BAB 93

2.9K 110 18
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 80 votes sahaja diperlukaan untuk buka bqb 94 ya. Tinggal 8 bab sahaja termasuk bab ini untuk cerita ini habis ya. Bab 101 is the ending ok.



          MATANYA tajam sahaja melihat suaminya yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu bersama Puteri. Entah kenapa wanita itu muncul semula ke dalam rumah tangga dia bersama suaminya. Tak malu ke kacau suami orang?

Sakit hatinya itu melihat Ryan melayan Puteri sehingga mengabaikan Hani. Setelah lauk itu dimasukkan ke dalam bekas tupperware Hani menuju ke jiran sebelah rumahnya untuk memberi lebihan makanan.

Banyak pula tu lebihan makanan yang dia masak kerana suaminya tidak pun menyentuh apa yang dia masak. Apatah lagi Puteri. Wanita itu selamba sahaja mengajak Ryan untuk memesan makanan dari luar. Akhirnya hanya Hani dan anak-anaknya sahaja yang makan. Ryan dan Puteri pula makan makanan yang wanita itu pesan.

Buat penat dia je balik masak tapi Ryan langsung tidak menjamah lauk yang dia masak. Jika perangai suaminya itu semakin menjadi-jadi nanti dia pula yang tawar hati dengan suaminya itu.

Selepas memberi pada jirannya Hani lantas naik ke atas. "Sayang buatkan air boleh?" Sempat Ryan memberitahu ketika Hani melintasi dia dan Puteri. "Order je lah dekat luar. Kalau saya buat pun bukannya Abang minum. Sedangkan masakan saya pun Abang tak makan." Balas Hani lalu melangkah ke atas.

"Kejap ek." Dia memberitahu Puteri lalu melangkah ke atas mengejar isterinya. "Kenapa ni Sayang? Tiba-tiba nak kurang ajar dengan Abang ni?" Ryan bertanya.

"Abang tu lah. Saya penat-penat masak. Tapi Abang langsung tak makan. Lepasni saya tak payah lagi masak untuk Abang. Pergilah keluar makan dengan dia tu." Balas Hani. Bengis sahaja mukanya melihat Ryan.

"Tak kan pasal tu nak marah macam ni? Dah dia yang ajak order makanan. Abang ikut je lah. Kita kena lah jaga air muka dia. Dia kan tetamu kita." Gayangnya seperti mahu mempertahankan Puteri.

"Hmm ye lah. Saya ni siapa je kan? Buat apa nak jaga air muka saya. Kalau macam tu lepasni kalau Abang nak minum ke nak makan ke order je dari luar ya. Lepasni saya dah tak masak untuk Abang lagi. Ye lah saya ni masak bukannya sedap pun." Terus Hani menolak Ryan untuk menjauhi dirinya lalu melangkah keluar dari bilik mereka.

"Saya nak tenangkan diri dalam bilik bacaan. Jangan kacau saya. Kalau Abang nak berbual dengan tetamu Abang tu silakan. Tapi pastikan pintu depan tu terbuka luas. Ye lah tak pasal-pasal jiran mengata pula ya." Kata Hani lalu menutup pintu bilik mereka.

Ryan terus mengurut pelipisnya sebelum dia meramas rambutnya dengan kasar. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik lalu turun ke bawah. Dilihatnya Puteri yang sedang menonton tv di ruang tamu. Gaya seperti dia pemilik rumah berkenaan.

"Wife you tu tak nak buatkan i air ke? Haus ni." Selamba sahaja dia bertanya. "Baliklah Puteri.  Aku ada hal lagi nak diuruskan." Ujar Ryan. Bukan mahu menghalau. Tapi sebenarnya memang pun. Nanti jika Puteri tidak balik bertambah pula masalahnya dengan Hani.

Puteri terus tersenyum kelat. "Tapi you kena janji ya tolong i berubat." Ujarnya. Ryan tidak mengangguk mahupun menggelengkan kepalanya. Sekadar memandang Puteri yang sudah mahu balik itu. "Kalau keluar terus tutup pintu pagar." Takut pula dia nanti ada anjing mahupun anak-anak jiran yang tiba-tiba muncul di halaman rumahnya.

Nanti ada juga kereta dia calar lagi terkena sepakan bola seperti 3 minggu yang lalu. Bukan setakat kereta, pasu bunga isterinya juga ada yang pecah. Mahu marah nanti ada juga yang bergaduh. Jadi dia selalu lah tutup pintu pagar dan mengunci sekali.






