BAB 99

4.1K 138 4
                                    

Welcome back to another chapter.  Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya.  Kali ini 100  votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys.



           7.24 petang, Areen Hazwan selamat dilahirkan dengan c-section. Dia lahir dengan selamat walaupun pramatang. Ryan rasa bersyukur kerana anak dan isterinya selamat. Dia tidak kisah lah apa yang bakal dia dan isterinya tempuhi selepas ini.

Hani masih lagi tidak sedarkan diri manakala anak mereka, selepas Ryan mengazankan dan iqamat terus bayi itu dimasukkan ke dalam inkubator. Mereka tidak boleh mendukung mahupun memegang sesuka hati kerana takut bayi itu dijangkiti kuman. Bayi itu baru berusia 29 minggu iaitu 7 bulan sebenarnya. Tapi tetap juga masih pramatang.

Ryan terus menoleh ke arah pintu wad yang dikuak dari luar itu. Kelihatan anak-anaknya berlari masuk. Aryan pun ada juga. Mungkin diambil oleh Razali atau Ikhwan dari asrama.

Bila Arina mahu menghampiri katil di mana mamanya sedang terbaring, dia dihalang oleh papanya. "Biarkan mama rehat. Mama penat tu." Halang Ryan. Arina angguk sahaja lalu gadis itu menghampiri papanya pula.

Ryan terus memeluk Arina kerana anak gadisnya itu mula menangis. Arina memang rapat dengan Ryan. Anak bapa lah katakan.

"Kenapa dengan mama?" Arina bertanya. Tika kejadian itu berlaku dia tiada di rumah. Dia di sekolah. Ketika itu hanya ada Hani seorang ja di rumah. "Mama terpaksa lahirkan adik lebih awal. Adik kamu dah lahir. Kamu dapat adik lelaki." Ryan memberitahu.

"Adik mana papa?" Haziqah bertanya. Dia hairan kerana dia tidak nampak di mana adiknya berada. "Adik masih kecil lagi dan sepatutnya tidak lahir sekarang. Jadi untuk mengelakkan adik korang dijangkiti kuman, adik korang kena letak dalam inkubator. Korang tak boleh pegang lagi. Tapi Insyaallah boleh tengok." Dia menerangkan dengan ayat yang lebih simple supaya anak-anaknya faham.

"Adik lelaki ke perempuan papa?" Giliran Aryan pula bertanya. "Oh itu. Kamu dapat adik lelaki. Adik kamu kecil je. Cuma... nanti kalau dapat tengok adik korang yang tanya pasal kaki kanan dia ya." Beritahu Ryan.

"Yes ada geng main. Kenapa papa dengan kaki adik?" Aryan bertanya. "Adik korang lahir tanpa kaki kanan." Beritahu Ryan. Ketika tadi semasa mengazankan anaknya itu, dia terkejut lah tengok fizikal anaknya yang tidak sempurna itu.

Doktor pun tidak pasti kenapa kerana tika scan kelihatan sempurna pula. Rupanya sebenarnya selama ini kaki kanan bayi itu selalu tersembunyi.

Bila dengar akan nasib adiknya itu, terus Haziqah menangis. "Kenapa boleh macam tu. Kesian dekat adik." Makin kuat dia menangis. Ryan pun apa lagi terus lah gelabah memujuk Haziqah sebab takut Hani yang masih tidur itu terjaga.

"Hei, hei jangan lah nangis. Adik ok je." Terus dia peluk anaknya itu lalu menggosok belakang Haziqah. Haziqah masih lagi menangis. Dia terus memeluk leher papanya.

"Dah lah tu. Nanti mama bangun macam mana? Mama tu penat. Kesian dekat mama." Ujar Ryan. Haziqah angguk kepalanya lalu mengelap air matanya. "Sorry. Along cuma kesian dekat adik. Macam mana dia nak berjalan nanti." Katanya. Dia prihatin akan nasib adiknya itu.

"Sudah takdir adik, along." Beritahu Ryan. "Jangan sedih lah ok?" Haziqah angguk sahaja. Dia takut sebenarnya. Takut keluarga mereka tidak menerima kekurangan adiknya itu. Dia sedih juga. Sedih sebab takdir adiknya lahir seperti itu.

"Papa, nak tengok adik boleh?" Arina bertanya. "Papa tak sure dapat tengok atau tidak. But biar papa jumpa nurse dulu." Mata Haziqah terus tajam memandang papanya. Dia memang pantang kalau papanya berjumpa dengan perempuan selain mama dan keluarga mereka. Dia anti akan perempuan yang cuba mendekati papanya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now