BAB 29

4K 112 2
                                    

 Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. And kalau sudi jemputlah baca 'Dia Lah Suri Hatiku' and kalau sudi juga tekanlah vote bagi setiap bab ya. Ok lah have fun guys ❤

      "MACAM mana dengan keadaan isteri saya doktor?" Ryan bertanya kepada doktor yang baru sahaja selesai memeriksa Hani. "Puan Izzah ok. Cuba sebab utama dia pengsan ialah penat.  Tekanan darah dia tinggi. Saya ada nak tanya ni. Encik ada paksa isteri encik buat kerja ke? Encik ada tak suruh dia berehat?" Tanya doktor berkenaan.

Ryan rasa tercabar pula bila dia dipertikaikan oleh doktor wanita berkenaan. "Saya selalu suruh dia rehat. Tapi dia degil." Beritahu Ryan. "Encik sebagai suami mesti larang puan Hani daripada melakukan kerja rumah secara berlebihan. Dan saya nasihatkan agar puan Hani tak buat kerja berat lagi sebab kandungannya masih pada peringkat awal lagi." Doktor tersebut menasihatkan.

"Baiklah." Ryan mengangguk sebelum dia baru perasan apa yang doktor itu sampaikan. "Apa dia? Mengandung? Isteri saya mengandung?" Dia bertanya lagi.

"Ya. Encik tak tahu ke?" Ryan terus geleng kepala. Dia tak tahu pun Hani mengandung. "Saya ada buat ujian darah tadi sebab pengsan and tekanan darah ni adalah antara simptom seseorang itu mengandung dan ujian darah menunjukkan isteri encik positif hamil." Beritahunya.

"Alhamdulillah. Dah berapa lama doktor?" Dia bersyukur apabula akhirnya doanya termakbul juga. Akhirnya dia berpeluang untuk menimang cahaya mata.

"Saya ada guna kaedah kira ketinggian puncak rahim isteri encik tadi dan mengikur kiraan saya 3 minggu encik. Usia kandungan isteri encik baru 3 minggu. Tapi lebih baik kira dari hari terakhir period pertamanya. Bila ya encik? Encik tahu?" Tanya doktor wanita berkenaan.

Kaedah mengira ketinggian puncak rahim  ini juga dikenali sebagai peraturan McDonald yang digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan janin semasa kehamilan. Ianya sering digunakan oleh jururawat atau doktor bagi meganggar usia janin semasa pemeriksaan abdomen. Perut akan disukat dari bahagian atas rahim ibu hingga ke atas simfisis kemaluan. Setiap satu cm mewakili 1 minggu. 

Ryan diam seketika. Cuba mengingat kembali bila period pertama Hani pada bulan lepas kerana bulan ini Hani belum period lagi. Dia tahu kitaran haid Hani kerana dia sering mengira. Mengira bila masa subur Hani. Masa yang sesuai untuk dia dan Hani mendapatkan anak.

"15 ogos." Beritahu Ryan. Maknanya sudah 1 bulan 4 hari usia kandungan isteri encik." Jika dia kira dari tarikh yang Ryan katakan. "Dah boleh buat ujian ultasound kalau encik mahu." Cadangnya. "Tak pa lah. Tunggu isteri saya bangun dulu." Dia nak Hani ada bersamanya melihat imbasan ultrasound bayi mereka itu.

   Hani  tersenyum kelat bila mendapat tahu dia mengandung. Sepatutnya dia gembira tapi sebab satu masalah yang asyik berlegar-legar dalam fikirannya itu membuatkan dia takut. Takut menghadap masalah yang bakal dia tempuhi nanti.

"Dah boleh tengok ke?" Hani bertanya. Dia ke tepikan dahulu perasaan tersebut. Ini masanya untuk gembira. Dia berjaya menyakinkan mereka yang dia boleh mengandung. "Kita buat ultrasound transvaginal ya." Beritahu doktor tersebut. "Hani tukar dulu baju ya. Pakai baju ni lagi senang." Beritahu doktor wanita itu lalu menunjuk tempat yang di mana Hani boleh menukar bajunya.

"Kenapa ultrasound transvaginal pula doktor? Kenapa perlu tukar baju. Bukan selalu periksa dari atas perut je ke? Ini dari...bawah ke?" Ryan bertanya. Mengikut apa yang dia tahu selalunya dalam drama orang akan buat ultrasound di atas perut sahaja kenapa pula kali ini berbeza.


"Sebenarnya Ultrasound transvaginal memberikan gambar imbas yang lebih baik untuk organ-organ pembiakan wanita. Ia termasuklah rahim, ovari, tiub fallopio  dan serviks. Juga embantu memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat bagi sesetengah wanita." Terang doktor tersebut.

"Saya lebih sarankan kaedah ini sebab senang untuk kami doktor ni tahu bila tarikh bersalin wanita, dan untuk memeriksa serviks bagi apa-apa perubahan yang boleh membawa kepada keguguran pramatang. Hasil scan juga boleh didapati dengan cepat berbanding dengan ultrasound biasa." Tambahnya lagi.

Selepas menyalin pakaiannya doktor ada bertanya sama ada Hani sudah membuang air kecil atau belum. Hani ada kata sudah dan sehingga kini dia belum minum lagi. Ini bagi memastikan pundi kencingnya kosong. Setelah itu Hani diarahkan untuk berbaring di atas meja pemeriksa dengan kakinya diletak di tempat meletakkan kaki.

