BAB 83

2.8K 113 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan votes ya. 75 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 84. Thank you sudi support and have fun guys
   



                "MA." Aryan menarik perlahan seluar yang dipakai oleh mamanya itu. Hani terus tunduk memandang anaknya itu. "Ya Aryan. Kenapa sayang? Kakak mana?" Hani bertanya. Dipandang wajah anaknya yang kelihatan seperti baru bangun itu.

"Tiduy." Aryan memberitahu. Matanya terkebil-kebil sahaja memandang mamanya. "Aryan nak minum susu?" Hani bertanya. Lantas anak lelakinya itu mengangguk lalu menunjukkan barisan gigi comelnya itu.

"Kejap ya. Nanti mama buatkan. Aryan masuk dalam tengokkan adik ya." Dia kena masak sebab suaminya mahu balik makan tengah hari sekejap lagi. Kang ada juga yang mengamuk.

Tapi tak lah Ryan sanggup nak tengking isterinya bila dia balik makanan belum berhidang. Dia pun faham juga akan Hani. Bukan setakat nak masak je. Dia kena kemas rumah, mandikan anak-anak mereka. Nak bagi makan lagi. Lagi satu hal kalau nak tidurkan. Bukan senang.

Aryan memandang wajah adiknya yang nyenyak itu. Dia terus mencium pipi Arina sebelum pipi tembam adiknya itu perlahan-lahan dicubit.

Sedang dia asyik memerhati Arina tidur, kedengaran bunyi enjin kereta milik papanya. Dia terus terkedek-kedek ke atas tingkap rumah. Hani tak buka pintu sebab takut anaknya itu pandai merayau keluar sendiri. Jadi Aryan sekadar melihat papanya dari tingkat sahaja. Dia tarik langsir berkenaan supaya lebih senang dia melihat.

Bila ternampak Ryan melangkah keluar dari kereta dia terus tersenyum suka. Ryan terus sahaja terpandang Aryan yang sedang memandang ke arahnya. Dia menghadiahkan senyuman pada anaknya itu sambil melangkah ke muka pintu rumahnya.

"Papa." Aryan terus sahaja meminta didukung. Ryan pula layan sahaja. "Mama mana?" Ryan bertanya lalu mencium pipi anaknya itu. Aryan tersenyum suka tapi dia lap semula bekas ciuman papanya itu. Hanya mamanya sahaja yang boleh cium pipinya.

Jari kecilnya terus menunjuk ke arah dapur. Bila dia diturunkan semula dia merengek kecil. "Tengok-tengok adik dengan kakak tu. Papa nak pergi tempat mama." Ryan memberitahu. Dia tersenyum sendiri melihat Aryan yang sedang merengek kecil itu.

Dibiarkan sahaja anak terunanya itu, dia terus melangkah ke dapur. "Assalammualaikum Sayang," Ucapnya sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dia menghadiahkan kucupan di pipi Hani sebelum meletakkan dagunya di bahu isterinya.

"Waalaikumsalam Abang. Ish Abang ni buat orang terkejut lah." Mujurlah kuali tu tak naik memukul kepala suaminya.

Ryan tersenyum sahaja lalu mencium lagi pipi isterinya itu. "Hmm bau strawberi. Sayang masak apa?" Dihidu olehnya bau wangi isterinya itu.

"Saya masak sambal udang petai dengan ayam goreng." Hani memberitahu. Haziqah tadi ada request ayam goreng. Jadi Hani pun masakkan lah.

"Abang duduk lah makan dulu. Saya nak bancuh susu untuk Aryan tu." Hani memberitahu lalu melarikan lengan Ryan yang memeluk erat pinggangnya itu. Nak buat kerja pun tak senang lah.

Dia melarikan rambut yang menutupi leher Hani sebelum dikucup leher berkenaan. "Pergilah buatkan dulu. Abang tunggu. Kita makan sama-sama." Mana best makan sorang. Kena juga ada isteri sebagai peneman. Barulah rasa tak sunyi.

Bila Hani datang semula ke dapur dia diikuti oleh Haziqah dan juga Aryan. Bukan dia yang bangunkan Haziqah tapi gadis itu yang terbangun sendiri. Mungkin juga kerana terhidu bau ayam goreng tersebut.

    






    SELEPAS solat zohor berjemaah, Ryan kembali semula ke pejabat. Tak kan dia tinggalkan pula kerjanya di pejabat itu.

"Abang tak pasti lagi balik jam berapa petang ni. Kalau Sayang nak makan, makan lah. And kalau Abang terlambat balik tak perlu lah tunggu ya. Tidur je." Ryan memberitahu sambil dia membaiki semula baju kemejanya di hadapan cermin berkenaan.

"Abang sibuk sangat ke di pejabat tu?" Hani bertanya sambil dia menghampiri suaminya itu. "Abang nak siapkan kertas kerja untuk tender tu Sayang. Client nak secepat mungkin." Ryan memberitahu.

