BAB 75

3.1K 114 6
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes diperlukan untuk buka bab 76. Thank you sudi support and have fun guys.    






       HANI memandang sahaja Ryan yang sedang bercakap di telefon itu. Dia terbangun kerena terdengar perbualan suaminya. "Ya minggu depan baru aku masuk." Ryan memberitahu. Dia tak sedar yang isterinya itu sudah bangun. "Alah Lia bukan selalu aku dapat spend time dengan family aku. Minggu ni pun tak ada mesyuarat atau jumpa klien juga kan." Beritahunya pada Lia, Secretarynya itu.

"Abang cuti juga ke esok?" Hani bertanya apabila Ryan sudah selesai bercakap dengan Lia. "Eh Sayang bila bangun?" Ryan bertanya. "Baru je. Kenapa sampai esok Abang cuti?" Hani bertanya lagi. Dia duduk bersandar di kepala katil, bersebelahan dengan Ryan.

"Sayang pergilah mandi dulu ya. Lepastu kemas barang sikit." Ryan memberitahu sambil dia mengusap bahu isterinya itu.  "Kita nak ke mana sebenarnya ni Abang?" Hani bertanya. "Perak. Alah dekat Lost World of Tambun tu." Dia memberitahu.

"Itu kan taman tema air Abang. Serius ke?" Hani bertanya. Ryan mengangguk sahaja.

"Walaupun minggu depat start cuti sekolah tapi Abang tak nak pergi minggu depan. Jadi kita pergi minggu ni. Sampai hari ahad kat sana. Bukan kita je Sayang. Keluarga Abang pun pergi juga. Ikhwan dengan abah pun pergi juga." Boleh dikatakan ini percutian terbesar keluarga mereka.

Bukan selalu mereka dapat spend time dengan keluar. Bila semua tak sibuk terus Ryan beri cadangan untuk keluarga mereka berdua untuk bercuti bersama-sama.

Terus membulat mata Hani. "Abang tak cakap pun semalam." Katanya. "Eh salah Abang pula. Dia yang tidur awal. Macam mana Abang nak bagitahu." Selepas sahaja Aryan dan Haziqah tidur Hani pun terus masuk bilik dan tidur. Sampai terlupa akan perkara yang mahu dikatakan oleh Ryan padanya. Dia kalau sudah mengantuk memang tak kisah pasal benda lain.

Lepas solat subuh tadi pun Hani sambung tidur lagi kerana dia terlalu penat. Bila usia kandungannya masuk 6 bulan memang makin lemah lah badan dia. Dia lebih banyak berehat dari buat kerja. Tapi Ryan tak kisah pun. Dia faham.

Selesai mandi Hani terus memandang Ryan yang baru keluar dari dalam walking closet mereka itu. "Abang dah kemaskan baju. Termasuk baju Sayang. Jadi jangan risau ya." Beritahunya. "Eh suka hati dia je." Omel Hani lalu melangkah ke arah bagasi yang terbuka itu. Dia terus terpandang pakaian dalamnya itu.

"Abang ni..." Tiba-tiba pipinya berubah merah. Ryan sengih sahaja lalu memeluk Hani dari belakang. "Dah. Pergi tolong kemas baju twins pula ya. Abang nak mandi." Katanya lalu mencium sekilas pipi Hani. Tuala yang bersangkut di tepi dinding itu diambil sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Sebenarnya sejak semalam lagi dia packing baju mereka. Pagi tadi dia sekadar keluarkan sahaja dari bilik kecil yang dijadikan sebagai walking closet mereka itu.

Dia banyak packing gaun mengandung dan blouse buat Hani kerana Hani tidak suka memakai seluar ketika mengandung. Kalau pakai pun jika dia pakai skirt mahupun gaun mengandungnya bila dia keluar. Jika tidak memang tidak lah dia pakai seluar.

"Aryan, Haziqah bangun nak." Hani membangunkan dua beradik itu. Dalam sekelip mata sahaja Aryan dan Haziqah sudah terbangun. "Mama. Kita nak jalan dah?" Aryan bertanya.

"Kejap lagi lah. Haziqah pergi mandi ya. Lepastu baru adik. Aryan jom tolong mama kemas baju korang ya." Ujar Hani. Tanpa banyak bunyi Haziqah terus masuk ke dalam bilik air. Dia dah besar. Dah pandai mandi sendiri. Pakai baju pun tidak perlu pertolongan dari Hani. Cuma juga mahu bersyampu sahaja dia minta tolong Hani.

Hani pun tak berani bagi tinggal Haziqah seorang bila anak gadisnya itu bersyampu. Takut terkena di mata anaknya itu.

Mereka bertolak dari KL dalam jam 11 pagi. Mereka sudah terlambat sebenarnya. Janji gerak jam 10.30 tapi sekarang jam 11 pagi bagi bergerak dari rumah.

"Abang lah tak bagitahu petang kelmarin." Mereka terus kelam-kabut packing tadi. Packing last minutes. Ryan tersengih sahaja. "Alah bukan jauh pun Perak tu. 2 jam sampai lah." Katanya.

