Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Kali ini lagu yang author nak suggest is lagu kahwin. Bukan lagu kahwin lah but lagu yang romantik yang sesuai di pasang ketika majlis perkahwinan. Lagu Perfect by Ed Sheeran. Mustahil korang tak pernah dengar kan.
HANI baru sahaja selesai menyiapkan dirinya. Dia duduk di birai katil memakai baju berwarna peach. Dia sahaja pilih warna itu kerana terlalu biasa nampak orang nikah pakai baju putih.
"Tak lama lagi kawan aku ni jadi bini orang" Kata Zura. "Ha'ah sebelum dia jadi bini si Ryan jom tangkap gambar terakhir. Lepasni Hani keluarlah dari persatuan forever alone kita ni Zura" Kata Mira.
Zura memandang luar tingkap apabila mendengar mereka bising-bising. "Bapak kaya si Ryan ni. Wei Hani dia datang naik mercedez benz lah" Kata Zura. Matanya bersinar-sinar melihat ke luar tingkap. Bukan hendak mereka Ryan tapi nak melihat kereta lelaki itu.
"Biar betul" Kata Hani. Dia berdiri lalu melihat ke arah bawah. "Uish hensemnya dia Hani" Kata Mira. "Eh kau ni Mira bakal laki aku 10 minit tu" Kata Hani.
"Eh dia jeles ler. Ala Hani aku tak seteruk itu nakkan laki kau tu" Kata Mira. "Hani aku dah bagi kau makeup lawa-lawa please jangan nangis nanti luntur makeup kau" Kata Zura. "Cakap kalis air" Hani memandang Zura.
Beberapa minit kemudian pintu biliknya diketuk. "Hani jom turun majlis dah nak mula" Kata ibunya sambil membuka pintu. "Ok" Kata Hani ringkas. Ibunya kemudian turun balik ke bawah.
"Weii aku tak sedia lagi nak jadi bini orang macam mana ni. Boleh tak aku lari?" Tanya Hani. Dia semakim cemas dan takut. Sekejap je lagi dia dah di bawah tanggungan Ryan. "Ish rilek Hani. Jom turun. Karang si Ryan tu meradang bini dia ni lambat turun jom" Kata Zura. Mira mengusai tudung belakang Hani. Mereka kemudian turun ke bawah.
Ryan memandang sekeliling. Ada beberapa orang sedang asyik mengambil gambar. Jurugambar yang diupah oleh Ryan juga ada di sana. Ikhwan duduk di sebelah abahnya di hadapan Ryan. Kini tangungjawab Haji Haris adalah untuk mengakad nikahkan anak daranya dengan Ryan. Hani akan menjadi tanggungan Ryan sebentar lagi.
Ryan kemudian memandang Hani bersama Zura dan Mira turun dari tangga tersebut. Matanya tidak lari dari memandang Hani. Dia kelihatan sungguh cantik memakai baju berwarna peach itu ditambahkan sedikit makeup.
'Oi jangan nak pandang adik aku lama-lama. Belum sah lagi' Bisik Ikhwan. 'Ye aku tahu' Kata Ryan. Hani kemudian duduk ditempat khas untuknya.
Tok kadi kemudian pergi ke tempat Hani. "Saudari ini namanya Cik Izzah Hanani binti Haji Haris?" Tanya. "Ye itu nama saya" kata Hani. Dia kemudian mengeluarkan beberapa helaian kertas untuk Hani tanda tangan. Dia turuti sahaja apa yang disuruh oleh tok kadi. Begitu juga Ryan. Selepas itu tok kadi memandang Haji Haris. Dia berbisik sesuatu kepada Haji Haris.
Kelihatan kepala Haji Haris angguk sahaja. Mungkin tok kadi menerangkan apa yang patut dia cakap nanti. Memandangkan Haji Haris merupakan wali utama kepada Hani, maka dia sahaja lah yang menikahkan anaknya.
"Hani cantik harini" Puji Rania. "Thanks" Ucap Hani ringkas.
"Ryan Iskandar bin Dato Aziz?"
"Ye Saya".
"Aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan anakku Izzah Hanani binti Haji Haris berwalikan aku dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai" Kata Haji Haris.
"Aku terima nikah Hani...." Semua orang memandang Ryan. Terus kecoh masing-masing kerana kesalahan Ryan. Ikhwan sudah mula ketawa. "Hani?" Tanya Ikhwan. "Ok kita mulakan balik" Kata Tok Kadi tersebut.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...