Welcome to bab 22 versi baru ❤ seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Selamat berpuasa semua ❤
"Abang kena balik juga ke harini?" Hani bertanya. Dilihat suaminya yang sedang bersiap itu. "Ha'ah sebab esok ada mesyuarat penting. Abang kena ada." Dia memberitahu. Hani angguk sahaja. Padahal mereka baru sahaja mahu tidur tiba-tiba pula Ryan dihubungi oleh Dato Aziz.
"Kejap lagi Syahmi sampai. Dia hantar pi airport." Ryan memberitahu. Dia kemas baju ala kadar sahaja sebab di sana banyak lagi bajunya. Dia kasih tinggal banyak baju di sini sebab Hani memang suka curi-curi pakai bajunya. "Eh airport. Buat apa? Bukan Abang drive ke?" Hani bertanya.
Ryan menggeleng sebelum dia duduk di sebelah Hani. "Abang bagi tinggal kereta tu di sini. Buat Sayang pakai." Katanya. Lagipun dia ada sebuah lagi kereta di KL. Kereta yang dia bawa ke Johor ini memang dia jarang pakai sebab tu bersih. Kalau yang dia selalu bawak tu banyak kasut. Lepastu banyak segala fail. Yang kereta ni sahaja bersih. Kemas.
Dia kemudian memandang Hani. Sedih sahaja muka isterinya itu. Dia tahu Hani tidak mahu ditinggalkan tapi dia terpaksa kerana mesyuarat itu dia wajib hadiri. '2 bulan je Ryan kau kena ulang alik KL- Johor lepastu duduk lah Johor ni sampai Hani habis belajar.' Bisiknya di dalam hati.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi hon kereta. "Hah Syahmi tu. Sayang pakai tudung dulu ya." Hani angguk sahaja.
Bila Hani turun kelihatan juga Sara, kekasih Syahmi turut ada. "Hani muka sedih je. Kenapa ni?" Tanya Sara. "Mestilah dia sedih. Laki dia nak balik KL kan." Ujar Syahmi sambil menghampiri Hani dan Sara. Ryan pula tengah masukkan bagasinya di dalam bonet kereta Syahmi.
"Weii Sara temankan bini aku malam ni boleh?" Ryan bertanya. "Boleh je. Dapat juga nak gosip dengan Hani. Kan?" Hani angguk sahaja. "Kami gerak dulu lah. Nanti terlepas flight aku pula kena hantar kau pi KL." Ujar Syahmi. "Tahu lah." Jawab Ryan lalu menghampiri isterinya.
"Abang pergi dulu ya. Nanti sampai sana Abang call." Beritahu Ryan. Hani angguk sahaja dengan muka sedih. Tangannya menggenggam erat tangan suaminya. "Sabtu Abang datang balik lah." Beritahu Ryan lagi lalu mencium dahi isterinya. Kemudian Hani mula menghamburkan tangisannya.
Ryan dah kalut. Tak tahu nak kata apa. Jadi dia peluk sahaja Hani untuk meredakan tangisan isterinya itu. "Sampai sana Abang janji Abang call. Lagi 6 hari kita jumpa juga." Katanya.
"Jangan takutlah. Sara kan ada. Ajak je dia ni berjalan. Dia ok je." Katanya. Hani angguk sahaja. "Janji ya." Ryan menangguk.
Memang berat untuknya balik ke KL meninggalkan Hani tapi dia terpaksa. Lagipun itu kerjanya. Tapi dia sudah berjanji. Setiap hujung minggu akan melawat Hani.
Kini suda 3 hari sejak dia balik ke KL. Berpisah sekejap dengan isterinya. Dia mengeluh lalu memandang skrin komputernya yang menunjukkan gambarnya bersama Hani. Dia termenung sendiri. Baru 3 hari dia sudah rasa terseksa tidak dapat berjumpa dengan Hani. Mahu sahaja dia call ketika ini namun dia tahu isterinya masih berada di dalam kelas. Dia ada jadual isterinya.
Pada masa yang sama pula, Lia pandang sahaja muka sedih bosnya itu. Macam orang kematian bini sahaja gayanya. "Kau tengok apa tu?" Tanya Malik. Entah kenapa dia asyik datang berjumpa Lia sejak dua menjak ini. Bahu Lia terhinjut mendengar suara Malik.
"Ish kau ni asyik terkejutkan aku je." Kata Lia sambil menggosok dadanya. Malik sengih sahaja. "Jadi kau tengok apa? Dari tadi asyik usha bos je. Kau suka bos je?" Soal Malik. Lia memandang Malik. "Kau gila ke apa. Majikan aku tu. Laki orang pula tu." Ujar Lia.
"Laki? Eh jap. Bos kita tu dah kahwin? Bila?" Tanya Malik. Mana lah dia tahu pasal ini sebab Ryan tak besar-besarkan cerita tentangnya yang sudah bernikah satu lagi. Eh bukan. Sudah bernikah. Tak ada isteri kedua ya.
