BAB 84

3.1K 110 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 85. Thank you sudi support and have fun guys <3



              KETIKA Ryan balik dalam jam 9 malam, dia terus naik ke atas kerana dia tahu tentu isterinya berada di dalam bilik ketika itu. Ketika dia membuka pintu dia tersenyum sendiri. Tekaannya betul. (Banyak sekali ketika dia ya)

"Eh Abang. Bila sampai?" Tidak pula dia dengar bunyi kereta suaminya. Maklumkan tengah hujan lebat sekarang ini. Dah mula dah musim tengkujuh.

"Baru je sampai." Katanya lalu meletak begnya di tepi katil. Dia kemudian duduk di sebelah Hani lalu mencium dahi Hani. Memang sudah rutinnya tiap kali balik. "Abang dah makan ke?" Hani bertanya. "Belum lagi. Tak sempat nak makan." Dia memberitahu. Kalau dia menipu Hani tentu Hani dapat agak pula. Bukannya senang mahu menipu isterinya itu.

"Kalau macam tu Abang pergi lah mandi dulu. Lepastu solat isyak kalau belum. Saya turun kejap panaskan lauk." Sebab lepas makan tadi dia terus masukkan ke dalam peti ais. "Dah solat pun tadi. Singgah masjid kejap." Dah alang-alang dia lalu depan masjid lebih baik dia singgah sebentar untuk solat isyak.

"Hmm ye lah. Saya turun dulu. Mandi tau." Pesan Hani. Ryan sekadar mengangguk sahaja sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Fuh nasib ada air panas." Ujarnya. Dia pun mahu juga sekali sekala mandi air panas. Tak kan tak boleh. Rumah dia juga. Dia yang bayar segala bil di dalam rumah itu.

Bila dia melangkah keluar dari bilik air setelah selesai mandi, telinga terus menangkap suara Arina menangis. Dia terus menghampiri Arina. Bila dia angkat Arina lantas bayi itu mencari sesuatu di dadanya. "Eh bukannnn. I'm not your mother lah." Dia pun terus melangkah turun ke bawah.

Hani baru sahaja mahu naik ke atas bila dia ternampak suaminya turun ke bawah. Hanya bertuala sahaja bersama Arina. "Kenapa tu?" Hani terus bertanya. "Nangis nak susu lah tu. Tadi Abang angkat terus dia mencari." Ryan memberitahu.

Hani sekadar mengangguk lalu mengambil Arina. Bayi itu masih lagi menangis. Tapi bila melihat Hani tangisannya berkurang. Hani tersenyum sahaja memandang anaknya itu sambil mengatur langkah ke arah sofa.

Bila dia menyelak bajunya ke atas, Arina terus tersenyum suka sebelum dia mula menghisap dengan rakusnya."Eh tak pakai bra ek?" Ryan bertanya. "Dah malam pun Abang. Buat apa nak pakai." Hani membalas. Ingat tak rimas ke pakai dari pagi hingga ke malam. Rimas tau kalau tidur malam memakai bra kecuali kalau dah biasa.

"Oh. No wonder.... tak de lah." Tidak berani dia mahu menghabiskan ayatnya bila Hani memandang tajam mukanya itu. "Abang pergi lah naik atas pakai baju. Ni tak bertuala je. Kang tercabut." Ujar Hani.

"Lah kalau tercabut pun kenapa lah." Balas Ryan sambil tersengih. "Jangan nak mengada ya Abang. Dah pergi lah naik atas pakai baju." Hani terus menghalau lagi.

Akhirnya Ryan mengalah juga. Dia terus naik ke atas untuk memakai baju.

Ryan terus menyuruh Hani tidur terlebih dahulu selepas dia selesai makan tadi. Padahal dia boleh sahaja makan seorang diri tapi Hani mahu juga menemani dia makan. Tapi akhirnya Hani pun makan sekali. Siap kena suap lagi. Mengada je lebih.

"Sayang pergi lah tidur dulu kalau dah mengantuk sangat tu. Abang ada kerja lagi ni nak buat. Nanti Abang masuklah tidur." Ryan memberitahu tika mereka berdua naik ke atas.

Semua pintu dan jendela di bawah sudah dikunci. Lampu juga sudah dipadam. "Tak habis lagi ke kerja Abang tu?" Hani bertanya. Dia menoleh memandang Ryan.

"Sikit lagi Sayang. Kalau malam ni sempat dapat tu siap semua." Ujarnya. Jika boleh dia mahu siapkan dengan kadar segera.

"Hmm ye lah. Kalau lepas jam 12 malam Abang tak masuk bilik saya kunci ya." Balas Hani. "Eh mana boleh. Habis Abang nak tidur mana?" Macam lah satu je bilik di rumahnya itu. Walhal ada 7 billik kesemuanya. Tinggal 3 bilik kosong. Siap ada katil lagi.

"Abang pun kena rehat juga. Jangan nak paksa diri. Nanti sakit saya juga yang susah nak layan perangai mengada Abang tu." Penat tau nak layan perangai Ryan tika lelaki itu sudah sakit.

"Hmm ye lah." Balas Ryan lalu mencium dahi isterinya. "Ingat tau pesan saya." Ryan angguk sahaja. "Ya Sayangku. Abang ingatlah."