           "SAYANG dengarlah dulu penjelasan Abang ni." Penat dia mahu memujuk isterinya itu. Hani masih lagi merajuk. Tapi tetap juga dia solat berjemaah dengan suaminya itu.

Hani masih lagi diam. Langsung tidak memandang Ryan. Dia hiraukan sahaja suaminya itu sambil dia melipat baju-baju mereka. Malas lah dia mahu melayan suaminya itu.

Bila dia sudah selesai melipat terus dia berdiri dan menuju ke walking closet. Ryan pun turun berdiri. Dia mengikuti Hani masuk ke dalam walking closet berkenaan. Dia masih dengan misi mahu memujuk Hani.

"Sayang dengar lah dulu." Sekali lagi dia merayu. Tangan Hani yang memegang baju itu direntap olehnya menyebabkan baju-baju itu jatuh ke lantai. Hani pun apa lagi, dia pun marah lah. "Tengok tu. Orang dah penat-penay lipat dia pergi kacau pula. Lipat balik baju tu." Lebihan baju yang berada di tanganya dilempar ke atas lantai.

"Lipat semuanya semula. Selagi tak berlipat jangan harap malam ni Abang boleh makan masakan saya. Masak sendiri. Dan tidur luar." Arah Hani lalu dia melangkah pergi meninggalkan Ryan seorang diri di dalam walking closet berkenaan.

Dia menggelengkan kepalanya itu lalu melipat semula baju yang dia jatuhkan tadi. Kemudian dia mengeluh. "Macam mana aku nak terangkan dengan Hani ni." Ryan bingung sendiri.

Bila dia melangkah keluar dari walking closet berkenaan, kelihatan Hani sedang memegang telefon miliknya. "Sayang." Ryan memanggil isterinya itu.

Dan apabila Hani memusingkan kepalanya memandang suaminya lantas anak mata hitam milik Ryan membesar. Isterinya sedang menangis. Tapi kenapa?

"Sampai bila Abang nak rahsiakan semua ni dari saya? Kalau saya tak terniat nak buka telefon Abang ni mesti saya tak tahu kan?" Marah Hani.

Bukan dia tidak menghormati privasi suaminya tapi tiba-tiba pula hatinya mengatakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan Ryan dari pengetahuannya. Dan memang benar. Memang benar Ryan menyembunyikan sesuatu darinya.

"Abang bukan tak nak bagitahu. Tapi perkara kecil je Sayang. Abang cuma nak tolong dia je." Ryan menjelaskan.

"Sakit apa perempuan tu sampai nak minta tolong dengan suami orang? Suami saya pula tahu. Saya tahu lah Abang ada sejarah dengan dia. Tapi kenapa perlu minta tolong dekat Abang? Dia ada keluarga kan. Kenapa tak minta tolong dengan adik-beradik dia?" Sakit hatinya bila ada perempuan lain yang bergantung pertolongan dari suaminya. Suaminya bukan kaunter kebajikan.

"Abang tahu. Abang tahu status Abang. Tapi tak salah pun Abang nak tolong dia. Dulu pun dia pernah tolong Abang juga." Beritahu Ryan yang seolah-olah berpihak kepada Puteri.

Hani memandang tajam wajah Ryan sebelum matanya memandang semula skrin telefon berkenaan. Dia menghembus nafas dengan beratnya.

"Bagi lah Abang peluang tolong dia. Please Baby." Ryan merayu. Hani terus memandang lemah lelaki di hadapan itu. "Bagi saya masa fikir. And kalau terdesak juga, suruh dia jumpa saya. Minta izin dekat saya dulu. Suruh dia hadap saya dulu dan minta izin dari saya untuk minta tolong dari Abang." Hani buat semua ini untuk mengelakkan suaminya difitnah dan untuk berjumpa dengan Puteri secara berdepanan.

Kalau Puteri tidak berani minta izin dari dirinya, sudah tentu Hani tidak mengizinkan Ryan untuk menolong Puteri. Itu hak Hani sebagai isteri. Dia berhak juga untuk membuat keputusan kerana dalam rumahtangga penting untuk mendengar pendapat dari dua-dua pihak. Masing-masing berhak untuk membuat keputusan.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now