Salam jumaat. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote. Dan jangan lupa juga untuk singgah baca 'Dia Lah Suri Hatiku' and kalau sudi tekanlah vote untuk setiap bab cerita itu. Terima kasih sudi support cerita2 author and have fun guys ❤
TIBA-TIBA pula Ryan rajin hari ini. Semua benda dia buat. Cuci kain, kemas rumah dan juga memasak sarapan untuk mereka berdua. "Ya ma Hani masih tidur lagi." Ryan memberitahu mamanya yang berada di talian.
Morning sickness Hani bertambah teruk walaupun masih di awal kandungan. Hani jadi mudah penat dan kerap muntah. Malah dah banyak kali tak datang universiti.
Memang selepas sahaja solat subuh Ryan akan suruh Hani rehat dan bangunkan dia semula dalam jam 8 pagi sebelum dia turun kerja. Memang Hani jadi makin malas sekarang. Tapi Ryan tak kisah. Isterinya tengah berkorban demi melahirkan warisnya.
"Makin teruk ke?" Datin Fauzian bertanya. Dia risau dengan menantunya itu. "Boleh lah ma. Awal pagi tadi dah muntah-muntah." Beritahu Ryan. Dia melangkah naik ke atas. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan lihat Hani sudah bangun. Isterinya itu sedang duduk sambil menghadap laptopnya.
"Nanti mama datang sana lah. Jangan bagitahu Hani." Ujar Datin Fauzian. "Hmm ye lah." Ujar Ryan sebelum mamanya otu menamatkan panggilan. Dia kemudian menuju ke katil. "Dah mandi ke?" Ryan bertanya sambil dia menyelit rambut isterinya di belakang telinga Hani. "Belum lagi. Kejap lagi lah. Saya tak larat." Beritahu Hani. Dia menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.
"Tak payah lah Sayang belajar lagi. Boleh?" Tanya Ryan. Hani lantas memandang suaminya itu. "Kenapa pula Abang?" Hani bertanya. "Sayang kan dah tak larat. Baru 1 bulan ni Yang. Macam mana pula bila dah masuk 7 atau 8 bulan? Tak perlulah ya. Boleh?" Ryan bertanya. Hani diam seketika.
Ada betulnya apa yang Ryan cakap. Tapi tak kan dia berhenti sekarang? 1 tahun belum belum sampai. Baru berapa bulan dia belajar. "Abang bukan nak kawal Sayang tapi ini yang terbaik untuk Sayang. Untuk anak kita. Lagipun Sayang tak perlu kerja. Itu semua tanggungjawab Abang. Sayang duduk rumah je lah. Boleh?" Pujuknya.
Hani angguk perlahan. Tapi dia nak impiannya tercapai. Iaitu mempunya café sendiri. Sejak dari kecil lagi dia membayangkan bahawa dia mempunyai café. Dia nak impiannya itu tercapai.
"Hmm baiklah kalau itu yang Abang nak. Tapi.." Hani kemudian tersengih. "Bagi saya habiskan dulu assignment ni. Lagi 1 bulan Abang. Boleh?" Dia bertanya. "Hmm ye lah. 1 bulan ye. Lepastu berhenti ya. Nanti Abang cakap dengan pihak universiti." Hani angguk sahaja.
Sementara itu pula di rumah keluarganya kelihatan Datin Fauzian tengah sibuk di dapur. "Awak ni asal kelam-kabut semacam?" Tanya Dato Aziz. Dia tak turun kerja hari ini. "Ha'ah lah. Mama ni kelam-kabut je." Sampuk Misha. Dia dan Razali tinggal di situ jadi memang kerap lah Misha membantu Datin Fauzian. Nak harapkan Rania? Hmm tak perlu. Budak tu pun sibuk belajar juga.
"Mama nak masak untuk menantu mama yang sorang tu lah." Balas Datin Fauzian. "Kenapa dengan Hani?" Dato Aziz bertanya. Muka Misha sudah berubah kelat. Benci sungguh dia dekat Hani. "Hani tu Ryan kata makin teruk morning sickness dia. Saya nak lawat dia lah ni. Abang ikut tak? Misha?" Datin Fauzian bertanya. "Tak. Kan Abang nak keluar jumpa kawa. Ajak Misha je lah." Dato Aziz menjawab.
Misha tak nak pergi tapi dia disuruh oleh bapa mentuanya. Dia tak boleh nak bagi alasan sebab nanti kantoi lah dia tak suka dekat Hani.
"MAMA dengan akak Misha ni buat susah-susah je datang." Kata Hani. 'Memang menyusahkan aku pun.' Bisik Misha di dalam hati. "Tak ada lah. Bukan selalu pun mama datang sini." Datin Fauzian menjawab. Dia duduk di sebelah Hani sambil mengusap tangan menantunya itu. "Ryan dah pi kerja ke?" Datin Fauzian bertanya. "Ha'ah. Ada mesyuarat katanya." Jawab Hani. Masa dia mandi tadi Ryan sudah keluar. Tapi Ryan ada memaklumkan padanya.
