BAB 57

3.4K 97 0
                                    

   Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes bab 57 ni diperlukan untuk buka bab 58 ok. Thanks sudi support and have fun guys


      HANI terjaga dalam jam 4 pagi kerana tiba-tiba pula bahagian ari-arinya semakin bertambah sakit. Lebih sakit dari semalam. Perutnya pun sakit juga. Dia menggigit bibir bawahnya sambil menggenggam cadar katil dengan kuat. Sakit itu semakin kuat. Seolah-olah tulangnya dipatah-patahnya.

Dia cuba menahan sakit itu namun kesakitan itu lebih dari apa yang dia dapat tahan. "ARGH." Dia terjerit bila terasa kepala bayinya semakin ke bawah.
 
Ryan yang sedang nyenyak tidur terjaga oleh jeritan kecil dari Hani. "Sayang kenapa ni?" Dia bertanya. Dilihat dahi Hani yang berpeluh itu. "Abang sakit." Adunya. Hani kemudian mencengkam lengan Ryan pula. "Kita pergi hospital sekarang ya." Ajak Ryan. Hani angguk sahaja dah tak larat nak bercakap kerana dia menahan sakit.
 
"Kalau ya pun pakai lah baju dulu. Tak kan kau nak ke hospital tak berbaju pula." Ikhwan menegur kerana adik iparnya itu sekadar memakai seluar pendek sahaja tanpa berbaju. Ryan terus tersengih. Ikhwan pun terbangun juga terdengar jeritan Hani tadi. Ibu dah abah pun bangun juga.
 
Ryan terus naik semula ke atas nak ambil baju. "Hani jangan panik ya. Ikut je arahan doktor nanti. Nanti kami datang ya." Ujar Hajah Rudiah. Dia risau bila melihat keadaan anaknya itu. Hani angguk sahaja. "Ibu, abah, kami pergi dulu. Nanti dah beranak baru bagitahu ya." Pesan Ryan sebelum dia masuk ke dalam keretanya.
 
Hajah Rudiah dan Haji Haris angguk sahaja. Bila kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan rumah, Hajah Rudiah berdoa di dalam hati. Mendoakan keselamatan anak dan cucu-cucunya itu.
 
"Ibu nak masuk lah sediakan apa yang patut." Beritahu Hajah Rudiah lalu melangkah masuk. Haji Haris dan Ikhwan pun turut sama masuk.
 
Sampai di hospital Hani terus dicheck . Tapi belum boleh beranak lagi kerana air ketubannya belum pecah dan bukaan belum 10cm lagi. Jadi Hani dimasukkan ke dalam wad terlebih dahulu sementara menunggu waktu bersalinnya. Doktor kata hari ini juga Hani akan beranak kerana kepala bayi terlampau di bawah sangat. Bila-bila masa sahaja boleh keluar. Hani sudah disuntik ubat untuk menahan sakit buat sementara.
 

Ryan menggenggam tangan Hani yang terbaring sahaja di atas katil itu. "Abang temankan masuk nanti ya." Katanya. "Ya nanti Abang temankan." Jawab Ryan lalu mencium tangan isterinya itu.

"Abang saya takut lah nak beranak nanti." Beritahu Hani. "Jangan takutlah. Abang kan ada dekat Sayang nanti. Abang teman Sayang dalam tu nanti." Ujar Ryan. Dia pun takut juga. Takut benda yang dia paling nak elakkan berlaku itu terjadi pada Hani, iaitu meninggal dunia ketika beranak.
 
Memang setiap hari tak kira lah bila dia sentiasa mendoakan keselamatan isterinya. Berdoa agar Hani selamat melahirkan anak-anak mereka. Dia mahu membesarkan anak-anak mereka bersama isterinya kelak. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang paling dia cintai. Pasti susah untuknya melupakan Hani nanti.
 
Dia sudah memaklumkan pada keluarga mereka mengenai Hani. Masing-masing turut sama mendoakan keselamatan Hani dan bayi-bayinya itu.
 
Bila masuk waktu subuh dia terus ke surau untuk solat subuh. "Sayang boleh solat lagi kan?" Hani angguk. Dia boleh sahaja solat berbaring di katil. Kalau tak pun dia boleh duduk. "Bawa saya pergi tandas boleh? Nak ambil air wuduk." Mujurlah tadi Doktor Marlina ada bagi dia telekung kerana dia tahu Hani masuk boleh solat lagi kerana belum masanya untuk beranak.
 
Selesai mengambil wuduk Hani dipapah semula ke katil. Ryan guna tuala untuk lapik tangannya supaya air wuduk Hani tidak terbatal. "Sayang tunggu kejap ya. Abang ambil air wuduk." Katanya. Hani terus geleng. "Tak pe lah. Abang solat lah di surau ya. Sini tak selesa. Sejadah kecil je." Ujar Hani.
 
