BAB 15

4.5K 115 0
                                    

  Seperti biasa jangan lupa vote ya. Bab 15 ni tak banyak yang author ubah ya kalau korang masih ingatlah. Kali ni nak promote Dean Lewis pula.      

          HANI  memandang para tetamu dari tingkap biliknya. Hajah Rudiah tidak membenarkan Hani keluar dari bilik selagi majlis belum mula. "Ish boring lah asyik terperap dalam bilik ni. Kalau boleh aku dah jadi ikan masin sekarang ni" Kata Hani. Dia kemudian memandang Zura yang sibuk menyediakan bunga telur.

"Kau ni pun karang ada lelaki hensem tengok kau sekarang boleh gila Ryan di buatnya. Lagipun kalau kau dah jumpa karaoke tak ingat dunia. Nanti kau keluar habis sampai ke malam lagu kau tu tak habis." Hani tersengih sahaja.

Kemudian Zura memandangnya sayu. "Perlu ke kau pindah Johor?" Zura bertanya. Hani mengangguk. "Aku kan nak sambung belajar." Jawab Hani. Dia tak sangka pun dia bakal berkahwin dalam masa terdekat sebab itu lah dia aply dekat Johor. Tapi siapa lah kita ni kan nak lawan takdir. Kalau dah tertulis jodoh kahwin awal, kahwinlah awal.

"Alah jangan lah risau. Aku balik KL semula juga. Bukannya aku duduk sana sampai bila-bila. Kau ni. Chill lah telefon kan ada boleh call. Ni dah zaman moden ya cik Zura. Bukan guna burung merpati lagi ya." Hani mengingatkan.

Lengan Zura kemudian disiku oleh Mira. "Entah kau ni. Kau pula yang emosi. Pengantin kita ni rilek je. Dah ready ke malam pertama." Ingatkan nak menyokong rupanya ada juga nak memerli. "Kau ni mesti fikir macam tu. Bongok." Marah Hani yang lain sekadar tertawa sahaja.

 Sementara itu pula. "Aku terima nikah Izzah Hanani binti Haji Haris dengan mas kahwinnya seribu  ringgit tunai". Kata Ryan yang dari tadi asyik menyebut benda yang sama.

Riana hanya memandang abangnya. "Abang ni dari tadi dok sebut-sebut lafaz nikah apasal? Lagi 2 jam kot abang nak kahwin" Kata Riana. "Kau jangan sibuk boleh tak? Pi main jauh-jauh" Kata Ryan sambil menghalau adiknya menggunakan tangannya.

"Ana mestilah abang Ryan kamu ni dok sebut lafaz nikah dari tadi. Siapa tak nervous adik oi. Nak nikah ni lagi-lagi kahwin dengan adik kawan baik sendiri" Kata Razali. Dia pun dah pernah merasai pengalaman tersebut. Memang gementar gila. Berpeluh satu badan tau.

"Kau perempuan tau apa. Dok senyum-senyum je duduk belakang. Yang nervousnya aku ni" Kata Ryan. Rania sengih sahaja.

  

     

       "IBU Hani laparlah" Kata Hani sambil berdiri di tangga tersebut. "Ish budak ni kenapa kamu keluar? Lapar? Nanti ibu suruh abang Wan kamu hantar makanan" Hani mengangguk dan masuk kembali ke dalam biliknya. Dia hanya duduk memandang tetamu dari atas. Zura dan Mira berada di bawah bercakap dengan kawan-kawan kelasnya.

"Eh Hajah mana pengantin tu tak nampak pun" Kata Mak Bedah Ratu Bawang kat kampung. "Ada kat dalam bilik. Saja biar dia berkurung" Kata ibunya. "Hmmm iyalah mana tau takut anak dia ni kena tengok oleh lelaki lain" Katanya memerli.

"Cakap ler apa yang kau nak cakap Bedah oi. Aku tau kisah. Hah anak kau tu bila nak kahwin? Dah 2 tahun bertunang tak kan tak kahwin lagi" Kini giliran ibunya menyindir. "Hmm itulah tunang dia tu tak dapat lagi kumpul 20k. Mula-mula cakap tempoh 1 tahun je tapi sampai sekarang tak dapat lagi". Katanya.