"Hani jangan takut ya. Hani tenang sahaja. Ini mungkin buat Hani tak selesa sikit and kalau Hani nak Hani boleh hentikan pemeriksaan bila rasa makin tidak selesa ya." Beritahu doktor tersebut. "Sakit ke?" Hani bertanya. "Tak. Tak sakit. Macam...... Hani fahamkan?" Ryan ketika itu sengih sahaja bila dia punya yang terlebih faham. "Oh....." Muka Hani tiba-tiba berubah merah. "Kita mulakan proses sekarang ya." Hani angguk sahaja.








    SEMASA dalam perjalanan balik Ryan asyik tersenyum sahaja manakala Hani pula kelihatan risau. "Akhirnya Sayang. Kita bakal ada anak." Ujarnya. "Ya. Tahu." Balas Hani. "Abang ada bagitahu sesiapa tak pasal ni?" Hani bertanya. "Belum. Tak sempat. Nanti kita pergi terus lah rumah ibu ya." Ajak Ryan.

"Tak perlulah Abang. Tak perlulah bagitahu family kita pasal ni." Ujar Hani dengan muka yang risau. "Kenapa pula Sayang? Sayang tak suka ke mengandungkan anak Abang ke?" Tuduhnya.

Hani segera menggeleng. "Bukan. Bukan itu maksud saya. Kandungan saya kan baru 1 bulan. Belum ada bentuk lagi. Saya nak family kita nampak sendiri baby bump saya. Tunggulah 2 atau 3 bulan macam tu. Boleh Abang?" Terangnya sambil memandang Ryan.

 "Hmm baiklah kalau itu yang Sayang nak. Tapi kita tak boleh rahsiahkan lama-lama kandungan Sayang ni. Lambat laun mereka tahu juga tanpa kita bagitahu. Mama dengan ibu tu kan perempuan. Abang yakin mereka akan perasan nanti." Ryan mengingatkan.

"Oh ya harini Sayang nak makan apa? Nak makan dekat luar atau nak Abang masakkan?" Tanya Ryan. "Wah rajinnya suami saya ni masak untuk saya." Ujarnya. "Mestilah. Orang gembirakan bini dia mengandung. Jadi Sayang nak makan apa?" Tanya Ryan. "Hmm kejap nak fikir dulu." Hani menjawab sambil tersengih.

Kemudian dia terfikir nak makan sesuatu. "Nak nanas." Terus membulat mata suaminya. Hani sudah tertawa. "Saya gurau je lah Abang. Nak makan spageti. Spesial dari Abang tau." Ujarnya. Dia pun tahu juga bahaya makan buat nanas semasa mengandung lebih-lebih lagi bila dia masih di awal trimester ini.

"Buat orang terkejut je dia ni. Ok lah spageti kan? Tu je?" Tanya Ryan. "Hmmm nak ayam juga. Eh bukan. Meatball. I want meatball. Dan pastikan spageti tu masam tau. Siap banyak sos tomato." Dia menerangkan. "Baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah." Ujarnya sebelum membelok keretanya masuk ke kawasan tesko tersebut.

Bukan setakat bahan memasak sahaja mereka beli, Hani sempat juga beli coklat. Padahal di rumah ada lagi stoknya. Bila Ryan larang tadi Hani terus mengingatkan Ryan pada anak yang dia kandungkan. Ryan tak boleh buat apa bila Hani dah ingatkan dia pasal itu.

"Fitnah baby je Sayang ni. Baru 1 bulan kot. Bentuk pun tak ada lagi. Ada pula boleh merasa." Nasiblah aku sayang dekat bini aku ni kalau tak dah lama aku hempuk kepala dia. Aiyooooo tak boleh pukul perempuanlah. Nanti jadi dayus.

"Biarlah. Oh ya macam mana pula Abang tahu saya pengsan?" Tanya Hani. Dia pun sebenarnya pelik juga bila tiba-tiba bangun di atas katil hospital pula. "Oh itu. Masa tu Abang ada call Sayang dalam jam 10 begitu. Banyak kali tapi Sayang tak angkat. Jadi Abang terus balik sebab Abang risau. And Abang nampak Sayang terbaring di tepi sofa. Sayang mesti buat banyak kerja kan di rumah kan? Tu pasal Sayang penat lepastu pengsankan?" Teka Ryan.

Hani sengih sahaja. Dia bosan sebenarnya duduk rumah. Baru 1 minggu cuti. Apatah lagi bila cuti semesta nanti. Lagilah dia bosan. Tapi mungkin nanti dia tak bosan dah bila dah nak ada baby. Dia boleh ajak anaknya di dalam perut itu berbual.

"Tolonglah Sayang jangan buat kerja rumah yang berat-berat dan yang memenatkan. Kalau tak Abang cari pembantu rumah ya." Ujarnya. Hani segera geleng kepala. "Tak nak. Saya tak nak ada maid. Nanti kes lain pula yang jadi." Dia terus memandang suaminya dengan pandangan tajam.

"Fikir tu pula? Tak kan lah Abang nak curang dekat Sayang pula. Setelah apa yang Sayang buat selama ni? No way Sayangku. Lebih-lebih lagi bila Sayang mengandungkan anak Abang. Sayang satu-satunya orang yang Abang cintakan." Pipi Hani sudah kemerah-merahan bila Ryan tiba-tiba menyatakan bahawa dia setia.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now