Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya 🥰❤
ZURA tersengih sahaja memandang Hani. Dari tadi dia asyik tersengih. "Kau dah kenapa asyik tersengih ni?" Hani bertanya. "Seronok kau ya pi Ipoh dengan boyfriend kau kelmarin." Kata Zura.
"No wonder aku ajak keluar kau tak nak." Tambahnya lagi. "Eh bila masa pula aku jalan pi Ipoh dengan boyfriend aku. Dan bila masa pula aku taken ni." Hani pula yang bingung. "Alah Ryan tu siapa pula? Buat-buat lupa pula." Kemudian Hani baru teringat.
Kelmarin dia dan lelaki itu pergi ke Ipoh. Macam mana pula dia boleh lupa. Tapi lelaki itu bukanlah teman lelakinya.
"Macam mana kau tahu?" Setahu Hani dia tak bagi tahu sesiapa yang dia ke Ipoh bersama Ryan. "Kau ni lupa ke? Ni kan zaman moden. Aku nampak dengan ig story Ryan lah. Aku tengok dia rakam dekat macam area tasik gitu. And at the same time kau post gambar ootd kau dekat tempat yang sama. Adakah itu suatu kebetulan korang terjumpa or sebenarnya pi sana sama-sama hah?" Zura kemudian menjongketkan keningnya.
Hani terdiam seketika. Macam mana lah dia boleh terpost gambar yang diambil oleh Ryan kelmarin ke akaun instagramnya.
"Sepatutnya aku jumpa Zarif tapi Ryan tu yang ajak aku pi Ipoh. Aku nak tolak tapi abang aku beria nak aku pi jalan-jalan dengan Ryan." Hani memberitahu. "Bagus lah juga kau jalan dengan Ryan sebab aku dengar cite si Zarif tu kena tangkap basah dengan Jia. Budak dari jurusan arkitek tu." Zura memberitahu. Itu pun cerita dia dengar dari kawannya. Kecoh juga lah mereka kelmari sebab kes itu. Hani je tak tahu sebab dah sibuk sangat kan keluar dengan Ryan. HAHA.
"Nasib lah aku tak keluar dengan dia kelmarin. Ada hikmah juga ya Ryan bawa aku pi Ipoh kelmarin." Jika tidak sudah tentu dia yang ditangkap basah dengan Zarif.
"So macam mana dia boleh kena tangkap?" Hani bertanya. "Aku tak tahu sangat tapi dengar cerita kan masa tu Zarif ajak perempuan tu check in hotel bajet. Dan kalau kau nak tahu bilik dia ambik tu bersebelahan dengan bilik yang ada members dia. Kau rasa? Aku rasa dorang nak rogol perempuan tu tapi tak sempat sebab ada orang lapor dekat pihak jais." Zura memberitahu.
"Bapa dia mengamuk gila tau bila tahu Zarif kena tangkap basah. Dalam masa terdekat ni juga dia nak nikahkan dorang berdua." Hani angguk sahaja kepalanya. Mujurlah bukan dia yang keluar dengan Zarif kelmarin.
Sementara itu di pejabat Ryan tersengih memandang semula gambar-gambar Hani yang dia tangkap kelmarin tanpa pengetahuan Hani. Walaupun gambar candid baginya Hani tetap kelihatan cantik. Ryan asyik melihat gambar-gambar itu sehingga tidak sedar Lia yang sudah lama berdiri di hadapannya.
"Bos?" Lia bertanya. "Eh Lia. Sejak bila masuk?" Ryan bertanya. Dia memandang gadis tersebut. "5 minit yang lepas. Saya dah ketuk pintu balik-balik tapi bos tak dengar. Jadi saya main masuk je. Bos tengok gambar siapa tu?" Kemudian matanya terpandang gambar seorang gadis di telefon bosnya.
Ryan segera menutup telefonnya. "Tak de sesiapa lah." Tipunya. "Ye ke? Habis asal bos tersengih tengok gambar perempuan tu? Awek bos ke?" Lia bertanya. Dia tidak pernah lagi jumpa perempuan itu sebelum ini. Maknanya Puteri cuma lah kawan biasa sahaja kerana sebelum ini dia tidak pernah tengok bosnya itu tersengih bila melihat gambat perempuan. Maknanya perempuan itu orang special buat bosnya.