Dia memusingkan tubuhnya menghadap Hani. "Kalau ya pun jangan lupa rehat. Tak perlu nak struggle siapkan harini juga. Nanti sakit siapa juga yang susah."

Memang Hani risau lah jika suaminya itu sudah mula sibuk menyiapkan kertas kerja. Sampai pernah Ryan balik tengah malam dan pergi kerja seawal jam 7 pagi semata-mata mahu menyiapkan kertas kerjanya.

Dia tidak mahu membawa kerja pejabatnya ke rumah. Nanti bertambah stress pula.

"Tahu lah Sayang. Jangan risau lah. Pandai lah Abang handle diri sendiri. Sayang tu yang kena banyak berehat tau. Baru je minggu lepas habis berpantang tau." Dia mengingatkan Hani. Dia tidak kisah dia yang jatuh sakit. Tapi bila Hani memang susah lah. Dengan Arina yang masih menyusu lagi. Takut terjangkit pula.

Hani tersenyum sahaja. "Ok lah Abang gerak dulu. Jam 2.30 ni ada mesyuarat lagi." Dia memberitahu. Hani kemudian menghampiri katil bayi di mana Arina berada. "Aryan dengan Haziqah mana?" Ryan bertanya. Tadi dia masuk tandas sekejap hendak membuang. "Dah tidur. Abang tak payah lah kacau. Nanti terjaga budak berdua tu ada pula yang ikut pergi pejabat." Hani memberitahu.

Aryan ada kata tempoh hari yang dia nak ikut papanya ke pejabat. Disebabkan Ryan terlalu sibuk, Hani menghalang Aryan untuk ikut suaminya ke pejabat. Aryan tu bukannya boleh duduk diam. Habis semua benda dia nak kacau. Nanti tidak terbuat kerja olehnya.

"Tak pa lah kalau macam tu." Ujar Ryan lalu dia menghampiri Arina. Anak kecil itu terkebil sahaja matanya.

Bibirnya mengukirkan senyuman lalu mengangkat Arina seketika. Dia kemudian mencium pipi anaknya itu. Arina pun apa lagi, dia merengek kecil bila diganggu.

"Budak ni ada tidur ke tadi Sayang?" Dia bertanya. "Ada. Lepas menyusu dalam jam 8 tadi dia terus tidur. Lepastu dia bangun kejap tadi." Dan Arina sambung tidur balik. Dan kini dia terbangun lagi bila mendengar suara papanya.

"Bila tengok Arina ni. Teringin pula lah nak tambah lagi sorang." Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu. Dia mengerling Hani. Dia memang ada niat mahu menambah anak lagi tapi tuan badan dan tak nak.

"Hah sengaja lah tu." Ujar Hani. Ryan tersengih. "Alah Sayang. Tak kan tak ada niat nak tambah lagi sorang lepas tengok muka Arina yang comel ni?" Nama Arina digunakan untuk 'memancing' Hani supaya bersetuju.

Hani mengeluh perlahan. "Memang lah saya nak ta-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Ryan sudah pun memotong terlebih dahulu.

"Kalau macam tu harini Abang awal balik. Lagipun harini hari khamis kan." Kemudian dia tersenyum suka. Hani terus memukul bahu suaminya itu. "Saya belum habis cakap pun. Abang ni gelojoh lah. Bagi saya habis cakap dulu." Ryan tersengih sahaja.

"Memang lah saya nak tambah lagi sorang. Tapi sakit tau. Kalau nak tunggu lah Arina besar. Dalam umur 3 tahun begitu baru saya fikir-fikirkan." Katanya. Arina 3 bulan pun belum sudah suaminya mahu menambah lagi sorang. Sabar lah.

"Tapi kalau Sayang mengandung juga dalam masa terdekat ni macam mana?" Ryan bertanya. "Kalau dah mengandung apa boleh buat. But please lah bukan sekarang. Arina baru nak masuk 3 bulan Abang. And kalau Abang nak 'tu' juga please pakai protection or tunggu masa saya tak subur ya." Memang dia menangis lah jika mengandung lagi dalam masa terdekat.

"Tahu lah. Pandai lah Abang tu." Balasnya. Hani sekadar menjulingkan sahaja matanya. "Ok lah Abang kena gerak sekarang. Takut pula nanti jalan jammed." Ryan memberitahu lalu dia meletakkan Arina semula ke dalam katil bayi itu. Mujurlah Arina tidak merengek. Bayi itu sekadar tersenyum sahaja sebelun dia menutup matanya. Mesti nak sambung tidur balik.

Biasalah lah bayi kan kalau tak tidur, menyusu kalau tak pun membuang. Nanti tiba-tiba tengok bayi 2 bulan berjalan ada juga yang lari.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now