BAB 61

3.4K 110 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk buka bab 62. Thanks sudi support and have fun guys.

         KEBANYAKKAN penduduk kampung telah pun tiba memandangkan mereka mengadakan kenduri tersebut selepas zohor.

Hani memandang Ryan yang baru sahaja habis solat fardu zohor. Selepas mengaminkan doanya Ryan memandang Hani yang hanya duduk memerhatinya di atas katil.

"Sayang kenapa? Asyik tengok je abang solat?" Tanya Ryan sambil melipat kembali sejadah yang digunanya. "Hmm untung ler abang dapat solat. Saya ni hmm darah pun belum habis" Ujar Hani.

"Bukan lama lagi habis pantangkan? Nanti kalau sayang dah habis pantang selama 5 waktu tu abang jadi imam sayang amacam nak? Abang sanggup balik rumah nak solat zohor dan asar dengan sayang tau" Ujar Ryan lalu mengambil tempat di sebelah Hani.

"Betul ni?" Ryan mengangguk. "Abang tukarlah baju dulu. Saya nak turun. Kalau budak-budak ni menangis panggil je nanti" Ryan hanya mengangguk.

Bila Hani turun dia terserempak pula dengan kawan-kawannya. "Hei Hani." Denisha menegurnya. "Hei Denisha. Bila sampai?" Hani bertanya. "Tadi lagi. Kau je tak tahu. Si kembar mana?" Denisha bertanya. "Dekat atas lah. Dengan bapa dia." Hani memberitahu. "Kenapa? Kau tengok ke?" Hani bertanya pada Denisha.

"Boleh juga. Tapi laki kau dalam bilik. Seganlah aku." Ujar Denisha. Tak kan dia nak ganggu privasi Hani dengan suaminya pula dan tak kan pula dia nak masuk bilik Hani. 

Anak kembar Hani dan Ryan sudahpun masuk 7 hari pada hari ini. Dan sebab itu lah mereka mengadakan majlis cukur rambut pada hari ini.

Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri.

Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Memandangkan hari ini hari selasa dan merupakan cuti umum bersempena Hari Malaysia, mereka buatlah hari ini kerana mereka tahu ramai yang cuti jadi dapatlah datang. Ryan pun ada juga memaklumkan pada kawan-kawannya untuk datang. Mereka semua bersetuju akan datang dan tadi semasa Ryan bertelefon dengan kawan-kawannya Hani terdengar mereka berkata mereka dalam perjalan ke sini.

"Kau macam mana berpantang ok?" Mira bertanya kita mereka duduk bersembang di ruang tamu. Sesekali Hani melihat buaian yang telah dihias cantik oleh sepupunya. Konon nak letak babies dalam tu nanti untuk dilihat oleh ahli keluarga.

"Ok lah. Laki aku je yang beria lebih. Macam dia pula yang beranak. Nak juga ikut berpantang dengan aku." Hani memberitahu. Itu pun sekejap sahaja. 2 hari sahaja dia tahan makan makanan berpantang milik Hani. "Jahitan kau dah buka ke?" Zura bertanya.

Dia kan akan melangsungkan perkahwinannya bulan januari tahun hadapan tu yang dia banyak tanya pada Hani. "Aku beranak normal jadi jahitan terbuka sendiri. Tak payah pergi hospital buka jahitan. Doktor kata dia semulajadi terbuka sendiri." Hani memberitahu. Jahitannya belum terbuka lagi.

Mungkin ambil masa 2 minggu atau kurang sebab dia kan beranak normal untuk si kembar. Koyakan pula besar. Memang lama lah nak sembuh.

"Sakit tak kalau nak kencing?" Zura bertanya lagi. "Sakit tu tak. Tapi ngilu tau." Hani memberitahu. Masa dia sudah beranak dan mahu berkencing memang berpegang lah pada Ryan. Encik Suami tu kan sibuk nak teman sampai dalam tandas. Mata Ryan memang membulat habis lah bila melihat darah mengalir ketika itu. Mahu sahaja dia pengsan. Tu lah nak juga menyibuk temankan Hani buang air kecil.

   HAZIQAH terus sahaja menangis bila dipegang oleh Ikhwan ketika lelaki itu mahu menggunting sedikit rambutnya. Tadi bila Haji Haris dan Dato Aziz yang cukur tak pula dia nangis. Tapi bila turn Ikhwan dia nangis pula.

"Kau tengok habis nangis anak aku." Ujar Ryan pada Ikhwan. "Eh bukan salah aku dia nak nangis. Kau tu yang tak pandai dukung." Balas Ikhwan. Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi nak gaduh.

Setelah selesai bahagian pihak lelaki Ryan menyerahkan Haziqah pada Hani dan mengambil Aryan pula. Hani bangun lalu membawa ke bahagian perempuan pula untuk mencukur rambut si kecil itu. Haziqah senyap sahaja bila Hajah Rudiah dan Datin Fauzian menggunting rambut nipisnya itu. Budak kecil itu senyap sahaja dan tidur dengan nyenyak.

Selesai sahaja majlis cukur jambul dan kenduri doa selamat barulah tetamu yang hadir dihidangkan makanan. Hani sekadar memerhati sahaja sambil menepuk perlahan pada Aryan. Haziqah sudah diletak di dalam buaian itu sambil dijaga oleh suaminya.

Aryan tadi pun diletak di dalam buaian tapi dia menangis bila berjauhan dengan mamanya. Jadi terpaksalah Hani dukung sekejap. "Sayang tak nak makan dulu ke?" Ryan bertanya. Dia minta tolong Ikhwan tengok-tengokkan Haziqah di dalam buaian itu.

Hani memandang suaminya lalu menggelengkan kepalanya. "Tak da selera lah Abang. Abang je lah makan." Balasnya. "Makan sikit je lah ok? Abang suapkan." Cadang Ryan. Hani terpaksa angguk dan pandang suaminya pergi ke arah tempat lauk dihidangkan.

Mereka ambil katering sahaja supaya tidak perlu susah payah nak masak. Cuci piring sahaja. Itu pun bukan Hani yang buat. Dia duduk dan memerhatikan sahaja nanti anak dara tolong mencuci.

Sedang dia menepuk perlahan paha Aryan bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia segera menoleh. "Kenapa ibu?" Hani bertanya. "Kamu tak nak makan ke?" Hajah Rudiah bertanya. Dari tadi lagi dia perasan yang anaknya itu langsung tidak mengambil makanan.

Hani senyum sahaja lalu menunjuk ke arah suaminya. "Baru nak makan. Abang Ryan ambilkan." Hajah Rudiah angguk sahaja. "Jangan makan timun tau. Nant gastrik pula." Hajah Rudiah berpesan sebelum dia melangkah semula ke tempat besannya itu.

Tidak lama kemudian Ryan datang kembali bersama piring yang berisi nasi dan lauk, serta sayur. "Satu je?" Hani menyoal suaminya. "Ye lah satu je. Kita share lah. Tu kan lebih afdal. Nak pahala tak?" Sempat lagi dia mengingatkan Hani. Hani terus terdiam.

"Tapi sudu satu je." Tambah Hani. "Abang suapkan lah. Nanti Aryan nangis kan susah." Dengan selamba Ryan menjawab.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now