BAB 8

4.5K 142 0
                                    

Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Btw kalau sudi tengok sekali lah mv di atas ni . Author nak promote Yoon ni. Btw kalau korang tengok mv tu jangan lupa add caption ya.

RYAN berbaring di atas katilnya sambil memandang ke atas. Memandang siling biliknya. Peristiwa tengah hari tadi masih segar di ingatannya. Dia tidak menyangka yang Hani bakal bertindak memeluk lengannya tadi.

Ryan masih ingat lagi. Jelas ingatannya ketika Zarif memperkenalnya isterinya kepada Hani tadi. Hani kelihatan cemburu kerana Zarif sengaja nak menayang gadis yang baru dia kahwini. Itu pun sebab mereka ditangkap basah.

Ryan terkejut tadi bila Hani tiba-tiba memeluk lengannya lalu berkata. "Oh tahniahlah Zarif. By the way ni boyfriend aku. Bakal tunang aku. Insyaallah lepas exam kitorang bertunang." Beritahu Hani. Bunyinya seolah-olah cuma untuk membuatkan Zarif cemburu.

Memang tadi muka Zarif kelihatan agak terkejut juga. Zarif pun terkejut apatah lagi Ryan yang tidak tahu apa-apa. Ryan terpaksa mengangguk sahaja. Tapi sebenarnya apa yang Hani katakan adalah benar kecuali part Ryan sebagai boyfriendnya.

Ryan dapat tahu tahap cemburu Hani tadi apabila Hani memeluk kuat lengannya. Muka Hani pun jelas menunjukkan dia cemburu.

"Nasiblah aku ni baik. Kalau tak senang je aku peluk je pinggang dia tadi." Ryan berkata sendiri. Namun dia tak nak pula dicop mengambil kesempatan ke atas Hani. Lagipun gadis itu bukan mahramnya. Dia tahu Hani tak sedar tadi tika gadis itu memeluk lengannya.

Kemudian dia duduk bersandar di kepala katilnya. Dia berfikir lagi. Hani kata dia kaan menyambung pelajar di Johor. "Maknanya aku jarang lah jumpa dia." Ryan berkata kerana dia berada di KL sebab kerjanya dan Hani pula berada di Johor. Jauh. Mungkin susah untuk mereka bertemu nanti.

Ryan kemudian menggeleng kepalanya. "Asal pula aku fikir benda tu. Ish! Baik aku siapkan kerja aku." Dia turun dari katil lalu menuju ke meja kerjanya a.k.a meja soleknya. Laptopnya dibuka sebelum dia kembali berdiri menuju ke arah fail yang berada di atas katilnya.

Ya memang. Biliknya tidak lah kemas. Bersepah segala kertas kerja di sana sini. Hujung minggu sahaja barulah dia kemas. "Lia boleh tolong kirimkan balik emel dari syarikat tu?" Ryan menghubungi pembantunya. Setelah itu barulah dia mula duduk dan menaip di dalam laptopnya. Dia ada komputer tapi jarang diguna. Lagipun komputernya sudah dia pindah ke bilik belajar kerana tiada ruang untuk letak di dalam biliknya.

Sementara itu pula, Hani juga turut sama sibuk belajar. Ye lah esok dah start exam. Ketika dia tengok melihat semula nota-nota yang dia salin sebelum ini dia tiba-tiba teringat Ryan. Paling tepat teringat kes tadi.

Mukanya merah. Dia malu. "Asal aku bengong ya pi peluk dia apasal pula. Ish lepas ni macam mana aku nak hadap muka dia." Omelnya. Hani termalu sendiri bila teringat dia memeluk lengan Ryan tadi untuk membuatkan Zarif cemburu. Namun lelaki itu langsung tidak menunjukka reaksinya cemburu.

Hani menutup bukunya lalu berbaring di aras katilnya. Tiba-tiba dia tiada mood mahu belajar kerana fikirannya masih teringat akan dia memeluk lengan Ryan. Dia baru sahaja mahi terlelap apabila ibunya tiba-tiba mengetuk pintu biliknya.

"Turun sekejap. Pakai tudung sekali." Hajah Rudiah memberitahu sebelum dia turun semula. Hani tanpa banyak bunyi buat sahaja apa yang ibunya suruh. Setelah menyarungkan tudungnya dia turun ke bawah. Matanya membulat bila ternampak Datin Fauzian. Bakal mama mentuanya beserta Rania.