Tunggu lah masa yang sesuai barulah dia gemparkan dekat pekerjanya tentang dirinya yang sudah berpunya. Not available anymore.
"Ye baru je. Tu yang bos cuti sebulan tu. Dia kata sakit kan tapi sebenarnya tak. Dia kahwin." Beritahu Lia. "Asal kau tak tahu. Kau kena jemput ke?" Lia angguk kepala. Tak ramai pekerja yang Ryan jemput hari itu. Cukuplah pekerja yang berpangkat tinggi dan juga rakan kongsi syarikat papanya. Dia malas nak jemput pekerjanya kerana dia tahu mereka akan usha Hani.
"Lawa ke bini bos?" Tanya Malik. "Lawa." Jawab Lia. Dia ingat lagi ketika di majlis Ryan dia sempat bersembang dengan Hani kerana Ryan memperkenalkan Hani dengannya. Lia ingat lagi senyuman Hani. Senyuman manisnya itu. No wonder bos boleh jatuh cinta. Katanya di dalam hati ketika itu.
"Kau ni asal tanya pasal bini bos pula?" Tanya Lia. "Tak de lah pelik juga dia tak bagitahu kita pasal ni. Aku ingat bini dia ni tak lawa ke. Atau cacat ke. Mungkin dia malu." Ujar Malik. "Tak baik cakap macam tu pasal bini bos. Dia sempurna tau. Terlalu sempurna untuk bos. Mungkin bos ada sebab tak nak tayang bini dia." Ye lah orang lawakan.
Ryan nak isterinya terjaga dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya. Dia tahu dengan memandang muka sahaja lelaki boleh fikirkan benda yang tak sepatutnya. Dia nak jaga isterinya daripada lelaki macam tu.
"HANI kau free tak weekend ni?" Tanya Mia. Mereka kenal masa hari pertama Hani masuk. Masa orentasi mereka. "Kenapa tanya?" Soal Hani sambil mereka berjalan keluar dari dewan kuliah berkenaan. "Tak de lah. Kalau kau free kita pi jalan-jalan nak? Kau kan orang baru lagi dekat sini." Katanya. Dia tahu Hani dari KL.
"Maaflah hujung minggu tak dapat. Aku sibuk." Sibuk sebab encik suami datang. "Oh tak pa kalau macam tu. Aku gerak dulu." Hani angguk sahaja lalu menuju ke kereta suaminya.
Sampai sahaja di rumah Hani terus naik ke atas untuk solat asar. Telefonnya berbunyi banyak kali ketika dia sedang solat. Selesai sahaja solatnya dia mencapai telefonnya. "Kenapa call?" Hani bertanya.
"Tak da saja call. Buat apa tadi lambat angkat call Abang ni?" Ryan bertanya. Dia bersandar di kerusinya sambil memandang skrin komputernya. Sambil-sambil itu dia tengok juga di luar bilik pejabatnya. Nanti pekerjanya terdengar banyak pula yang dia kena soal oleh mereka.
"Saya solat tadi." Hani menjawab. "Lagi 3 hari Sayang." Katanya. "3 hari? 3 hari apa?" Soal Hani. Dia lupa sebenarnya.
Ryan terkejut. Dia lupa? "Sayang. Lagi 3 hari lah Abang datang." Katanya. Kemudian dia tersenyum bila dengar suara Hani yang gelabah tiba-tiba. Dah kenapa bini aku ni?
"Sabtu ni ya? Betul ni?" Tanya Hani dengan teruja. "Ya Sayang. Sabtu ni." Balas Ryan. "Sayang tak ada apa-apa plan kan sabtu ni?" Tanya Ryan. "Tak de. Kan masih lagi orentasi. Kenapa tanya?" Ryan geleng sahaja. Macam lah Hani nampak.
Kemudian dia memberitahu. "Kita pi Singapura nak?" Maklumlah hanya pergi melintasi jambatan sahaja dari Johor hendak ke Singapura. "Singapura? Serius?" Suara Hani bertukar teruja. Tadi sedih lagi.
"Ha'ah. Kita jalan-jalan. Honeymoon 2.0. Abang dah cari booking bilik tadi." Masa dia tak ada kerja nak buat dia cari lah hotel tempat mereka tidur di Singapura nanti. "Tepi laut ke?" Tanya Hani. "Ha'ah. Nanti Abang bagi tengok gambar. Kejap lagi Abang send." Sedang dia sibuk berbual dengan Hani, Dato Aziz melangkah masuk ke dalam ofisnya.
"Cakap dengan siapa tu?" Tanya Dato Aziz. "Menantu papa lah. Nak cakap tak?" Ryan bertanya. "Boleh juga." Dah lama dia tak berbual dengan Hani. "Sayang ni ada papa. Bual lah dengan papa ya." Lagipun dia nak ke tandas sekejap. Bila telefon itu bertukar tangan dia segera bangun lalu meminta diri untuk ke tandas.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...