"Apa-apa je lah Abang." Hani terus mengambil telefon milik suaminya yang Ryan letak di dalam beg yang dia bawa itu. "Pinjam ya. Nak tengok baju online." Beritahu Hani. "Pinjam lah." Ryan tak kisah pun.





       "LAMBATNYA korang." Dato Aziz berkata bila Ryan dan Hani menghampiri dirinya. "Sorrylah pa. Kitorang singgah stesen minyak lagi kejap tadi. Hani ni muntah." Ryan meminta maaf. "Menantu papa ni muntah lagi? Hani dah ok?" Dia terus memberi perhatian pada Hani dan menghiraukan anak lelakinya itu.

"Ok pa. Cuma pening sikit." Sebab dia tidak suka jalan jauh bila mengandung. Mula lah segala-gala penyakit keluar. "Jom lah check in dulu lepastu Hani rehat lah ya." Ajak Dato Aziz. Hani angguk sahaja. Dia dan suaminya terus berjalan ke arah kaunter berkenaan.

"Last time abang jumpa kau perut kau kecil lagi adik. Dah berapa bulan?" Ikhwan bertanya setelah Ryan dan Hani selesai berurusan di kaunter berkenaan. "Dah masuk 6 bulan." Hani menjawab sambil dia mengucap perutnya yang kian memboyot itu. Tapi tidak lah besar sangat perutnya kali ini. Maklumlah seorang sahaja. Lainlah dahulu, 2 orang.

Ikhwan mengangguk sahaja sambil matanya memerhatikan tangan adiknya yang tengah mengusap perutnya itu. Hani terpandang abangnya itu lalu bertanya. "Abang nak usap ke?" Mata Ryan dan Ikhwan terus membulat apabila mendengar pertanyaan dari Hani itu.

"Bo-boleh ke adik? Kang laki kau tu marah pula." Ikhwan segera memandang Ryan di sebelah adiknya itu. "Alah kau ni Wan nak marah apa. Kau tu kan abang Hani juga. Lainlah lelaki lain. Kalau kau, aku ok je. Kalau lelaki lain memang dah lama aku potong tangan dorang." Ujar Ryan.

Dia tak kisah pun. Setakat Ikhwan mahu memegang perut isterinya. Bukannya terjadi apa-apa pun. Selama ini Ikhwan tak pernah lagi pegang. Dia sekadar memandang sahaja.

"Asal perut kau keras dik?" Ikhwan bertanya setelah dia membelai seketika perut adiknya itu. Dia dapat rasakan juga tendangan kecil dari dalam perut Hani. "Memang lah. Dah namanya ada budak dalam ni. Memang lah keras." Balas Hani. Kadang-kala dia pun hairan dengan soalan yang dilontarkan oleh abangnya itu.

Ikhwan tersengih sahaja. "Dia tendang tadi. Tak sakit ke?" Ikhwan bertanya lagi. "Tak. Tendangan dia tak terasa sangat. Tak macam tengah pregnant kan kembar dulu." Hani menerangkan. Dulu bukan seorang yang menendang dari dalam. Dua orang yang menendang. Senak lah juga Hani. Sakit pun ada juga. Apatah lagi ngilu. Memang dia takut lah bila terpandang bentuk tapak kaki anak kembarnya di lapisan perutnya itu.

Dia takut pula menendang sampai terkeluar kaki masa tu. Fikirnya memang lain lah ketika itu. Banyak perkara yang tak logik dia percaya.

"Dua-dua tu ganas mana tidak sakit dulu. Kali ni sorang je." Sampuk Ryan pula. "Anyway, korang dah tahu ke jantina dia? Girl or boy?" Ikhwan bertanya. "Belum lagi. Tiap kali nak check mesti tak dapat. Baby asyik bersembunyi." Hani memberitahu. Memang susah untuk doktor mengenal pasti jantina anak mereka kali ini.

Tidak lama kemudian Aryan dan Haziqah datang ke tempat mereka lalu menghampiri Ikhwan. "Siap bawa makanan lagi ya." Tegur Ikhwan bila dia melihat Haziqah memegang bekas makanan itu. Sambil-sambil itu mulut kecilnya mengunyah makanan.

"Dia minta bawakan anggur." Hani memberitahu. Sebab Haziqah sudah makan ketika perjalanan jauh. Sama seperti Hani. Tak sah kalau tak makan. Jika dia tak dapat makanan mula lah dia meroyan tak tentu pasal.

Memang teruja habis lah si kembar itu bila mama mereka memaklumkan mereka akan ke taman tema air. Aryan pun apa lagi. Terus minta belikan pelampung. Sepanjang perjalan memang riuhlah kereta mereka.




Korang nak tak kalau author publish bab yang ada childhood memories antara Ryan dengan Hani? Kalau nak komen 'Nak' ya. In Sya Allah nanti author akan publish ya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now