"Betul ni? Tak nak Abang jadi imam?" Hani geleng. "Pergilah. Nanti habis waktu." Ujar Hani. "Hmm ye lah. Abang keluar kejap. Nanti datang balik." Ujar Ryan lalu dia melangkah keluar.
 
Lama Ryan di surau kerana selepas solat subuh dia duduk terlebih dahulu. Dia di situ lama kerana dia berdoa. Memohon keselamatan dan kesihatan buat isteri dan anak-anaknya yang bakal lahir. Dia berdoa agar urusan Hani beranak nanti dipermudahkan.
 










    

   BILA  dia nak kembali semula ke wad isterinya telefonnya pula berbunyi. "Waalaikumsalam ma. Kenapa?" Ryan bertanya pada Datin Fauzian. "Hani macam mana? Belum beranak lagi ke?" Kedengaran suara mamanya yang risau itu. "Belum lagi ma. Doktor kata belum buka 10cm lagi. Lepastu air ketuban pun belum pecah lagi. Cuma Hani sekarang masih dekat hospital lah. Kena tahan." Beritahu Ryan sambil kakinya melangkah ke wad Hani.
 
"Kalau masuk delivery room nanti call ya. Bagitahu kami." Pesan Datin Fauzian. "Baliklah ma. Tapi mama jangan pula datang sekarang. Datang lepas Hani dah beranak lah." Sebab dia tidak mahu keluarga mereka tertunggu-tunggu kerana doa tahu tentu proses melahirkan anak kembar mereka itu memakan masa yang lama. "Jangan lupa doakan Hani ya supaya dapat beranak dengan selamat." Pinta Ryan.
 
"Mestilah kami doakan." Bila sampai depan pintu bilik barulah Ryan tamat bercakap dengan Datin Fauzian. Disimpah semula telefon ke dalam poket seluarnya sebelum dia perlahan-lahan membuka pintu. Dipandang Hani yang sedang tidur itu. Tapi kelihatan tidurnya tidak tenang kerana dahi Hani yang berkerut itu. Sedang menahan sakit.
 
Apabila Ryan duduk Hani terus terjaga. "Abang." Ujarnya. "Abang bangunkan Sayang ke?" Ryan bertanya. Hani geleng sahaja. "Haus lah. Boleh tolong ambilkan air tu." Kata Hani. Ryan angguk sahaja lalu mencapai botol mineral itu. Selesai Hani minum diletak semula botol itu ke atas meja.
 
"Masih sakit lagi ke?" Soal Ryan prihatan. Hani terus angguk kepalanya. "Kepala babies dah bawah sangat ni. Tapi tak tahu lah siapa keluar dulu." Memang dia dapat rasakan pergerakan anaknya yang semakin menurun ke bawah itu. Menunggu masa untuk keluar.
 
Tidak lama kemudian Doktor Marlina datang bersama beberapa orang jururawat bersamanya. "Kami nak check Hani dulu. Ryan sila keluar sekejap ya." Doktor Marlina memberitahu. Ryan mengangguk dan tanpa banyak bunyi dia terus melangkah keluar dari wad berkenaan. Biarlah doktor yang menjalankan tugas mereka. Dia bukannya tahu pun.
 
Kemudian Ryan terus menghubungi ibu mentuanya. "Macam mana dengan adik?" Hajah Rudiah terus bertanya setelah dia menjawab salam dari menantunya itu. "Doktor tengah periksa lagi. Entah lah macam mana." Ujar Ryan.
 
"Tak pa lah kalau macam tu. Kalau belum beranak juga nanti kamu bagi Hani makan ya. Supaya dia ada tenaga nanti. Tapi jangan makanan yang berat-berat tau." Pesan Hajah Rudiah. "Baiklah kalau macam tu. Tolong sampaikan dekat mama ya." Pesan Ryan. "Nanti ibu bagitahu dekat mama kamu ya. Ibu nak masak dulu ni. Nanti call balik ya." Balas Hajah Rudiah lalu menamatkan panggilan tersebut.
 
 
 
Tidak lama kemudian Doktor Marlina keluar. Ryan terus menghampiri Doktor Marlina. "Macam mana?" Ryan bertanya. "Bukaan dia baru je 6cm. Belum boleh beranak lagi. Kalau kami paksa nanti luka Hani koyak besar pula. Kalau Hani tak dapat beranak secara normal kami akan terus caesar lah. Ryan benarkan tak?" Ryan angguk sahaja.
 
"Saya ikut je lah keputusan doktor. Mana yang terbaik untuk Hani. Saya benarkan sahaja." Ujarnya. Asalkan Hani dan anak-anak mereka selamat. "Baiklah kalau macam tu. Lagi 1 jam kami akan datang balik nak periksa sekali lagi." Bila doktor dan jururawat beredar Ryan terus masuk ke dalam semula.






































































Oh My HusbandWhere stories live. Discover now