BAB 49

3.4K 104 0
                                    

   Welcome back to another chapter ❤ seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote sekali ya. 60 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya 😃 . As usual thanks sudi support and have fun semua. Reach 60 votes baru author update bab 50 ya.



      "ABANG memang tak nak pergi Sayang tapi dorang dah ajak. Ikhwan pun pergi juga. Tak kan Abang nak tolak pula." Ujar Ryan ketika dia balik. Hani yang sedang menonton tv perhatikan sahaja Ryan melonggarkan tali lehernya itu. "Alah Abang pergi je lah. Bukan selalu Abang keluar dengan kawan-kawan kan." Ujar Hani.

"Habis Sayang macam mana? 3 hari tau. Lama tu." Katanya. Tadi pagi tika pergi berjumpa dengan Airil kawannya itu ada mengatakan bahawa minggu depan mereka satu geng nak ke Pulau Tioman untuk bercuti.

Mereka dah lama rancang. Sejak sebelum Ryan kahwin lagi. Mereka tak sangka pun Ryan kahwin dalam masa terdekat tika lelaki itu sudah bertunang dengan Hani dahulu. Kemudian selepas kahwin Ryan mula sibuk dengan kerjanya. Begitu juga yang lain. Tahun ni barulah masing-masing banyak masa free. Jadi nak habiskan cuti dorang tu dengan pergi bercuti.

"Saya balik rumah ibu lah. Jangan risau lah. Abang pergi lah bercuti dengan dorang ya. Saya ok je. Mesti dah lama kan Abang tak hangout dengan geng-geng Abang." Dia kenal semua geng suaminya itu sebab abangnya juga satu geng dengan mereka dan dulu tika masing-masing baru habis spm selalu datang rumah sebab nak lepak dengan Ikhwan. 

"Betul ni? Sayang benarkan?" Ryan bertanya. Hani terus angguk. "Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak Abang kerja lah minggu depan ya." Dah dia bagi peluang tak nak pula. "Eh mestilah Abang nak. Oh ya Sayang nak ikut tak Abang keluar kejap lagi?" Ryan kemudian bertanya.

"Keluar pergi mana?" Tanya Hani. Dia mendongak memandang Ryan. Ryan berdiri di belakang sofa tempat dia duduk dan oleh kerana dia rendah dan suaminya tinggi memang kena dongak habislah bila duduk.

"Beli barang sikit. Dorang nak datang malam nanti." Beritahu Ryan lalu mencium sekilas bibir Hani. "Rasa coklat. Sayang minum susu coklat lagi ke?" Muka Hani memerah kerana terkejut mendapat ciuman percuma dari suaminya.

Lambat-lambat dia mengangguk. "Ya. Habis dah. Nanti beli lagi boleh?" Memang dia suka minum susu berperisa coklat itu. Satu kotak tu dia boleh habiskan dalam masa sejam kalau dia nak. "Hmm ye lah nanti Abang belikan lagi. Dah jom bersiap." Hani angguk sahaja dan naik ke atas.

Dia turuti sahaja Ryan yang sedang menolak troley menuju ke tempat bahan mentah. Sepertinya suaminya nak buat bbq sebab kawan-kawannya nak datang. "Sayang makan daging kambing kan?" Ryan bertanya tika dia meletak ayam yang telah ditimbang itu ke dalam troley. Hani angguk sahaja. Dia makan tapi tak berapa nak berkenan dengan daging kambing. Dia lagi juga daging lembu berbanding daging kambing.

"Kalau macam tu Abang beli sikit je lah. Dorang pun tak layan sangat." Hani sekadar angguk. Merela menuju pula ke tempat daging kambing.

Bila dah selesai beli semua bahan mentah Hani tarik pula suaminya menuju ke tempat letaknya coklat. "Abang nak ni boleh?" Dia bertanya pada Ryan. Lelaki itu sedang melihat sesuatu pada skrin telefonnya. Ryan terus pandang Hani. "Ambillah. Pilih lah mana yang Sayang nak. Tapi jangan banyak sangat. Dekat rumah pun ada lagi kan?" Kelmarin dia baru sahaja menambah stok coklat di dalam peti ais mereka. Hari ini Hani dah minta beli lagi.

Hani angguk dan mengambil sekeping sahaja coklat cardbury. Ryan hairan lalu terus tengok muka Hani. "Satu je? Asal tak ambil lagi? Sayang suka kan." Dia bertanya. Hani geleng kepala lalu menjawab. "Nak makan dalam kereta nanti lah."




      RYAN tengah membakar ayam tika Ikhwan datang. Lelaki itu selamba sahaja masuk ke dalam rumahnya lalu menuju ke arahnya. Mujurlah Ikhwan tu kawan baik beserta abang ipar padanya. Jika tidak sudah tentu dia tendang lelaki itu keluar dari rumahnya.

"Kau sorang je ke? Adik aku mana?" Ikhwan bertanya pada Ryan. Masa dia masuk tadi tidak pula dia nampak di mana adiknya. "Oh adik kau mandi." Balas Ryan. Hani memang akan terus mandi bila dia balik. Lagipun sekarang ni dah jam 6 petang. Mestilah Hani akan mandi. Ryan pun tak mandi lagi. Nanti je lah sebelum tidur baru dia mandi. Baru selesa tidur.

