BAB 64

3K 109 0
                                    

Last update before buku ni jadi ebook ok. Hehehehe tak de lah. Gurau je.

Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk update bab seterusnya ya. And also cerita ni ada 101 chapter ya. Author ikut jumlah chapter versi lama. Jadi memang lambat lagi nak habis. But author cadang nak tamatkan buku ni sebelum bulan sep nanti. Anyway 37 bab lagi ya. Sikit lagi tu.




             BIBIRNYA mengoyakknya senyuman apabila keretanya membelok masuk ke kawasan rumahnya. Dilihat isterinya sedang berdiri di pintu bersama Haziqah . Aryan entah di mana. Mungkin juga tidur kerana budak kecik itu selalu sangat tidur. Lagi kerap tidur berbanding kakak kembarnya.

Majlis pertunangan Zura pula dah selesai. Hujung tahun depan  Zura akan bernikah pada bulan 9. Bulan kelahiran twins.

Dia tersenyum sahaja lalu melangkah keluar dari keretanya. Hani terus sahaja menghampirinya lalu Ryan terus mengambil Haziqah dari isterinya. "Abang ada belikan?" Dia bertanya. Ryan mencium pipi Haziqah sebelum dia  memandang Hani. "Beli? Beli apa? Sayang ada pesan apa-apa ke?" Ryan bertanya.

Hani terus memukul bahunya lalu melangkah semula ke dalam. "Mama awak tu period ke?" Dia bertanya pula pada Haziqah. Ryan kemudian melihat anak lelakinya itu yang nyenyak sahaja tidur di ruang tamu.

Sudah 3 bulan sejak anak kembarnya itu lahir. Sudah masuk awal tahun baru. Hani pun dah mula berpuasa semula. Puasa gantinya selama 20 hari. Ryan pun ikut puasa juga. Itu pun kalau dia teringat.

Haziqah meletak kepalanya pada bahu papanya itu dengan mata yang kuyu. Mungkin dia sudah menganguk. Ryan terus meletak Haziqah di tepi adik kembarnya itu lalu punggung si kecil itu ditepuk perlahan sehingga Haziqah tertidur. Setelah itu dia naik ke atas untuk menukar baju.


Kakinya melangkah ke dapur bersama telefon di tangannya. Dia tak perasan Hani menghubungi dan menchat dia tadi kerana hari ini dia sibuk dengan mesyuarat.

"Sayang!" Dia memanggil. Hani segera menoleh. Tapi tidak menjawab. "Abang keluar kejap belikan aiskrim yang Sayang nak tu. Sayang puasa kan?" Hani geleng. "Kenapa? Period?" Hani angguk.

Lega hatinya bila tahu Hani datang haid kerana maknanya benih yang dia semai tidak melekat di dinding rahim Hani. Takut juga lah dia kalau Hani lambat datang haid. Kerana anak kembar mereka masih kecil.

Susahlah Hani kalau mengandung lagi. Mana nak menyusukan si kembar. Lepastu nak jaga pantang makan lagi. Lepastu nak jaga kandungan lagi. Anak mereka pula baru berusia 3 bulan. Jarak tu terlalu dekat.

"Baguslah kalau Sayang period." Kata Ryan. "Kenapa pula?" Tanya Hani. "Ye lah kang tak period sembilan bulan keluar lagi satu. Budak berdua tu kan baru 3 bulan." Hari itu dia juga yang beria nak tambah anak selepas kelahiran anak kembarnya. Tapi bila dia melihat kesusahan Hani semasa melahirkan anak kembarnya terus tak jadi tambah lagi sorang. Tunggulah twins setahun dua baru fikir nak tambah.

Tapi kalau Hani sudah mengandung tak kan dia suruh Hani buang pula anak dalam kandungan Hani itu. Rezeki kan. Tak boleh tolak. Kita hanya mampu merancang dan semuanya di tentukan oleh-NYA.

Ryan kemudian mencium pipi Hani. "Abang keluar kejap ya belikan aiskrim yang Sayang nak tu. Bukan Abang tak nak singgah beli masa balik tadi tapi Abang tak buka telefon satu harini sebab sibuk sangat." Dia memujuk Hani. Hani angguk sahaja. "Belikan anggur sekali ya. Dengan pad boleh?" Kemudian Hani tersengih.

"Anything for you my dear." Ujar Ryan lalu mencium pula dahi Hani. "Abang gerak dulu." Hani angguk sahaja.

Ketika dia meletak barang di atas kaunter cashier itu tersenyum sahaja melihat barang yang dibeli oleh Ryan. Pad dan ubat untuk melegakan senggugut buat Hani. Ryan dah biasa pergi belikan pad untuk Hani. Dulu sebelum kahwin nak tolong belikan untuk adiknya pun susah. Tapi sekarang dia lah yang sering keluar membeli untuk Hani.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now