"Si Hani tu berapa hantaran dia? Aku dengan 15 ribu je" katanya. "Ha'ah 15 ribu je tapi pihak lelaki yang sendiri kasih naik jumlah. 25 ribu je. Ala diorang sendiri yang nak kami tak nak" Katanya. Hampir terbeliak mata Mak Bedah mendengar jumlah hantaran Hani.

"Mahalnye. Lelaki tu kerja apa?". "Ofis je" Jawab Hajah Rudiah ringkas. "Mesti dia pinjam duit dekat siapa-siapa kan. Maklumlah 25 ribu" Kata Mak Bedah dengan nada menyindir. Ibu Hani hanya bersabar. Nak buat macam mana Ryan sendiri yang nak bagi 25 ribu. Keluarga Hani bukannya paksa tapi dia dengan rela hati cakap nak bagi hantaran 25 ribu.

Hani telah berbincang dengan Ryan supaya hantar 15 ribu je tapi Ryan berkeras nak hantar 25 ribu.

  "Weii aku naik dulu eh nak kasih makeup si Hani tu" Kata Zura sambil memandang kawan-kawannya. Zura kemudian naik dan masuk ke dalam bilik Hani. "Dah siap makan tuan puteri?" Tanya Zura. "Dah" kata Hani.

"Ok sekarang tuan puteri izinkan hamba untuk memberi sentuhan lembut kepada wajah tuan puteri" Hani kemudian ketawa. "Tuan puteri kau lah. Banyak cantik panggil aku tuan puteri" Zura ikut ketawa bersama Hani. "Ala Hani harini kan kau dengan Mr Future Husband lagi 1 jam jadi raja sehari so aku perlu layan kau as princess today. Ke kau taknak aku panggil kau tuan puteri sebab si Ryan panggil kau my princess?" Kata Zura sambil memerli.

"Tak dak maknanya dia nak bersawit-sawit dengan aku" kata Hani. Zura kemudian mula memberi sentuhan makeup kepada muka Hani. "Ye lah tu. Habis kelmarin korang on call tu. Tak ngaku pula." Usik Zura.

Sepanjang dia memakaikan Hani makeup mulutnya tidak berhenti daripada membebel. Ada sahaja yang dia bebelkan. Takut makeup yang dia buat tak jadi lah. Takut luntur lah. Takut tak sesuai dengan baju lah. Banyak lah yang Zura takutkan.

Hani rilek sahaja tenangkan Zura. "Kau jangan lah kalut. Tambah kau kalut nanti rosak makeup ni." Hani nak sahaja bayar MUA (make up artist) untuk makeup kan dia tapi Zura yang beria nak makeup kan. Malah Zura menakutkan dia. Konon banyak dah kes yang berlaku sebab MUA. Makeup tak jadilah. Dah dibayar tak datang lah. Lambat lah. Itu lah ini lah.

Walhal Zura saja bagi alasan supaya dia boleh makeup kan Hani. Alasan je lebih. Bils dah tiba masa dia juga yang kalut takut tak jadi lah itu lah ini lah. Tapi hakikatnya itulah Zura. Si cepat kalut walaupun belum memulakan apa-apa. Dia baru letak concelar.


Pada masa yang sama pula, Ryan turut sama bersiap. Dia sudah lengkap berbaju nikah berwarna putih. Tapi belum memakai sampingnya lagi. Dia duduk sebentar di atas katilnya. Tadi mamanya ada pakaikan dia bedak sikit. Lepastu gincu tapi dia tolak. Katanya nanti nampak macam perempuan pula. Biarlah bibirnya nampak kering. Bukannya hitam pun bibirnya. Dia tidak merokok. Tidak pernah. Kecuali ketika sekolah dulu.

Pernah sekali dua sahaja. Itu pun sebab dipaksa. Dia tersenyum sendiri bila teringat kembali. Hari ini tak ramai kawannya yang datang. Cuma yang rapat sahaja. Esok majlis bersanding sebelahnya baru lah mereka datang.

Masing-masing tak sabar nak tengok Ryan kahwin. Tak kisahlah yang lelaki mahupun perempuan. Mereka lagi teruja berbanding dia.

"Ryan. Jom kita gerak." Panggil Dato Aziz. Ryan angguk sahaja dan berdiri lalu memakai sampingnya. Setelah selepas menyiapkan diri barulah dia turun. Kelihatan mereka sedang menunggunya. "Jom?" Ryan angguk sahaja dan melangkah keluar dari dalam rumah.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now