Welcome back to another chapter. Thank you for 280k readers ❤ seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Kali ini 90 votes diperlukan untuk buka bab 98. Thank you sudi support and have fun.
Btw, please dont be mad at me sebab chapter ni ya. I know you guys tak boleh terima. But this is my story. I can do whatever i want. And i still tengah siapkan ending dia. Kalau ada yang tak suka dengan bab ni, korang jangan lupa ya i ada hak nak tukar ending dia. Entah-entah i give sad ending. 😌
HANI terus menolak pintu wad itu. Selepas mendapat khabar mengenai kemalangan itu terus dia ke hospital. Tika dia masuk kelihatan Haziqah sedang tidur bersandar di bahu suaminya. Dilihat Arina yang berbaring di katil itu dengan kepala yang berbalut.
"Mama." Bila nampak mamanya, Aryan terus menghampiri mamanya itu. Dia terus kena ambil dari sekolah tadi. Dia dah tahu apa yang terjadi. Hani memeluk tubuh anak lelaki itu. Serentak dengan itu Haziqah terjaga. Dia turun dari kerusi lalu menghampiri Hani. Terus memeluk tubuh mamanya itu.
"Apa dah jadi along? Kenapa sampai adik boleh masuk hospital ni?" Bila dia membaca chat dari suaminya itu segera dia menghubungi Ryan bertanya akan keadaan anaknya itu. Walaupun dia marah, anaknya tidak boleh diabaikan. Naluri ibu itu kuat dalam dirinya.
"Sayang..." Hani terus menoleh memandang suaminya itu. "Umm along, Ayan. Korang duduk sini ya? Papa dengan mama keluar kejap. Ada nak bincang." Lebih baik dorang berbincang di luar aahaja. Anak kembarnya itu angguk sahaja.
Ryan kemudian memandang Hani. Hani mengeluh lemah lalu diikutkan sahaja kaki Ryan melangkah keluar dari bilik persendirian itu.
Dia dan Hani duduk di bangku di taman hospital itu. Keadaan sunyi dan tempat mereka duduk memang agak tertutup daripada orang lain. "What did you do to my daughter?" Terus Hani menengking suaminya itu. Mak mana je yang tak marah jika anaknya dicederakan oleh orang lain. "Bagi lah Abang explain." Terang Ryan.
Hani menghembus nafasnya dengan berat. "Cakap lah. Apa dah jadi. Mustahil Arina tu jatuh sampai jadi macam tu." Dia tahu anaknya itu tidak nakal. Tidak mungkin Arina jatuh sampai berbalut macam tu. Dia tahu pasti ada yang terjadi tika dia tiada di rumah dan dia yakin ada kaitan dengan Puteri.
Mata Ryan sayu sahaja memandang isterinya. Dipegang tangan Hani itu walaupun Hani melarikan tangannya. Dia tarik tangan isterinya itu. "Sebenarnya...." Dia mula menceritakan dari mula. Dari Haziqah memarahinya sehingga bila Arina pengsan.
"And begitu lah cerita sebenar. Abang memang tiada niat nak tampar along tu. Abang tahu Abang salah." Katanya. Hani tersandar lemah di bangku kayu itu. "Saya tak tahu nak cakap apa." Ujar Hani. Emosinya sekarang ni ada marah, sedih, kecewa dan paling penting sekarang ni serupa mahu membunuh Puteri itu.
"Awak sepatutnya protect anak-anak kita. Tapi awak.... i don't know macam mana lagi nak cakap." Dia sudah penat menghadap semua ini.
Dia memang pantang bila ada orang yang cederakan anak-anaknya. Dia besarkan anak-anaknya dengak baik tapi ada pula yang mencederakan anaknya. Memang dia tidak boleh nak maafkan Puteri.
"Abang tahu salah Abang. Tapi Sayang, please forgive me Please. Kalau Sayang nak Abang melutut memohon ampun dekat Sayang, Abang sanggup." Ryan sudah mahu melutut di atas rumput itu tapi Hani halang. "Pergi settlekan masalah dengan dia tu. And kemudian suruh dia melutut meminta ampun dekat saya dan minta maaf dekat Arina. Selagi dia tak buat selagi tu saya tak maafkan awak." Hani berdiri lalu melangkah ke wad anaknya, meninggalkan Ryan seorang diri di sana.
Hani terus memeluk Arina yang sudah bangun itu. "Anak mama ok?" Dia bertanya. Arina angguk sahaja. "Perempuan tu yang tolak Ari, ma. Dia tolak Ari." Arina memberitahu. "Ya mama tahu Sayang. Don't worry, lepas ni dia dah tak boleh ganggu Ari lagi and anak mama berdua ni ya." Kata Hani.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...