BAB 72

3.2K 117 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Kali ini 80 votes diperlukan untuk buka bab 73. Thank you sudi support and have fun guys ❤










      HANI terus menghampiri katil ibunya itu. Hajah Rudiah sudah stabil tapi belum bangun lagi. Kini sudah dipindahkan ke wad biasa. Aryan dengan Haziqah pun ada bersamanya.

Hani membawa anak kembarnya itu bersamanya dengannya kerana tiada orang menjaga di rumah dan Hani tidak mahu menyusahkan mama mentuanya menjaga. Biarlah dia yang menjaga.

"Nenek kenapa?" Haziqah mendongak lalu memandang Hani. Hani senyum sahaja lalu usap kepala anaknya itu. "Nenek sakit." Hani memberitahu. Haziqah angguk sahaja dan duduk di sofa berkenaan. Aryan pun ikut juga apa yang kakak kembarnya buat.

"Mama." Panggil Haziqah lagi. "Hmm? Kenapa?" Hani bertanya. Dia mengambil besen kecil itu untuk diisi air. "Bila boyeh jumpa adik?" Si kecil itu bertanya. Mata hitamnya membulat memandang Hani. Hani senyum sahaja lalu memberitahu. "Adik kecil lagi. Nanti bila dia dah besar. Baru adik keluar." Hani memberitahu. Sejak dia disahkan mengandung dan memberitahu si kembar itu Haziqah sentiasa bertanya padanya bila adiknya itu akan lahir.

"Mama kenapa nenek sakit?" Haziqah bertanya dengan wajah polosnya itu. Dia masih kecil untuk mengetahui semua itu. "Nanti nenek baik lah tu. Sebab tu mama kena jaga nenek. Kamu berdua budak baikkan? Jadi korang kena duduk diam-diam dengan mama ya" Ujar Hani lalu dia tersenyum memandang Aryan dan Haziqah.

Bila Aryan dan Haziqah berhenti bertanya barulah dia melangkah ke tandas untuk mengisi air ke dalam besen kecil itu. Bila sudah penuh Hani terus melangkah semula ke katil ibunya.

Tuala kecil direndam ke dalam besen berkenaan lalu diperah airnya. Hani kemudian mula mengelap tubuh badan ibunya itu. Sedang dia mengelap tubuh ibunya tiba-tiba pintu berkenaan dikuak dari luar.Hani segera menoleh lalu dia tersenyum melihat seorang doktor berbangsa India masuk bersama 3 orang jururawat. Mungkin hendak memeriksa Hajah Rudiah.

"Aryan,Haziqah jom keluar sekejap." Hani mengajak anak kembarnya keluar kerana doktor hendak memeriksa ibunya. Budak berdua itu angguk sahaja lalu keluar dari bilik berkenaan bersama mama mereka. 

Dalam 5 minit kemudian, doktor tadi keluar. Hani terus melangkah menghampiri doktor berkenaan. "Macam mana dengan keadaan ibu saya?" Hani bertanya. "Keadaan ibu sudah stabil cuma kita tak tahu bika ibu Hani akan bangun. Abah Hani pun sudah semakin pulih. Tidak lama lagi Haji Haris boleh lah discharge." Terang doktor berkenaan. Hani mengangguk sahaja kerana dia bersyukur abahnya sudah boleh keluar dari hospital. 

"Berapa yang perlu saya bayar?" Hani bertanya. "Tak perlu. Suami Hani dah bayar kos rawatan untuk abah dan ibu Hani." Doktor tersebut memaklumkan.

Hani sekadar menangguk lalu dia melangkah masuk semula ke bilik ibunya setelah mengucap terima kasih pada doktor berkenaan. Aryan dan Haziqah pun turut sama juga.

Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi. Dia segera melihat nama yang tertera. Bibirnya mengukirkan senyuman sebelum dia menyambut panggilan berkenaan.

"Ibu macam mana Sayang?" Jelas kedengaran suara milik Ryan. "Ibu ok je. Doktor kata tadi abah dah boleh discharge tak lama lagi." Hani memaklumkan. Dia mengerling memandang anak kembarnya yang sedang berebut mainan. Padahal masing-masing ada mainan sendiri tapi Aryan masih hendak merebut mainan milik kakaknya itu.

"Baguslah tu. Oh ya Abang nak pergi sana ni. Sayang ada nak minta beli apa-apa?" Alang-alang sudah selesai mesyuarat baik dia pergi melawat mentuanya itu.

Hani memikir seketika. Memikir makanan yang dia nak makan. Dia memang jarang mengidam ketika awal kehamilan selalunya dalam 2nd trimester. "Abang belikan nasi ayam je lah." Beritahunya.

Ryan terus melangkah keluar dari pejabatnya. Dia terus menghampiri meja Lia. "Aku keluar kejap. Petang nanti baru datang balik." Ryan memaklumkan. "Bos nak ke mana? Jumpa klien ke?" Setahu dia bosnya itu tidak ada berjumpa dengan klien hari ini.

