Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Kali ini 80 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 88 ok. And this is the LAST UPDATE utk bulan 11 ni sebab author sibuk sangat nak siapkan assignments. Memang tengah sibuk ni siapkan semua sebab tengah kerja dateline. So next month baru continue update. But jangan risau lah, klau ada masa memang author akan update juga lah klau reach 80 votes. Klau author tk ada update bila dah reach 80 votes tu memang author sibuk lah sampai tak sempat nak publish new chapter. Btw help me stream mv yg di atas tu ya. Ok tq
HANI mengeluarkan satu per satu makanan dari bakul rotan berkenaan. Sambil-sambil itu dia memandang suaminya yang sedang bermain dengan anak-anaknya. Hari ini hari ahad, Ryan tidak bekerja jadi dia ajak lah keluarganya ke air terjun untuk berkelah.
"Abang dah lah tu. Bawa lah dorang naik." Hani memberitahu. Dari tadi anak-anaknya itu berendam di dalam air. "Biarkan lah dorang tu sekejap Hani. Bukan selalu kan datang sini." Datin Fauzian menyampuk. Bukan Ryan dengan keluarga kecilnya sahaja yang datang. Malah keluarga suaminya ikut serta.
Hani tersenyum sahaja. Dia kemudian mengeluarkan biskut bayi lalu diberikan pada Arina yang sudah pun berusia 8 bulan itu. Dah boleh makan. Tapi semuanya makanan bayi. Hani belum memberi Arina makanan yang keras.
Arina terus tersenyum suka bila nampak makanan miliknya. Dia menggigit perlahan biskut berkenaan sambil tertawa suka. Hani tersenyum sahaja melihat Arina lalu dia memangku anaknya itu.
Tidak lama kemudian Ryan naik bersama anak kembarnya, Razali dan Haikal juga turut naik begitu juga dengan Faris, suami kepada Rania.
Ryan terus duduk di sebelah Hani. Sempat lagi dia mengusik Arina. Budak kecil tu pun apa lagi. Tertawa suka lah lalu mengangkat tangannya ke arah papanya. Tanda dia minta dukung.
"Tak boleh lah sayang. Papa awak tu basah." Hani terus menjauhkan Arina dari suaminya. Arina terus sebek lalu mula menangis. "Tak pa lah. Sekejap je. Nanti Abang tak dukung tak berhenti dia nangis. Kalau baju dia basah pun ada juga kan tukar dia kan." Nanti dia tidak dukung entah sampai bila Arina mahu senyap. Terganggu pula ketenteraman pengunjung yang lain. Tak pasal-pasal nanti kena marah pula.
"Hmm ye lah. Tapi lap dulu lah badan Abang tu." Ni tak, nak juga dukung dalam keadaan badan basah. Datin Fauzian dan Dato Aziz sekadar menggeleng sahaja. Seronok pula tengok anaknya kena bebel.
"Susah ya Hani nak lepaskan Arina tu. Nampak gaya mesti Hani tak nak tambah anak lagi kan?" Teka Datin Fauzian. "Saya nak je tambah mama. Tapi tunggu lah Arina 2 tahun macam tu. Bukan susah nak lepaskan tapi Abang tu badan basah nak dukung Arina. Nanti Arina demam kesian lah dia." Ujar Hani.
Setelah Ryan mengeringkan dan memakai baju semula barulah dia mendukung Arina. Dia terus berdiri. Arina tertawa keriangan sehingga tidak sedae biskutnya telah jatuh.
Ryan menggomol pipi anaknya sambil berjalan beberapa meter dari tempat mereka duduk itu. Sekejap sahaja dia bawa berjalan kerana perutnya lapar dari pagi lagi tak makan.
Hani terus mengambil Arina dari Ryan semula. Si kecil itu terus melentokkan kepalanya di dada mamanya sambil matanya perlahan-lahan tertutup. Mesti dah mengantuk lah tu.
Hani tidak perasan kerana dia sibuk menyuapkan Aryan makan. Haziqah pula disuap oleh datuknya. Rania yang perasan anak buahnya itu sudahpun terlelap.
"Akak, Arina tu dah tidur." Terus Hani tunduk memandang Arina. Dia mengubah posisi tidur Arina seperti si kecil itu sedang menyusu supaya Arina lebih selesa.
Apabila dia melihat isterinya yang sedang struggling hendak menyuapkan Aryan makan, dia segera berkata. "Biar Abang je yang bagi suap Aryan tu." Kesian pula dia melihat isterinya yang tidak dapat makan itu.
"Aryan sini, papa suapkan." Terus Aryan berpindah duduk dan duduk di tepi papanya pula. Selepas makan mereka berehat sekejap sebelum sambung bermain di dalam air. Tapi kali ini Haziqah tidak mahu ikut sebab dia dah penat.
"SAYANG nak makan apa?" Ryan bertanya pada isterinya sebelum dia menuju ke bahagian makanan berkenaan. Pelayan tak datang ambil order ya. "Nasi kandar lah. Ayam bahagian dada and make sure kuah banjir." Hani memberitahu.
