Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Selama berpuasa kepada my muslim friends and readers ❤ harini nak suggest lagu ke juga? Ok lah nak suggest lagu melayu ya. Bukan lagu raya sebab awal lagi. HEHEHE
RYAN membawa masuk bagasi isterinya ke dalam rumah berkenaan. Hani pula sekadar mengekori dari belakang. "Ok kan?" Ryan bertanya. Hani angguk sahaja sambil matanya meliar melihat rumah berkenaan.
"Macam mana Abang dapat ni rumah?" Hani bertanya. Dia tak tahu pula rumah yang suaminya sewakan sudah lengkap dengan semuanya. Dekat dengan universiti pula tu. "Kawan Abang kan ada pensyarah dekat tu U. Jadi Abang call dia minta tolong carikan rumah. Nasiblah ni je tau yang available. Ada lagi yang lain tapi rumah tu kosong. Susah lagi banyak kerja nak dibuat. Nak beli segala-gala lagi. Tu Abang pilih rumah ni." Dia memberitahu. Dia tak kisah pun dengan sewa rumah ini yang mahal asalkan ada tempat untuk isterinya tinggal.
Hani angguk sahaja. "Jom masuk bilik dia." Hani ekori sahaja suaminya. "Besar juga bilik dia. Siap ada bilik mandi lagi." Ujar Hani. Senang lah untuk dia mengambil wuduk. Tidak lah susah nak ke bilik air dekat dapur tu.
"Rumah ni ada 4 bilik. 2 bilik air. 2 tandas. Ruang belakang untuk jemur kain pun ada." Ryan memberitahu. Kawannya itu sudah menunjukkan dia rumah ini sebelum dia datang. Mereka bervideo call sahaja.
"Nanti Abang kenalkan Sayang dekat kawan Abang tu. Jadi senanglah dia nak tengok-tengokkan bini Abang ni kat sini." Katanya lalu mengusap kepala isterinya. Hani senyum sahaja. "Abang nak zohor dulu. Lepastu kita keluar pi beli barang rumah ya." Dia tak zohor lagi sebab baru sahaja sampai. Dia malas nak singgah masjid tadi sebab asar pun lambat lagi.
Ketika Hani sedang bersiap-siap hendak keluar bersama suaminya kedengaran suara orang memberi salam. Dia segera mencapai tudungnya lalu dipakai sebelum dia melangkah ke pintu. "Waalaikumsalam." Ucapnya kepada seorang makcik yang sedang berdiri di pintu pagar rumahnya.
Makcik itu senyum sahaja. Hani kemudian berjalan menuju ke arah makcik tersebut. "Ya makcik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Dia bertanya. "Anak ni baru pindah ya? Anak ni yang sambung menyewa rumah ni?" Tanya makcik itu. "Ha'ah makcik. Kenapa ya?" Dia bertanya lagi.
"Oh lupa. Nama makcik ni siti. Panggil je mak siti. Anak ni pula nama apa?" Makcik yang bernama mak Siti itu bertanya. "Hani." Jawab Hani.
"Oh Hani. Ni mak Siti ni jiran lah. Duduk sebelah ni je. Bukan nak menyibuk lah tapi tak salah kalau nak berkenalan kan? Kalau ada apa-apa Hani nak datang je rumah sebelah ya. Oh ya lelaki tadi tu siapa? Keluarga kamu ke?" Ketika dia tengah menyiram pokok bunganya tadi Hani dan Ryan sampai. Dia terpandang Ryan dulu.
"Oh tu. Suami saya makcik." Hani memberitahu. "Oh suami. Kamu ni macam baru kahwin. Betul kan?" Dia ternampak inai di jari Hani. "Ha'ah. Dalam 3 minggu dah." Hani menjawab.
Mak Siti angguk sahaja. "Mak Siti ni tak pernah lagi tengok kamu dekat area sini. Kamu pindah dari mana?" Dia bertanya lagi. Tak salah pun nak berkenalan dengan jiran. "Kami dari KL makcik. Pindah sini sebab saya nak sambung belajar." Hani memberitahu. Kemudian dia memandang ke pintu rumahnya dan kelihatan Ryan sedang berdiri sambil memandang mereka berdua.
"Oh tu ke suami kamu?" Hani menangguk lalu memanggil suaminya. "Saya tak lama duduk sini makcik. Minggu depan dah balik KL semula." Ryan memberitahu ketika Mak Siti bertanya dia. "Jadi Hani sorang je ke duduk sini?" Ryan mengangguk. "Tiap hujung minggu je baru saya balik sini." Katanya lagi.
