Welcome back to another chapter guys. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya.
9 tahun kemudian............
HANI sedang bersiap untuk mengambil Arina dan Haziqah dari sekolah. "Sayang dah siap belum?" Tanya suaminya. "Dah. Kejap." Hani terus mengambil beg tangannya sebelum bergerak keluar dari bilik mereka.
Mereka berdua kemudian menuju ke sekolah rendah di mana Arina bersekolah. Sekarang Arina dah darjah 4 maknanya dah 10 tahun. Aryan dan Haziqah pula tingkatan 1.
Haziqah dah Aryan bersekolah di sekolah berasingan. Oleh kerana Aryan mendapat 6A untuk UPSRnya dia masuk ke sekolah berasrama penuh manakala Haziqah yang hanya mendapat 4A 2B masuk ke sekolah biasa. Memang betullah orang kata kalau kembar yang adik mesti akan lebih pandai dari kembarnya.
Lagipun Haziqah tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh seperti kembarnya. Dia lagi suka sekolah harian kerana dia tahu jika di sekolah berasrama penuh tentu peraturannya ketat dan bukan selalu boleh balik rumah.
Dia tidak boleh hidup tanpa makan masakan mamanya untuk sehari. Tiap hari pasti dia akan makan masakan mamanya. Rugi lah kalau dia duduk asrama. Sudahnya dia jenis pemilih makan. Nanti dekat asrama tak pasal-pasal dia jarang makan kerana tidak menyukai makanan yang disediakan di dewan makan. Perempuan kan mesti lah complicated sikit.
Arina berlari masuk ke dalam kereta apabila ternampak kelibat kereta papanya. "How was your day today?" Tanya Ryan. "Papa... mama ada orang buli adik dekat kelas" Kata Arina. "Anak mama ni kena buli? Oleh siapa sayang bagitau mama" Ujar Hani. Dia memang pantang kalau anaknya kena buli lebih-lebih lagi Aryan sebab dia satu-satunya anak lelakinya.
"Dia ambil botol adik terus dia minum air adik" Adu Arina. "Adik haus" Katanya lagi. "Nanti papa jumpa dia ye. Kesian anak papa ni kena buli" Ryan mengusap kepala anaknya.
Dia kesian akan Arina yang sering kali mengadu kerana anaknya itu dibuli. Sudah banyak kali dia bertemu dengan kawan dan ibu bapa kepada kawan yang membuli anaknya itu. Tapi seolah-olah nasihat yang dia berikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Budak-budak itu hanya berhenti membuli untuk beberapa hari sebelum mereka kembali membuli Arina semula.
Sedang dia termenung sendiri tiba-tiba bahunya ditepuk. Dia pun segera menoleh memandang isterinya. "Abang Ayan balik harini. Katanya nak minta ambil sekarang" Hani memberi tahu Ryan. "Tak boleh lepas solat jumaat ke?" Tanya Ryan. "Dia kata kawan-kawan dia semua dah balik. Tinggal berapa orang je lagi dekat asrama tu" Kata Hani. "Ye lah kita ambil Kakak dulu baru ambil dia." Balas Ryan.
Hari jumaat kan mestilah sekolah rendah dan sekolah menengah balik serentak. Jadi selalunya mereka akan mengambil Arina terlebih dahulu sebelum mengambil Haziqah.
Mereka kemudian pergi ke sekolah Haziqah. Haziqah menunggu mereka di hadapan sekolah. "Wei Hazi kau belum balik ke? Tak kan tak kena ambil kot. Bapa kau orang kaya apa. Tak kan tiada personal driver" Sindir Mona. "Kejap lagi papa aku datanglah" Katanya.
Kebanyakan kawan kelasnya dia tidak suka berkawan dengan Haziqah sebab mereka sangka Haziqah jenis yang suka menunjuk-nunjuk sebab papa dia orang kaya. Sebenarnya tak sebab Ryan tak besarkan anak-anaknya dengan kekayaan. Dia nak anak dia merasa sendiri hidup susah supaya mereka boleh berdikari. Beberapa minit kemudian Ryan sampai di situ lantas Haziqah masuk ke dalam kereta.
"ALONG mama nak tanya sesuatu ni" Ujar Hani. "Apa dia ma?" Tanya Haziqah. "Along bawa telefon pergi sekolah kan" Terus Haziqah terdiam. "Mana ada. Telefon along ada je dekat rumah" Katanya."Along jangan nak menipu mama boleh tak? Tadi papa pergi bilik along cari telefon along tapi tak jumpa. Rupanya sekarang dah pandai bawa telefon pergi sekolah. Kalau kena rampas telefon kamu macam mana? Nanti telefon mama suruh datang tuntut telefon. Kalau telefon kamu hilang?" Kata Ryan memberi nasihat kepada anaknya.
