Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Dan author nak nasihatkan korang please jangan travel jauh sangat dekat part terakhir bab ni dan tolong jangan minta author ceritakan secara detail ya. Oh ya kali ini nak promote lagu korea lagi lah. Hehehe.
RYAN dan isterinya melayan sahaja sesiapa yang nak mengambil gambar bersama mereka. Walaupun kaki Hani sakit tapi dia tahan sahaja. Bukan selalu pun dia berkasut tumit tinggi. "Sayang ok tak?" Ryan bertanya bila dia terpandang wajah isterinya yang kelihatan menahan sakit.
Hani geleng kepala. "Ni heels sakitlah." Dia memberitahu. "Kenapa tak bagitau awal-awal? Buka tu heels tak payah pakai. Nanti Abang suruh Rania ambil selipar." Ujar Ryan. Kalau Hani tak pakai heels pun bukannya nampak sebab gaunnya menutupi kakinya. Memang labuh habislah.
"Kenapa ni?" Datin Fauzian bertanya bila dia terpandang anaknya sedang memegang kasut tumit tinggi milik Hani. "Kaki dia sakit ma." Ryan menjawab. Dia dan Hani nak duduk sekejap sementara Rania pergi ambil selipar. Dorang dua dah penat bergambar lepastu jumpa saudara, kawan-kawan serta tetamu yang hadir. Memang habis satu dewan tu dorang dua pusing.
"Nak makan tak?" Ryan bertanya. Dia memandang Hani di sebelahnya sebelum memandang lauk yang berada di hadapan mereka. Hani sekadar menangguk dan kemudian berdiri. Tapi dihalang oleh Ryan. "Biar Abang je ambilkan." Ujarnya. Nak juga hidangkan makanan untuk isterinya sebelum nanti Hani yang bakal menghidangkan makanan buatnya setiap hari.
Ketika mereka sedang makan barulah Rania datang. Dia tak ambil selipar dalam bilik hotel jadi dia ambil dari kereta abangnya. "Nah kunci." Ujarnya. "Thanks ." Ucap Ryan. "Nah selipar akak. Akak pakai tau. Nanti kotor pula kalau jalan-jalan tak pakai selipar." Rania memberitahu Hani. "Ye lah. Nanti lah akak pakai." Sekalinya yang Rania bagi bukan selipar tapi kasut miliknya. Budak ni rabun ke apa. Hani geleng kepala sahaja sebelum sambung makan lagi bersama encik suami.
"Wei Hani lawanya baju kau. Macam princess dah aku tengok." Puji Denisha yang baru sampai. Dia pergi tempat boyfriend dia lagi tadi. Lama dah kan tak jumpa. Hani senyum sahaja lalu mengucapkan terima kasih. "Kau dah makan ke belum?" Hani bertanya. Risau juga kalau kawannya yang sorang ini belum makan.
"Jangan risau lah aku dah makan. Oh ya Mira dengan Zura mana?" Denisha bertanya. "Aku tak pasti. Jom lah cari." Kemudian Hani memandang suaminya. Ryan sudah tahu apa yang Hani nak cakap. Dia pun benarkan sahaja.
Hani dan Denisha berjalan bersama mencari Mira dan Zura. "So macam perasaan anda menjadi isteri orang?" Dia bertanya. "So far ok je. Aku baru je kahwin semalam lagi. Lain kali tanya lah kalau dah sebulan dua." Hani menjawab. Denisha hanya tersengih sahaja. Kawannya yang kahwin, dia yang terlebih teruja.
"Jangan lupa ya pakai tu baju yang kami bagi." Denisha usik lagi sebelum Hani memukul kepalanya lagi. "Kau ni tak habis-habislah. Ish malas aku begini." Ujar Hani. Denisha ketawa sahaja dan sambung mengusik lagi.