Ikhwan angguk sahaja lalu dilihatnya daging yang masih berada di dalam bekas tersebut. Belum dibakar lagi. "Adik aku benarkan tak kau pergi?" Ikhwan bertanya. Dia tahu perangai adiknya itu bila dah manja susah nak berlepas. Apatah lagi sejak masuk trimester kedua kandungannya itu memang susahlah nak berlepas dari Ryan. Asyik nak berkepit je.

"Bagi. Tapi aku pula yang rasa bersalah tinggalkan dia. Walaupun aku hantar pi tempat ibu nanti. Tapi Hani tak nak. Nak duduk sorang di rumah ni." Balas Ryan. Entah kenapa Hani tak nak balik situ. Nak pula dia duduk sorang. Padahal lebih baik duduk dengan Hajah Rudiah.

"Bahaya lah dia duduk sorang. Tak pe lah nanti aku minta tolong lah ibu temankan adik aku tu." Ujar Ikhwan. "Tak payah lah nak susahkan ibu. Aku suruh je lah Rania temankan kakak ipar dia tu. Kesian lah dekat ibu." Balas Ryan.

Tidak lama kemudian Hani muncul setelah dia mandi dan solat. Ryan belum solat lagi sebab sibuk sangat. Hani tunggu Ryan nak solat sama-sama tapi Ryan menyuruhnya untuk solat terlebih dahulu.

Bila Ryan tengok Hani yang sudah siap dia terus pandang Ikhwan. "Tolong tengokkan dulu. Aku nak masuk solat." Ikhwan angguk sahaja dan pandang adik iparnya itu masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum kecil sebelum memandang Hani. Dia tak sangka pula Ryan yang dulunya tika sekolah memang malas nak solat kini dah rajin. Orang dah berubah. Dah berbini. Tak lama lagi nak ada anak. Dah berkeluarga sendiri mestilah mengubah diri. Walaupun secara perlahan-lahan tapi usaha itu nampak.

Ikhwan nampak yang adiknya berjaya mengubah kawan baiknya itu. Tak sia-sia dia restu hubungan mereka. Dia nampak sendiri usaha Ryan untul berubah tika dah bertunang dengan Hani dulu.

Lelaki itu dengan serta merta meninggalkan perangainya yang tak baik itu. Dulu tika Ryan dan Puteri sedang bercinta Ryan berani lagi pegang tangan Puteri, malah memeluk pinggang perempuan itu. Tapi sejak dia putus dan kemudian bertunang dengan Hani semuanya berubah. Ryan tak pernah pun menyentuh mahupun memeluk Hani tika gadis itu menjadi tunangnya. Ikhwan perasan semua itu.

Tapi sejujurnya selama Ryan berkawan dengan Ikhwan malah  sebelum dia bertunang dengan Hani dia memang tidak pernah memegang tangan Hani mahupun anggota badan yang lain milik Hani. Ryan amatlah menjaga pergaulannya dengan Hani. Mungkin kerana dia menghormati keluarga Hani serta berkawan baik dengan Ikhwan. Dia tidak mahu merosakkan hubungan baiknya bersama Ikhwan yang telah lama terjalin sejak mereka tadika lagi.

"Kenapa adik benarkan Ryan pergi? Adik kan tengan mengandungkan anak dia." Ikhwan bertanya pada Hani. "Memang lah adik mengandungkan anak dia. Tapi korang kan dah lama tak pergi holiday macam dulu. Sejak adik dengan Abang Ryan kahwin kan Abang Ryan jarang ikut korang holiday. Jadi kali ni tak salah pun adik benarkan dia pergi." Walaupun hakikatnya Ryan tak perlu pun minta kebenaran dari Hani.

Ikhwan angguk sahaja. "Habis adik ok je kalau kat sana nanti Ryan layan perempuan lain?" Mata Hani terus memandang abangnya itu dengan tajam. Jangan nak cabar aku ya. Walaupun tengah mengandung ni aku masih boleh tendang orang tau.

"Kalau dia berani cuba lah. Balik je nanti memang adik pukul teruk lah adik ipar abang tu." Kemudian Hani mula risau. "Abang tolong tengok-tengokkan Abang Ryan ya kat sana. Jangan bagi dia layan or even pandang perempuan dekat sana." Beritahu Hani.

Ikhwan rasa bersalah pula kerana membuat adiknya risau. "Jangan risaulah. Kalau dia berani nak curang dengan adik abang ni belum sempat adik pukul dia abang dah awal-awal belasah dia. Cuba lah kalah dia berani nak tengok perempuan lain kat sana. Abang ipar dia ni akan hentak kepala dia atas batu besar. Biar lah sedar sikit diri dah berbini." Kata Ikhwan.

Kalau Ryan berani nak mengorat perempuan di sana memang Ikhwan akan lemaskan lah lelaki itu di dalam laut. Dia memang pantang kalau ada orang khianati ahli keluarganya terutama sekali adiknya itu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now