"Ni hah mama ada bawa makanan. Makan tau." Beritahu Datin Fauzian. "Mama ni buat susah-susah je. Abang Ryan tadi dah masak." Ujar Hani. "Alah tak pa lah. Bukan selalu. Untuk Hani dengan cucu mama juga kan." Hani senyum sahaja.
Tambahnya Misha tidak berpuas hati. 'Dasar perempuan pemalas.' Desisnya. Dia kemudian memerhati hiasan rumah tersebut. Tambahlah dia makin cemburu bila melihat hiasan rumah Hani yang kelihatan sungguh elegan dan mewah. Dia makin tidak berpuas hati bila Hani dapat tinggal di rumah sendiri manakala dia pula kena duduk dengan mentuanya.
Kenapa tidak Ryan tinggal di sana sahaja? Kenapa Ryan ajak Hani duduk di rumah sendiri?
Bila Datin Fauzian ke tandas Misha segera menghampiri Hani. Ini masanya. Masa yang sesuai. "Aku dah kata kan jangan mengandung dulu. Aku tak suka kau dapat perhatian keluarga." Ujar Misha. "Tak. Saya tak pernah pun ambik perhatian dari mama atau yang lain." Katanya. Cukuplah sekadar Ryan sahaja yang memberi sepenuh perhatian buatnya.
"Aku nak kau gugurkan kandungan ni." Kata Misha tiba-tiba membuatkan jantung Hani tiba-tiba berhenti. "Aku nak kau gugurkan kandungan kau ni. Biar aku yang dapat perhatian. Bukannya kau." Misha memandang tajam Hani sebelum matanya memandang perut Hani.
Hani segera menggeleng. "Tak. Saya tak kan." Mana mungkin dia gugurkan kandungannya itu. Setelah dia dan Ryan berusaha selama ini? Sanggup ke klinik untuk membuat ujian? Lakukan apa sahaja agar dia mengandung. Tak kan senang-senang untuk dia membunuh darah daging sendiri. Membunuh nyawa yang tidak berdosa.
Tak kan dia nak menggugurkan kandungannya. Dia akan pastikan bayinya ini lahir ke dunia. Dia mahu membesarkan anaknya ini. Membina keluarga bersama Ryan.
"Aku bagi kau masa sebulan sahaja. Jika kau tak gugurkan. Aku sendiri yang akan gugurkan. Faham?" Ugut Misha sebelum duduk semula di tempatnya.
Malam itu Hani tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang hal tersebut. Dia tak tergamak untuk membunuh anak sendiri. Tapi dia takut untuk memberitahu Ryan pasal ugutan itu. Dia tak nak pula Ryan bergaduh dengan Misha dan kemudian Razali masuk campur. Dia tak nak adik beradik itu bergaduh kerananya.
Hani mengeluh sebelum tangannya jatuh ke atas perutnya. 'Walaupun apa yang terjadi. Mama akan lindungan anak mama ni. Mama akan pastikan kamu lahir dengan selamat. Tolong kuatkan semangat mama.' Bisiknya.
Hani terkejut bila ditegur oleh Ryan. Dia sangkakan lelaki itu tidur tadi. "Kenapa tak tidur lagi?" Ryan bertanya. Hani geleng sahaja sebelum berbaring di sebelah suaminya. "Belum mengantuk lagi." Jawabnya. "Ye ke? Atau Sayang fikir sesuatu? Ada benda ke ganggu fikiran Sayang?" Hani senyum sahaja lalu geleng kepala. "Tak ada apa lah." Balasnya.
"Ataupun pasal Misha?" Mata Hani terus membulat. Macam mana suaminya tahu? Dia tak ada pun bagitahu.
"Ish tak lah. Kak Misha tak ada apa-apa masalah dengan saya." Tipu Hani. "Sayang. Abang kenal Sayang dari kecik tau. Abang tahu Sayang tipu. Sayang tak kan risau pasal sesuatu sampai tak boleh tidur. Abang tahu." Dia perasan juga tiap kali Misha mendekati isterinya pasti fikiran Hani akan terganggu. Hani lebih banyak termenung sendiri selepas itu.
Dia yakin Misha ada buat sesuatu pada isterinya. "Tak ada lah. Tak baik tau sangka buruk dekat kak Misha." Katanya. "Izzah Hanani. Tak baik tipu suami sendiri. Bagitahu Abang." Bila Ryan dah mula sebut nama penuhnya nampaknya lelaki itu memang serius.
Hani mengeluh terlebih dahulu sebelum menceritakan semuanya pada Ryan. Tak bagus juga bila dia sembunyikan sesuatu dari suaminya. Ryan berhak untuk tahu. Kerana itu tanggungjawab Ryan untuk menjaga keselamat isterinya serta keselamatan anak dalam kandungan isterinya itu.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...