Selepas balik dari air terjun mereka terus singgah makan di sebuah restoran yang menjual nasi kandar sebagai menu utama. Rania punya cadangan lah mereka ke sini. Maklumkan dia mengidam. Tak sangka pula bunting pelamin. Rezeki lah katakan.
Ryan mengangguk lalu pergi mengambil makanan buat dia dan isterinya. Hani tidak dapat bergerak kerana dia tengah menyusukan Arina.
Mujurlah tempat duduknya agak tersembunyi. Tapi dia tetap rasa tak selesa. Mujur juga ada kain yang dia gunakan untuk menutup bahagian dadanya ketika menyusukan Arina dan Datin Fauzian pula duduk di sebelahnya untuk membantu menyembunyikan sedikit tubuh badannya dari dilihat oleh pengunjung di restoran berkenaan.
"Kuat betul Arina tu menyusu ya." Walaupun sudahpun masuk 8 bulan Arina masih lagi menyusu badan. Bayi itu tidak suka akan susu formula yang diberi oleh Hani. Dia tetap nak susu badan juga. Jadi Hani pun menyusukan anaknya sehingga berusia 2 tahun nanti. Sama seperti Aryan dan Haziqah.
"Itu lah ma. Susu formula tu dia tak nak. Nak juga saya punya." Arina akan merengek tiap kali diberi susu formula. Dia kenal sangat beza antara susu formula dan air susu mamanya. Jadi jika Hani terpaksa meninggalkan Arina dengan suaminya terpaksalah dia memerah air susunya terlebih dahulu. Jika tidak pasti Arina tidak akan menyusu.
Tidak lama kemudian Ryan datang bersama dulang berisi makanan milik keluarga kecilnya. Aryan dan Haziqah dia bagi nasi kosong dan ayam goreng sahaja. Tak nak bagi kuah sebab terlalu pedas buat budak berdua itu.
Datin Fauzian senyum sahaja melihat anaknya itu sebelum dia berpindah tempat duduk, membiarkan Ryan duduk di tepi Hani manakala dia duduk di hadapan mereka bersama cucu kembarnya itu.
"Tak habis-habis lagi ke menyusu?" Dia bertanya. "Belum lagi Bang." Selagi dia tidak tidur mana mahu dia berhenti. "Tak pa lah kalau macam tu. Biar Abang je suapkan Sayang makan." Sebab kedua belah tangan Hani menampung Arina. Jika tidak susah dia mahu memastikan Arina selesa.
Mereka sekeluarga terus bergerak balik ke rumah masing-masing setelah selesai makan bersama. Ryan tengah fokus dengan pemanduannya tika Arina tiba-tiba mereka. Dia segera mengalihkan pandangannya memandang Hani dan juga Arina.
"Tak perlu lah. Papa tu kan tengah drive." Dari tadi lagi Arina mahu duduk dipangkuan papanya tapi dihalang oleh Hani kerana dia tidak mahu menganggu pemanduan suaminya itu.
"Tak pa lah Sayang. Sini Arina tu." Mujurlah dia berhenti di lampu isyarat. Jika tidak sudah tentu susah dia mahu mengambil Arina.
Bayi berusia 8 bulan itu terus tersenyum suka bila dia duduk di riba papanya. Terus sahaja Arina bersandar di dada papanya sambil tangan kecilnya terkapai-kapai mahu memegang stereng kereta.
Hani pun terus sahaja mahu mengambil Arina semula. Tapi anaknya itu lantas merengek. "Tak pa lah Sayang. Bukannya tangan dia sampai pun. Tangan pendek." Bila dengar dirinya diejek terus Arina merengek lagi.
"Papa ni suka usik adik." Kata Haziqah. Dari tadi dia senyap sahaja tengok kartun di telefon milik mamanya. Mendengar sahaja adiknya yang merengek itu terus sahaja dia menegur papanya.
"Amboi kecik-kecik dah pandai marah papa ya. Perangai sebiji macam mama ya. Kuat marah." Ujar Ryan. Kerana itu dia diberi jelingan maut dari isterinya. Itu lah kata lagi yang kuban-kuban eh, bukan-bukan lah. Ghisau lah salah taip eh risau lah.
"Abang nak saya mula membebel ke?" Ryan terus menggeleng. "Abang gurau je lah Sayang. Cepat sangat terasa. Perubahan hormon lah tu. Apa dalam perut awak tu ada baby Abang lagi ke macam mana?" Dia mengusik isterinya.
Mahu sahaja Hani menyepak kepala suaminya tapi dia takut lah. Tak nak derhaka dengan suami. "Nasiblah Abang ni suami saya tau. Kalau tah dah lama makan kaki." Ujar Hani.
Ryan ketawa sahaja. "Abang gurau je lah. Isteri Abang ni ganas betul lah. Takut lah Abang." Semakin menjadi-jadi dia mengusik isterinya itu.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...