Ryan geleng sahaja. "Bukan girlfriend tapi bakal tunang." Jawab Ryan menjawab. "Serius? Alah girlfriend juga lah namanya tu." Ujar Lia. "Tak. Kitorang bertunang bukan sebab suka sama suka tapi sebab parents kitorang. Aku ok je sebab dah lama kenal dengan dia. Tapi dia ni yang susah." Ryan berkata.
"Oh ya bos ni fail yang bos nak. Semua pasal maklumat syarikat yang bakal bekerjasama dengan kita ada dalam ni." Lia segera mengubah topik sebab dia malas nak tanya banyak pasal perempuan dalam gambar itu. Jika betullah bosnya itu bakal bertunang dia tumpang gembira.
HANI dan Denisha berjalan beriringan keluar dari dewan kuliah mereka. Mereka ada juga lah dalam satu kelas yang sama 3 kali seminggu. Hani lebih banyak ada kelas sama Zura. Mungkin sebab mereka mengambil jurusan yang sama iaitu jurusan perbankan.
"Kau dah ready ke?" Denisha bertanya. "Mesti lah dah ready. Kau belum lagi ke?" Denisha memandang Hani dengan pelik. Dia tak cakap lagi ready untuk apa.
"Aku tak cakap lagi ready untuk apa." Denisha berkata membuatkan Hani tersengih. "So ready untuk apa?" Hani bertanya. "Bertunang lah." Wajah Hani lantas berubah. "Dah kenapa tanya pasal tu pula?" Tanya Hani.
Dia memandang Denisha di sebelahnya. "Tak de lah. Kau orang kan pi Ipoh haritu sama-sama. Tak kan tak rasa apa-apa Hani?" Denisha bertanya. Hani menjongket bahunya lalu menggeleng. "Aku tengok Ryan tu yang beria nak dekat kau. Kau je tak hargai dia. Kang dia tawar hati tak jadi majlis korang nanti. Nanti ada juga yang menyesal kalau dia kahwin dengan orang lain. Kau nak lelaki jenis macam mana? Ryan tu aku tengok dah cukup baik dah untuk kau." Bebel Denisha namun Hani sekadar mendengar.
Gadis itu diam sahaja dan mendengar bebelan Denisha. "Dka ada kerjaya. Ada masa depan. Kalau Zarif tu belum tentu lagi. Dah sah-sah kau tahu kan. Dah terang-terang kecoh pasal dia kena tangkap basah tu. Dia terpaksa juga kahwin dengan perempuan tu. Kau nak jadi bini kedua?" Hani geleng kepala.
"Ryan tu bukannya family kau tak kenal. Kawan baik abang kau sejak kecil." Tambah Denisha. "Tu lah masalah utama dia. Kau tak rasa awkward ke bila dah kahwin nanti? Selama ni aku kenal dia sebagai kawan baik abang aku je. Tiba-tiba pula jadi bini dia. Mesti kawan-kawan dorang terkejut bila tengok Ryan kahwin dengan adik kepada kawan baik dia sendiri. Tambahan pula sir Razali tu abang dia. Pensyarah kita pula tu." Ujar Hani.
Alah kau ni 3 minggu je lagi kot. Lepas tu kita dah graduate. Mana kau jumpa lagi muka sir Razali. Eh jap. Kalau kau orang duduk rumah parents dia memang lah kau jumpa." Ujar Denisha.
"Hmm tengok lah macam mana. Jadi kau datang majlis Zarif esok?" Hani bertanya. "Esok ek dia kahwin? Tak cakap pun dengan aku. Dia jemput kau je kot esok." Balas Denisha.
Hani keliru seketika. Tiba-tiba Zarif chat suruh datang majlisnya esok. Kenapa cuma dia dorang sahaja dari kelasnya dijemput? Sedangkan dia tak ada lah rapat sangat dengan Zarif. Mungkin Zarif tahu Hani ada perasaan dekatnya lalu nak cemburukan Hani.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...