"Mama buat apa datang?" Dia menyapa wanita itu sebelum bersalam dengannya. Datin Fauzian senyum sahaja dan tarik tangannya untuk duduk di sebelahnya. "Kenapa ma?" Hani bertanya. Dia memandang ibunya dan Datin Fauzian bersilih ganti. Kedua-dua wanita tua itu tersenyum.

Kemudian tangannya digenggam oleh Datin Fauzian. "Hani. Hani dah ada jawapan untuk pinangan mama?" Datin Fauzian bertanya. Patutlah wanita itu asyik tersenyum sahaja. "Pasal tu? Mama saya dah lama terima. Kalau tak mana lah saya pakai cincin ni." Dia ingat lagi ketika Datin Fauzian dan Dato Aziz datang dahulu untuk meminangnya dia diberikan sebentuk cincin.

Kata Datin Fauzian jika Hani menerima pinangan tersebut dia perlu memakai cincin berkenaan. Lama juga Hani memikir. 4 hari setelah dia dipinang barulah dia memakai cincin tersebut. Cuma ibu dan abahnya sahaja yang tahu tentang penerimaam Hani terhadap pinangan tersebut.

Datin Fauzian lantas tersenyum. Begitu juga dengan Rania. "Alhamdulillah. Boleh lah awal bulan depan Hani dengan anak mama bertunang ya." Hani angguk sahaja sambil tersenyum.










"ASAL mama senyum-senyum je ni?" Ryan bertanya. Dia tidak tahu adik dan mamanya keluar ke mana tadi. Dia kemudian memandang Rania. "Asal?" Rania geleng sahaja.

"Ma cakap lah." Dia memujuk mamanya. "Hmm ye lah mama cakap. Tapi jangan kamu nak menjerit suka pula." Datin Fauzian awal-awal lagi sudah melarang. "Mama pi rumah Hani tadi. Then kitorang tanya pasal pinangan tu. Quess what? Hani terima. Siap pakai cincin tu lagi." Datin Fauzian memberitahu dengan wajah yang teruja. Siapa je tak teruja nak sambut menantu lagi kan? Menantu kedua pula tu.

"Oh pasal tu. Dah tahu lama dah." Awal-awal lagi dia perasan yang Hani memakai cincin yang dia bagi tapi dia tak nak tanya. Lagipun jika Hani tidak menerimanya mana mungkin gadis itu setuju sahaja ikutnya jalan-jalan di Ipoh. Malah menonton wayang bersama-sama. Serta kenapa pula Hani minta dia temani ke majlis Zarif sedangkan gadis itu ada kawan lain. Kenapa pula Ryan yang kena temani? Semua ini bermakna Hani sudah menerima Ryan. Sejak dari awal lagi tapi dia sendiri tidak sedar.

Datin Fauzian terkejut. "Jadi kenapa tak bagitau mama? Mama takut je malu tadi tau kalau Hani tolak." Tanya Datin Fauzian. Entah di mana dia nak letak muka bila Hani tolak pinangan buat anak lelakinya itu.

"Sebab Ryan tak yakin. Ryan perasan yang awal-awal lagi Hani dah pakai cincin tu. Tapi malas nak tegur sebab nanti Ryan tanya dia tak nak jawab." Ryan memberitahu mamanya. "Hmm ye lah kalau macam tu. Mama nak pi hospital ni lawat papa." Beritahu Datin Fauzian. Sekejap lagi masa makan tengah hari.

Memang setiap hari dia akan membawa makanan buat suaminya itu kerana makanan hospital tidak lah sesedap mana.

"Nanti bergosip lah tu dengan papa." Perli Ryan. "Ish biarlah. Suami mama juga. Kamu ni duduk rumah tak turun ofis ke?" Ujar Datin Fauzian. "Nak turun lah ni. Mama nak minta singgah ke?" Dia bertanya. Disebabkan tadi pagi dia keluar temankan Hani tengah hari barulah dia turun ke pejabat. "Boleh juga. Jap." Datin Fauzian kemudian melangkah ke dapur.

"Eh tak perlu lah. Mama nak masak lagi ni." Dia lupa yang dia belum lagi masak. "Tak pa Ryan tunggu." Harini dia tak sibuk sangat. Tak ada jumpa klien.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now