   
          MATANYA membulat melihat jam di telefonnya. Sudah menunjukkan angka 00:14. Dia tidak perasan pun sudah berapa jam dia berada di bilik kerjanya itu. Selepas mengemas meja kerjanya itu barulah dia mengatur langkahnya menuju ke bilik utama.

Dia tidak mahu meja kerjanya kelihatan bersepah dan sebab itu lah dia akan ambil masa untuk mengemas terlebih dahulu. Bukan setakat itu sahaja nanti ada juga Hani membebel padanya kerana membiarkan meja kerjanya bersepah.

Dan Ryan tidak mahu lagi kertas kerjanya diconteng oleh Haziqah seperti 3 bulan yang lalu. Mahu menangis darah dia bila melihat kertas kerjanya yang diconteng oleh Haziqah menggunakan gincu milik Hani. Dia menangis bukan sebab apa, takut pula isterinya itu mengamuk. Sudahlah ketika itu Hani sedang menunggu hari mahu beranak. Dengan hormon yang tidak menentu lagi itu.

Mujurlah Hani tidak mengetahui hal berkenaan. Ryan terus membelikan gincu yang baru sebelum Hani perasan. Nanti ada juga yang tidur luar.

Bibirnya mengukirkan senyuman bila melihat anak kembarnya yang sedang nyenyak itu. Masing-masing tidur di katil sendiri. Dulu sahaja Aryan dan kakak kembarnya itu tidur sekatil. Memang sudah mahu memisahkan dua beradik itu. Mujurlah kini sudah tidur di katil sendiri dan tidak berkongsi lagi. 

"Hmmm pa?" Kedengaran suara Haziqah memanggil. Ryan terus melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. "Ya kenapa kakak?" Ryan bertanya setelah dia melabuhkan punggungnya di katil anak daranya itu.

Haziqah geleng sahaja. Dia bangun lalu memeluk papanya. Ryan terus tersenyum sahaja lalu mengusap rambut anaknya yang semakin panjang itu. "Kakak tak rimas ke rambut panjang ni?" Dia bertanya. Haziqah segera mengangguk. "Esok papa bawak pergi gunting rambut ya." Kesian juga pada Haziqah. Bukannya dia pandai jaga rambut sendiri. Lain lah kalau dah besar nanti. Sekarang ni tentu anaknya itu tidak selesa berambut panjang.

"Tidur ya? Papa pun dah nak masuk tidur ni." Kata Ryan. "Dodoi." Ujar Haziqah. "Baiklah. Dah baring semula. Papa dodoikan ya." Setelah beberapa minit berlalu kedengaran dengkuran halus.

Ryan tunduk menciun dahi anak daranya itu dan kemudian dia membuat benda yang sama pada Aryan sebelum melangkah ke luar dari bilik anak kembarnya itu.

Dia perlahan-lahan memindah Arina ke dalam katil bayi berkenaan apabila dia nampak anaknya itu tidur di antara Hani dan bahagian dia. Mana boleh. Dia nak juga tidur di sebelah isterinya.

Hani merengek kecil bila Ryan memindah tubuhnya mendekati dirinya. "Shhhh tidur." Dia mengusap kepala isterinya itu lalu menghidu bau rambut isterinya yang wangi itu.

Dan secara semulajadinya Hani memusing badannya menghadap Ryan lalu membenamkan mukanya di dada suaminya yang tidak berbaju itu. Ryan senyum sahaja lalu mencium dahi Hani menyebabkan isterinya terjaga.

"Abang... dah jam berapa ni?" Dia bertanya. "Dah nak masuk jam 1 Sayang. Kenapa?" Ryan bertanya. "Tak de saja." Padahal dia menunggu suaminya itu masuk tidur. Tapi kerana terlalu penat lah dia tertidur dahulu.

Hani kemudian keluar dari pelukan suaminya lalu bersandar di kepala katil. "Kenapa ni Sayang?" Ryan bertanya.

"Bukan Abang nak ke?" Dia ingat lagi permintaan suaminya tengah hari tadi. "Nak? Nak apa? Oh itu.... boleh ke?" Memang lah dia sebagai suami berhak dan itu merupakan tanggungjawab dia. Tapi tak nak lah dia mahu memaksa Hani. Walaupun memang sebenarnya Hani tidak boleh menolak permintaan suaminya.

"Kenapa? Selama ni Abang pernah ke tanya? Tak kan?" Ryan tersengih sahaja. "Tapi kalau Arina terjaga Abang kena berhenti ya." Ujarnya. "Mestilah. Dah baring semula." Hani mengangguk sahaja.

Kedengaran sayup-sayup Ryan membaca sepotong ayat sebelum dia mengucup dahi isterinya. Hani terus memejamkan matanya bila bibir suaminya beralih dari bibirnya ke lehernya yang terdedah itu.

"Jangan lah tinggalkan kesan." Beritahu Hani. "I know lah Sayang." Ujarnya lalu menghisap perlahan leher isterinya. Ingat ni cerita drakula ke main hisap-hisap leher.

Malam itu dua nafas bersatu menjadi satu. Melepaskan kerinduan yang sudah lama terpendam di dalam diri masing-masing.

Author dah start study balik and memang sibuk lah since ni semester pertama. Jadi memang tak de masa nak update but In Sha Allah author akan cari masa utk update ya.
  

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now