang sahaja minta beli macam-macam dekat suaminya itu.

"Dah jam berapa ni?" Ryan bertanya. "8 malam." Balas Hani. "Abang bangunlah solat dulu ya." Esok mereka dah kena balik Malaysia semula. "Hmm ye lah." Dikucup terlebih dahulu dahi isterinya sebelum melangkah ke bilik air.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now