BAB 100

5.3K 143 3
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Memandangkan selepas chapter ini merupakan ending dia, kali ini diperlukan 110 votes untuk buka bab terakhir ya. Bab terakhir memang panjang. Jadi i take banyak masa untuk siapkan sebabtu lah diperlukan 110 votes untuk buka bab terakhir ya. Thank you sudi support and have fun guys.   

                 SUASANA di rumah milik Ryan Datin Fauzian dan Dato Aziz itu. amat meriah dengan kedatang keluarga mereka. Esok hari mereka akan adakat majlis cukur jambul untuk Areen. Aryan juga telah pulang dari asrama. Areen sudahpun berusia 4 bulan, sepatutnya 2 bulan. Sebab sepatutnya Areen dijangka lahir pada 29 September, tapi dia lahir awal iaitu pada 17 Julai.

Ahli keluarga dan kawan yang tidak mengetahui hal ini memang terkejutlah bila tahu Hani beranak awal. Dan hari ini, buat pertama kali Ryan dan Hani akan memperkenalkan mereka pada bayi mereka. Mereka akan sabar dan reda sahaja jika ada mulut-mulut busuk bercakap buruk pasal fizikal Areen. Mereka tidak kisah apa orang kata kerana Areen merupakan bayi comel dan sempurna di mata. Walaupun fizikal Areen tidak sempurna, mereka tetap sayang dekat si kecil itu.

Sungguh khusyuk Haziqah membantu Rania untuk membungkus hadiah kepada tetamu yang datang untuk mencukur jambul adiknya. "Aunty yang ni kena ikat reben ke?" Tanya Haziqah sambil membetulkan tudungnya. "Ha'ah" jawab Rania.

"Amboi along rajinnya" Tegur Hani lalu duduk bersama mereka. Haziqah sengih sahaja. Antara mereka adik beradik, dia paling rapat dekat Areen. Memang dia sayang gila dekat adiknya itu. Malah dia tidak malu menceritakan pada kawan-kawannya mengenai adiknya itu. Dan bila ada orang cakap benda tak elok dekat Areen, dia akan marah dan benci orang itu. Dia tidak suka orang cakap benda tak baik pada adiknya itu.

Tidak lama kemudian Ryan turun bersama Areen dalam dukungannya. Terus dia menghampiri tempat di mana isteri, anak dan adiknya itu. Haziqah terus senyum dan memandang adiknya. Sempat dia cium pipi bulat Areen sebelum dia sambung membungkus hadiah.

Areen tertawa melihat wajah mamanya. Tangan kecilnya cuba untuk mencapai wajah mamanya. Hani senyum sahaja lalu mencium Areen. Bayi itu semakin suka bila pipinya dicium oleh mamanya. Areen memang rapat dengan mamanya. Selama 3 bulan pertama memang susah Hani mahu berpisah dengan Areen.

Bayi itu pula akan menangis tiap kali dia sedar mamanya tiada di sebelahnya. Dia perlukan sentuhan dari mamanya kerana semasa 2 bulan pertama, dia memikir dia masih berada di dalam rahim mamanya. Tapi sebenarnya tidak.

"Dia baru bangun ke?" Hani bertanya. Mereka memang tidak pernah meninggalkan Areen seorang diri. Pasti ada yang akan menemani Areen. Bayi itu memang akan cepat menangis bila dia sedar tiada sesiapa di sampingnya. Ketika tidur pula, dia tidak boleh tidur jika tiada bau mamanya. Kalau Ryan yang menjaga pasti dia akan letak baju isterinya di samping Areen supaya si kecil itu tidur.

"Ha'ah. Terus nangis cari Sayang." Beritahu Ryan. Bila dia serahkan Areen pada isterinya terus si kecil itu menyembamkan mukanya ke dada mamanya. Dia mencari sesuatu di sana.

Hani kemudian terus membawa Areen masuk ke bilik tetamu untuk menyusukan si kecil itu. Dia malas mahu naik ke atas, ke bilik suaminya.

Di dalam bilik tetamu ini lah anak-anaknya tidur. Haziqah tidak mahu tidur sebilik dengan papa dan mamanya. Jadi dia ajak adik-adiknya untuk tidur di bilik tetamu. Memang buat sementara waktu ini Hani tidak mahu balik ke rumah mereka. Banyak kenangan pahit di sana. Dia tidak mahu teringat dekat agenda mesra antara suami dan si perempuan jahat itu.

Ryan sudahpun mendapat rumah baru untuk mereka, tapi masih direnovasi untuk ditambah lif. Lif ini bergunaan untuk Areen di masa akan datang. Dan rumah baru mereka itu lagi besar dari rumah sebelumnya. Dia sedaya upaya mahu rumah itu diubah suai untuk kemudahan anak bongsunya itu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now