Malam raya y'all 💕 mercun sana sini sampai nak buat kuih pun tak siap-siap lagi. Maaflah lambat update. By the way mesti korang dah tahu kan pasal negara Palestine sekarang ni. Kita hanya mampu berdoa untuk keluarga Islam kita di sana. Bayi yang baru lahir dibunuh, kanak-kanak juga dibunuh. Orang dewasa juga turut di bunuh apatah lagi warga tua. Author memang menangis lah bila melihat keadaan mereka di sana. Kita patut bersyukur sebab mampu menyambut hari raya. Mereka pula dibunuh oleh israel yang kejam itu. Syurga dan syahid buat mereka 💕 author masih tak boleh bayangkan keadaan mereka yang dibom tika sedang tidur malah dibunuh ketika sedang solat. Rumah juga dirampas dan mereka di halau. Malahan masjis Al-Aqas turut di bakar. Sungguh besar ujian buat mereka jadi kita patut rasa bersyukur kerana lahir di tanah yang aman. You dont have to be Muslim to support Palestine but a human kind should has rasa simpati pada mereka. Marilah kita semua doakan yang terbaik buat keluarga kita di sana. 💕💕💕 apapun jangan lupa doakan buat mereka dan selamat hari raya. Salam kosong-kosong. 💕💕💕
AKAD nikah Razali berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz sahaja dia dan Syaza telah sah menjadi suami isteri. Seorang duda berkahwin dengan seorang janda anak satu. Razali tak kisah pun kerana dia ikhlas menerima Syaza dan anak tirinya itu yang berusia 4 tahun. Datin Fauzian pun menerima kehadiran anak kepada Syaza. Dia berjanji akan menyayangi Haikal seperti cucu kandungnya.
Walau bagaimana pun tiap kali hujung minggu Haikal akan dihantar ke rumah neneknya belah arwah bapanya. Itu yang telah Syaza janji pada mereka. Walaupun dia telah menikah lagi sekali Haikal tetap cucu mereka. Mereka pun menerima keputusan Syaza. Sudah hampir 4 tahun Syaza membesarkan Haikal tanpa kasih sayang seorang bapa jadi mereka pun turut bersetuju dengan ibu bapa kepada Syaza.
Hani melihat sahaja Razali yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Syaza. Mereka berdua nikah di masjid sahaja atas permintaan Syaza.
"Amboi Ryan dukung Haikal macam anak sendiri ya." Tegur Razali pada adiknya itu. "Dah Syaza suruh aku jaga. Lagipun aku nak kena practice ni dukung budak. Bukan sorang tau. Dua orang sekali gus." Katanya lalu menurunkan Haikal. Budak itu terus sahaja mendekati Razali. Sejak dia bayi lagi telah berjumpa dengan Razali. Memang rapatlah dia dengan Razali. Ini lah salah satu sebab kenapa Syaza memilih Razali kerana lelaki itu menerima anaknya itu.
"Hani bila due?" Syaza bertanya. "Pertengahan bulan 9. Tak lama lagi. Akak ada tips tak?" Syaza terus angguk. "Nanti kita bual pasal ni ya." Hani angguk sahaja.
Pada waktu tengah hari ketika majlis bersanding bagi Razali dan Syaza kebanyakkan pensyarah yang pernah mengajar Hani dahulu terkejut melihatnya. Begitu juga dengan beberapa orang rakan sekuliahnya dahulu. Masing-masing terkejut melihat Hani dengan perutnya itu. Zarif yang turut ada juga terkejut melihat Hani.
"Kau buat apa kat sini? Sir jemput ke?" Tanya Zarif sebelum dia tertawa mengejek. "Abang ipar aku kahwin. Mestilah aku ada." Terus membulat mata Zarif. "Sir Razali tu abang kepada suami aku. Mestilah aku ada kat sini." Hani menjawab.
Bila Ryan terpandang Hani yang sedang berbual dengan Zarif dia segera menghampiri isterinya itu. "Sayang jom. Sepupu Abang panggil. Dia nak kenal dengan Sayang." Ujar Ryan lalu mengajak Hani bertemu dengan sepupunya.
Tasha memang dari haritu lagi teringin nak jumpa Hani. Maklumkan keluarga baru. Lebih-lebih lagi bila Hani dan Tasha sama umur. Lahir pun di bulan yang sama.
"Cantik gila isteri abang ni. No wonder abang suka." Puji Tasha sambil memandang Hani. Hani senyum sahaja. Tak tahu nak balas apa. "Hani ambil jurusan apa?" Dia bertanya. "Hani dah tak belajar. Abang suruh berhenti. Dia kan mengandungkan anak abang. Kesian dekat dia nanti stres." Ryan menjawab bagi pihak Hani.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...