Mak Siti senyum lalu memandang Hani. "Jangan risau. Nanti mak Siti tengok-tengokkan lah Hani ni. Anak mak Siti tu polis. Memang selalu meronda kawasan sini. Jadi jangan risau lah. Sini memang selamat." Lama juga mereka berbual. Tapi bila suami Mak Siti menanggilnya balik barulah wanita itu balik. Ryan dan Hani pula dapatlah keluar beli barang rumah.
DIA menoleh memandang Hani yang baru duduk di sebelahnya. Kemudian dia memandang tv kembali. "Buat apa tadi?" Ryan bertanya. "Mandi." Jawabnya. Ryan kemudian terpandang rambut isterinya yang kelihatan basah. "Dah bersih ke? Period dah habis?" Dia bertanya. "Dah." Jawab Hani. Sebab tu lah dia lama tadi dalam bilik mandi. Nak mandi wajib lepastu nak keringkan rambutnya lagi.
Ryan menangguk sahaja lalu mengerling jam dinding. 'Baru jam 9 malam.' Desisnya di dalam hati lalu tersengih. Patutlah isterinya itu berani memakai baju tidur satin paras pehanya. Rupanya dah habis period.
Dia kemudian meletak tangannya di bahu isterinya. Untuk memberi hint. "Abang ni dah kenapa? Tersengih je dari tadi." Hani bertanya. "Tak da apa-apa lah." Ujar Ryan lalu mencium pipi isterinya.
Kemudian dia berdiri. "Abang nak masuk bilik." Dia memberitahu lalu melangkah masuk ke dalam bilik. "Sayang marilah tidur." Panggilnya. "Hmm ye lah kejap." Hani bangun lalu mematikan tv.
Hani sudah buat muka menyampah bila melihat Ryan yang elok sahaja bersantai di atas katil. Sudahlah tidak berbaju. "Abang ni dah kenapa?" Soalnya. "Panas lah Yang." Katanya.
"Panas ke atau sebab lain?" Teka Hani. Dia tahu apa suaminya mahukan. Maklumlah dia dah habis period untuk bulan itu. Dia tak boleh nak tolak permintaan suaminya kerana nanti dicop pula isteri derhak. "Sekarang kan awal lagi ni. Pukul 10 pun belum lah." Katanya. "Alah biarlah tu jam. Dah meh sini Sayang." Pujuknya. Hani julingkan sahaja matanya sebelum melangkah ke katil.
Sementara itu di rumah sebelah pula, "mak ada orang ke baru pindah?" Zul bertanya bila dia perasan lampu rumah sewa di sebelah hidup dan ada sebuah kereta. "Ha'ah. Baru pindah. Dorang tu baru kahwin." Mak Siti memberitahu. Zul angguk sahaja.
"Mesti bini dia muda lagi kan?" Teka Zul "Ha'ah. Baru 20. Laki dia pula 25." Tadi sempat juga lah dia bertanya umur Hani dan Ryan. "Uish muda juga bini dia. Mesti kahwin awal kan?" Mak Siti geleng. "Baru je kahwin. Tak sampai sebulan. Ish kamu ni kenapa tanya pula?" Zul geleng sahaja.
"Jangan nak terfikir nak rampas bini orang ya. Jaga pergaulan kamu dengan jiran kita ni." Mak Siti mengingatkan. "Orang tahu lah mak. Saja nak tanya. Bukannya nak mengorat pun. Bini orang. Berdosa tau." Dia pun tahu juga hukumnya jika menganggu bini orang. Boleh menyebabkan rumah tangga berporak-peranda tau. Kemudian Zul meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.
Entah kenapa dia seolah-olah ingin betul mengenali jiran rumahnya itu. Sampai sanggup dia menghendap rumah sebelah melalui tingkap biliknya. "Eh? Awal juga dorang tidur? Baru pukul 9 suku." Soalnya bila dia lihat rumah sebelah sudah gelap namun lampu di bilik utama terpasang. "Hmm ye lah pengantin baru lah kan mak kata. Patutlah." Dia menggeleng kepala bila memikir benda yang tak sepatutnya.
"Tak baik fikir benda tau elok. Hal dalam kelambu dorang tu." Katanya sebelum dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...