BAB 40

4.5K 127 1
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa kalau sudi tekanlah vote sekali. And jemput juga ya baca 'DIA LAH SURI HATIKU' and tekan vote sekali untuk setiap bab. Selagi tak reach 300 readers and 35 votes untuk buku tu author tak kan publish bab 40 ok . Thanks sudi support and have fun. Also salam jumaat terakhir dalam bulan ramadan ini. Tolong ya. 300 readers and 35 votes sahaja author perlukan untuk 'DIA LAH SURI HATIKU'. 🥺🥺🥺🥺🥺










"ABANG bangunlah. Dah jam 7.40 ni. Kata jam 8.30 ada mesyuarat." Hani membangunkan suaminya. Selepas solat subuh berjemaah tadi Ryan terus sambung tidur semula dan dia ada berpesan bangunkan dia sebelum 7.20 tapi dah 20 minit Hani bangunkan tak bangun juga. Penat dia asyik membangunkan sahaja dari tadi.

"Hmmm Sayang. Dah jam berapa ni?" Dia bertanya Hani. "Dah nak jam 8 ni Abang." Terus mata Ryan terbuka luas. "Apa? Jam 8? Kenapa Sayang tak bangunkan Abang?" Terus dia turun dari katil lalu menuju ke bilik mandi. "Dari jam 7 suku lagi saya bangunkan. Abang yang tak nak Abang." Beritahu Hani. Bila Ryan masuk ke dalam bilik mandi dia menyiapkan pakaian suaminya. Memang rutinnya setiap hari.

Ketika dia memakai baju dia memandang Hani dari pantulan cermin. "Jam berapa Sayang pi klinik?" Dia bertanya. "Jam 11 nanti. Lama lagi. Nanti baru saya call Rania." Ryan angguk sahaja lalu terfikir pasal mesyuarat tersebut. "Mesyuarat tu habis jam 10.30. Nanti Abang balik ya bawa Sayang." Katanya.

"Tak pa lah. Jauh kan dari pejabat pergi rumah. Saya ajak Rania je lah. Abang pun mesti ada kerja kan lepastu." Dia pun faham juga suaminya ini sibuk orangnya. "Mana boleh. Abang nak juga tengok kembar kita ni." Dia berpusing menghadap Hani lalu diusap perut Hani.

"Abang nak makan sarapan ke atau terus jalan?" Hani bertanya. "Sayang masak apa?" Dia tanya. Walaupun dia dah lambat dia tetap makan juga. Tanda berterima kasih pada Hani yang sanggup buatkan sarapan untuknya. "Macam biasa lah." Ryan angguk dan ajak Hani turun ke bawah untuk bersarapan. Nantilah dia maklumkan pada Lia yang dia lambat sedikit.

Selepas makan dia terus keluar kerana tidak mahu mereka menunggunya lama. "Abang pergi dulu ya. Nanti Abang balik. Jaga diri." Katanya lalu mencium dahi Hani dan kemudian dia tunduk mencium perut isterinya pula. "Babies duduk diam-diam ya. Jangan bagi sakit mama lagi. Kesian mama asyik muntah je." Hani senyum sahaja mendengar pesanan Ryan pada bayi di dalam kandungan itu.

Habis sahaja mesyuarat dia terus memaklumkan pada Lia yang dia nak balik. "Kenapa dengan bos tu?" Malik bertanya. "Ada hal lah tu dengan bini aku. "Kenapa? Dorang gaduh ke?" Lia terus memandang Malik. "Tak. Bos nak temankan bini dia pergi klinik lah. Bini bos kan tengah pregnant sekarang."

"Oh ya? Dah setahun juga kan bos kita tu kahwin." Lia mengangguk sambil mereka berdua berjalan ke lif bersama. Dah alang-alang mereka di tingkat yang sama tak salah pun nak berbual-bual.

"Macam mana?" Ryan bertanya. Tadi dia diarah keluar sebab doktor Marlina nak periksa Hani. Sebenarnya boleh sahaja dia menunggu di dalam tapi Hani tak mahu. Dia malu lah bila suami nampak buah dadanya diramas oleh doktor Marlina. Bukan sexual harrasment. Tapi nak periksa sama ada kanser payudara atau tidak. "Hani tak ada kanser. Jadi sekarang nak tengok keadaan babies kan? Kejap ya." Doktor Marlina kemudian menyelak baju Hani dan menyapu krim pada perut Hani sebelum dia mengimbas kandungan Hani menggunakan alat khas berkenaan.

Hani dan Ryan tersenyum melihat anak kembar mereka. "Dua-dua sihat sahaja. Saiz pun lebih kurang sahaja. Itu yang bagus." Doktor Marlina kemudian menerangkan mengenai imbasan ultrasound Hani. "Maknanya sepasang kan?" Ryan bertanya. Doktor Marlina terus menjawab. "Betul tu. Sebab bukan dalam kantung yang sama." Dia juga turut menerangkan macam mana boleh terjadinya kembar tidak seiras. Ryan dan Hani dengar sahaja. Ini pengetahuan juga. Untuk menambah ilmu.