DALAM jam 12 tengah malam barulah mereka berdua balik. Itu pun sebab Ryan bersembang lama sangat dengan Ikhwan. Majlis mereka selesai dalam jam 8 malam. Mujurlah ada surau di sediakan. Tidak lah susah nak cari tempat untuk solat. Ryan terus drive balik rumah kerana mereka tak tidur di hotel.
Sejak dalam perjalanan balik ke rumah lelaki itu dia berdebar-debar. Perasaan takut pun ada juga. Tak lupa yang perasaan malu yang menebal di dalam dirinya.
Tapi bila sampai di dalam bilik lelaki itu Ryan tak minta terus. Dia bagi dahulu room tour untuk Hani. "Ni bilik air. Kat dalam ni ada mesin basuh." Sebab dia jenis malas nak turun bawah untuk basuh baju jadi dia belilah mesin basuh dan letak dalam biliknya.
"Kalau nak jemur kain. Jemur je kat beranda bilik Abang tu kalau Sayang malu nak jemur di bawah." Beritahunya. Hani angguk sahaja. Kemudian Ryan tunjukkan pula almari miliknya. "Ni bahagian Sayang. Nanti pandai-pandai lah Sayang letak baju Sayang ya." Katanya. Hani angguk sahaja. Almari milik suaminya sungguh besar. Kalau dia tidur di dalam almari pun muat pula.
Dekat meja solek pula Ryan tunjukkan laci yang mengadungi banyak ubat-ubatan. "Sayang kan ada alergik. So just in case Abang beli semua ubat sapu ni. Lepas tu segala panadol pun ada. Kalau dah habis kat dapur pun ada ubat juga." Beritahu.
"Jadi ok?" Ryan bertanya. "Ok. Kenapa?" Soal Hani. Suami geleng sahaja. "Abang nak mandi dulu. Kalau Sayang nak buka lah dulu tu tudung. Lap makeup." Hani angguk sahaja.
Sementara suaminya sedang mandi Hani pula duduk di birai katil milik suaminya itu sambil menunggu gilirannya untuk mandi. Tak kan lah dia tak mandi pula.
Selesai mandi Ryan menunggu isterinya di atas katil. Dia biarkan sahaja Hani lama-lama di dalam bilik mandinya. Biasalah perempuan kan. Mandi memang lama.
Hani keluar dari bilik air dengan dirinya yang sudah berpakaian lengkap. Masih malu hendak berkemban di hadapan suaminya itu. Dia menoleh ke arah katil sebelum kakinya melangkah ke meja solek. Skincare wajib dia pakai setiap hari. Nak dapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat kenalah pandai jaga diri.
Ryan hanya memerhati. Walaupun baru sahaja berkahwin, kerja masih tetap berjalan. Dia uruskan sahaja apa yang patut sebelum mereka berbulan madu. Nanti berbulan madu, tak ada lah fikir pasal kerja.
"Memang tiap malam Sayang pakai mask tu ke?" Dia bertanya. "Ha'ah. Supaya nanti muka tak ada lah kering and berminyak bila bangun pagi." Ryan hanya mengangguk. Dilihat wajah isterinya yang memakai mask bergambar panda itu. Comel sahaja dia tengok. Dengan rambut yang diikat sanggul tinggi.
Bila selesai membuat skincare, Hani melangkah ke katil. Hanya sekadar duduk bersandar sahaja. Walaupun masih lagi penat, tapi dia belum mengantuk lagi. Nanti dia tertidur habis rosak pula masker yang dia pakai.
"Berapa lama kena pakai?" Ryan bertanya. Banyak betul benda curious yang dia nak tahu. "Dalam 15 ke 20 minit macam tu. Kenapa? Abang nak pakai jugak ke?" Ryan geleng kepalanya. "Tak nak lah. Tak macho lah dengan gambar panda tu." Hani terus tertawa.
Syukur lah Hani dah tak kekok sangat dengan Ryan. Semalam, bukan main kekok lagi. Siap tidur di hujung-hujung katil lagi. Bercakap pun tidak. Tapi malam ni, ada sedikit perubahan.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...