Ryan terus geleng. "Nak pergi hospital sekejap. My wife's parents warded." Beritahu Ryan dan dia kemudian tertawa bila melihat wajah Lia yang terperanjat itu.

"Bapa mentua aku ok je. Cuma ibu mentua aku yang koma. Dorang accident." Ryan memberitahu. Lia mengangguk sahaja dan tayang mula sedihnya itu. "Ok lah aku pergi dulu." Pamitnya.







       HAZIQAH lantas berlari menghampiri papanya yang baru sampai itu.  After all she is daddy's princess. Dia memang rapat dengan Ryan berbanding dengan Hani. Mungkin kerana Ryan suka melayan karenah dia yang kadang-kala memenatkan itu. Hani puun selalu juga layan Haziqah tapi bila dia dah penat dia biarkan sahaja Haziqah bermain dengan kembarnya.  

"Abang ada belikan ke tidak nasi ayam saya?" Hani terus bertanya. "Mestilah ada Yang. Untuk twins pun ada juga." Sebab apa yang Hani makan pasti budak berdua itu pun mahu makan juga. Ryan meletak plastik makanan berisi nasi ayam kepunyaan Hani dan anak-anak mereka dia atas meja sebelum dia menghampiri Hani. 

Dahi wanita yang dia cintai itu dikucup seketika lalu dia bertanya. "Macam mana harini ok? Baby ok?" Hani terus angguk. Ryan memang akan kerap bertanya mengenai perkembangan bayi di dalam perutnya dan bertanya akan kesihatan isterinya itu. "Masih awal lagi lah Abang. Baby ok je, saya pun ok juga. Cuma tadi ada muntah 5 kali." Hani memberitahu. Dia suka mula mengalami loya dan mual sejak awal pagi lagi. Sebelum ini dia tak pernah lagi morning sickness

Ryan angguk sahaja lalu mengusap perut Hani yang belum menampakkan baby bumpnya itu. "Aryan, Haziqah nak makan tak?" Dia kemudian bertanya pada anak kembarnya itu. Aryan lantas mengangguk lalu menghampiri papa dan mamanya. Kalau bab makan memang dia laju sampai mainan pun dia campak tepi. Tak kisah pasal mainannya bila berkaitan dengan makanan.

Sedang dua beradik itu makan tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar. Hani dan Ryan lantas melihat ke arah pintu. "Mama." Tegur Ryan. "Eh Ryan kamu tak kerja ke harini?" Datin Fauzian bertanya. "Kerja lah tapi datang sini kejap hantar makanan." Ryan memberitahu dan Datin Fauzian sekadar mengangguk. 

"Mama pula buat apa datang?" Ryan bertanya. "Mama bosan di rumah tu yang datang sini sebab mama tahu siang Hani yang jaga di wad ni. Papa kamu tu kan sibuk keluar dengan kawan-kawan dia." Datin Fauzian memberitahu. Matanya memerhatikan sahaja tangan anaknya yang berada di dalam baju menantunya itu. Dia nampak jelas tangan Ryan yang seakan-akan mengusap perut Hani. 

"Entah-entah papa tu ada perempuan simpanan ma." Gurau Ryan. "Kalau nak dikerat 44 cuba lah kalau dia berani. Memang nahas lah papa kamu dengan perempuan tu. Kamu nak ke ada mama tiri?" Ujar Datin Fauzian. 

Ryan senyum sahaja. "Mestilah tak nak ma." Dia menjawab. "Hah tangan kamu tu kenapa masuk dalam baju Hani? Tak senonoh betul. Anak-anak ada depan mata kot. Jadilah suri teladan yang baik Ryan." Tegur Datin Fauzian sebelum dia membuat muka terkejut. 

"Hani kamu mengandung lagi ya?" Hani terus menarik tangan suaminya untuk keluar dari dalam bajunya. Dia kemudian tersengih. "Ha'ah ma. Dah nak masuk 6 minggu." Hani memberitahu. "Tahniah ya Hani dan terima kasih sebab bagi mama cucu lagi." Ucap Datin Fauzian. Hani sekadar senyum sahaja. 

"Mestilah kami bagi mama cucu lagi. Twins pun dah besar jadi sesuailah nak tambah 1 lagi." Ujar Ryan kerana dia sudah berjanji dengan Hani agar menambah anak jika dia mahu setelah Aryan dan Haziqah berusia 2 tahun. 

Memang sejak awal perkahwinan mereka lagi Ryan dan Hani sudah merancang keluarga mereka. Hani juga sudah meminta Ryan untuk memberi dia rehat yang panjang selepas beranakkan twins dan Ryan setuju. Dia pun faham juga. Selepas apa yang dia lihat tika proses kelahiran anak kembar mereka, dia faham dan tahu keperitan Hani. 












The huge conflict will come here soon so be prepare ok 😂



Oh My HusbandWhere stories live. Discover now