"Papa dengan mama suka kacau privasi along. Dah lah pilih kasih. Ayan boleh pula bawa telefon pergi asrama kenapa along tak boleh?" Haziqah memberontak.
"Along kami bukan nak kacau privasi along tapi along sendiri kata dengan papa nak minta tolong tukarnya screen protacter. Jadi papa masuk bilik along sebab nak cari telefon along nak bawa pergi kedai" Terang Ryan. Mereka memang memanggil Haziqah dengan gelaran 'along' memandangkan dia anak sulung walaupun beza berapa minit sahaja dengan Aryan.
"Kami tak pernah pilih kasih along. Ayan tu bawa telefon sebab dia kan duduk asrama. Itupun hujung minggu je dia dapat pegang telefon hari-hari lain warden asrama diorang yang pegang telefon dia" Kata Hani pula.
"Ye lah along minta maaf tuduh yang bukan-bukan dekat mama dengan papa" Dia mengaku kesalahannya. "Papa along nak mengadu ni" ujarnya pula. "Kenapa?" Tanya Ryan. "Kawan-kawan along semua tak suka berkawan dengan along sebab diorang kata along ni suka menayang. Yang kaya tu papa bukan along tapi diorang tetap tak suka kawan dengan along" Ujarnya.
"Anak mama ni tak da kawan dekat sekolah? Alah kesian anak mama. Biarkan diorang tak nak kawan dengan along. Along fokus je dengan pelajaran. Jangan hiraukan mereka" Nasihat Hani. Haziqah hanya mengangguk. Dalam 30 minit mereka sampai ke sekolah Ayan.
Aryan tersenyum apabila ternampak kelibat kembarnya. "Yooo kakakku" Katanya. "Yoo kembarku" Jawab Haziqah. "Barang semua dah bawa?" Tanya Ryan pula. "Dah pa" jawabnya. "Jom" Ryan kemudian mengangkat beg milik anaknya.
"Oh ya bagus juga Ayan balik harini sebab Mama baru teringat hujung minggu ni ada family reunion dekat Pahang" Ujar Hani. "Family reunion apa lagi kali ni Sayang?" Tanya Ryan. "Abah ada bagitau minggu lepas yang hujung minggu ni ada perjumpaan keluarga belah arwah ibu dekat pahang" Terang Hani.
"Itu pun kalau Abang free lah. Kalau tak, tak perlulah Abang pergi. Saya je dengan anak-anak pergi nanti." Dia pun faham sejak kebelakangan ini suaminya itu sibuk sekali. Mujurlah harini Ryan mengambil cuti.
Jika tidak memang dia sekarang berada di pejabat lah. Dia datang awal tapi balik lambat kerana terlalu banyak kerjanya di pejabat itu. Lebih-lebih lagi bila dia jenis yang tak suka untuk membawa kerjanya balik ke rumah. Dia pasti menyiapkan terlebih dahulu di tempat kerjanya sebelum balik ke rumaj.
"Hujung minggu ni? Tengok lah dulu macam mana ya Sayang. Kalau Abang tak sibuk Abang pergi lah dengan Sayang. Tapi kalau Abang sibuk nanti suruh lah si Ikhwan tu bergerak sekali dengan Sayang ya." Ujar Ryan dengan nada suara yang sedikit mencurigakan.
"Papa ada tender besar ke sampai asyik sibuk je hari-hari? Tak kan hujung minggu pun sibuk?" Haziqah pula menyampuk. Hani terus terfikir. Setahu dia belum ada lagi tender besar yang masuk. Jika ada tentu keadaan di pejabat itu sibuk. Tapi semasa dia datang kelmarin tidak pula kelihatan sibuk. Lia pun rilek sahaja buat kerja.
Hani terus memandang suaminya itu. "Betul juga cakap along tu. Abang tak tipu kan?" Hani bertanya denga ragu-ragu.
"Mes-mestilah tak Sayang. Sebenarnya ada masalah dekat syarikat tu. Tapi Abang malas lah nak heboh-hebohkan. Biar orang dalam je selesaikan. Nanti jika pekerja lain tahu susahlah. Selagi Abang boleh handle Abang buat. Jangan risau lah. Buat apa Abang nak tipu Sayang pula." Katanya.
Tapi Hani mula sudah ragu-ragu dengan sikap suaminya itu. Sejak dua menjak ini memang Ryan banyak berahsia darinya. Hani tahu semua itu. Dia boleh dapat rasakan. Dari riak wajah suaminya sahaja pun dia boleh tahu. Memang susah Ryan mahu menipu dirinya.
-------
Fyi: watak Ryan ni sebenarnya author tulis based on someone tau. My ex crush actually :') and nama Hani pula diambil dari nama author i mean is nama yg sepatutnya my nenek give me but my dad yang tak nak. Huhuhu. And also Puteri ni pula nama perempuan yg author benci sekali. Tu pasal lah dia jadi PERAMPAS dalam cerita ni ya
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...