Selepas selesai doktor Marlina memberi beberapa ubat kepada Hani. "Semua ni vitamin. Saya harap Hani habiskan ya." Semuanya untuk membantu proses pembesaran janin juga.

Ketika mereka keluar dari klinik mereka terserempak dengan Misha. Ryan terus memegang tangan Hani dengan erat. Muka Misha memang terkejut lah bila lihat Hani dan Ryan keluar dari klinik berkenaan.





         

"KENAPA ni adik? Diam je." Tanya Haji Haris pada anak bongsunya itu. Hari ini anak dan menantunya datang. Dah lama Hani tak jenguk ibu bapanya jadi dia ajak lah Ryan pergi hari ini memandang Ryan pun tak sibuk.

"Eh abah. Tak ada lah. Penat lah nak cakap." Dalam kereta tadi dia dah banyak membebel. Semua benda yang dia teringin nak makan dia bagitahu Ryan. Ryan pun janji nanti dia dapatkan semua yang Hani mahu. "Ye lah tu. Ke lapar lagi?" Hani terus tersengih.

Haji Haris dah kenal sangat perangai anak bongsunya ini. Hani memang jenis yang kuat makan. Malah sebelum dia mengandung lagi. Ketika tengah mengandung sekarang ini memang bertambah kuat lah selera makan dia. Bukan sorang bayi tapi dua orang bayi yang dia sedang kandungkan.

Dia nak kedua-dua anaknya itu nanti bila sudah lahir masing-masing sihat. Dia tak kan pula yang sorang lagi besar dari kembarnya. Dia nak seimbang. Dia nak bayi kembarnya itu sihat.

Sementara itu pula Ryan tengah duduk bersembang dengan Ikhwan di beranda rumah. Sama seperti sebelum dia berkahwin. Memang beranda rumah tersebut menjadi tempat dia dan Ikhwan melepak bila dia datang ke rumah lelaki itu.

"Kau ikut tak kami balik Kelantan jumaat ni?" Ikhwan bertanya. "Kelantan? Buat apa?" Soal Ryan. "Serius kau pula?" Kemudian Ryan tersengih. 3 minggu yang lalu ibu mentuanya itu ada mengajaknya untuk balik ke kampung halaman Hani di Kelantan sebab ada kenduri kahwin sepupu Hani belah abahnya. Ryan janji yang dia akan ke sana bersama Hani nanti.

Tapi entahlah macam mana dia boleh lupa. Mungkin dia banyak memikir tentang dia dan Hani terserempak dengan Misha seminggu yang lalu di hadapan klinik yang mereka kunjungi. Muka Misha memang terkejut bila dia terpandang bentuk perut Hani yang kian memboyot.

Pada masa yang sama juga Ryan telah memberi amaran kepada Misha supaya tidak menggangu Hani lagi. Jika Misha cuba untuk mengganggu Hani dia tak agak teragak-agak untuk menghantar Misha terus ke dalam penjara.

Tapi dia perasan yang kelihatan keadaan Misha berubah habis sejak Misha dah bercerai dengan abangnya. Wanita itu kelihatan tidak terurus lagi seperti dahulu. Tapi Ryan tak nak fikir banyak pasal Misha tu sebab apa yang Misha telah buat pada isterinya sehingga menyebabkan Hani keguguran. Bukan senang untuk dia memaafkan Misha.

Permintaan maaf dari Misha itu tidak boleh menghidupkan anaknya yang telah gugur itu. Menangis darah sekali pun tiada guna kerana nasi sudah menjadi bubur. Hanya kerana cemburu sanggup buat kerja gila dengan membunuh anaknya dan hampir juga membunuh isterinya.

Sedang dia termenung sendiri Hani datang memanggil mereka untuk makan. "Abang. Abang Wan. Jom lah makan." Ajaknya sebelum memandang suaminya. "Abang? Abang ok tak?" Ikhwan pun terus memandang Ryan.

"Woii kau ok tak?" Ikhwan turut bertanya. "Hah? Ok. Ok." Jawab Ryan. "Termenung je kerja kau. Dah lah aku nak makan." Lantas Ikhwan masuk ke dalam meninggalkan adiknya bersama kawan baiknya.

Hani terus duduk di sebelah suaminya. "Abang ni kenapa? Macam jauh je termenung." Hani bertanya. Ryan memandang Hani lalu tersenyum. "Tak ada apa-apa lah Sayang. Jom makan. Tadi kata tak sabar nak makan masakan ibu kan." Dia menarik tangan Hani untuk berdiri bersamanya.

Bila sebut pasal masakan ibu terus Hani tersenyum. Dah lama dia tak makan masakan ibunya itu. Rindu pada air tangan ibunya. Maklumlah dah lama kan tak balik rumah keluarganya.




Once again author ingatkan selagi 'DIA LAH SURI HATIKU' tak reach 300 readers and 35 votes author tak kan publish. Please help me ok kalau korang nak author countinue update next chapter ok 👌 kalau korang bantu author raya nanti author publish special chapter untuk raya ya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now