Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 70 votes diperlukan untuk buka bab 75. Thank you sebab sudi support cerita ni and have fun guys ❤
Btw apa pendapat korang untuk that new cover? Kalau tak suka author boleh tukar. Let me know your opinion ok 😅
KEPALANYA terus menoleh ke arah pintu bilik air yang baru dikuak itu. "Eh Abang. Awal balik." Hani bertanya sambil dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
"Dah nak jam 6 pun Sayang memang lah Abang balik." Ujarnya lalu menghampiri Hani. Dia terus membuka tali lehernya lalu dicampak ke bakul baju kotor itu. "Pergi lah mandi dulu." Ujar Hani lalu melangkah ke walking closet mereka. Tapi Ryan menghalang Hani dengan memegang lengan isterinya itu.
"Tunggulah kejap." Ryan berkata. "Kenapa? Saya nak pakai baju ni. Nak masak lagi." Hani bertanya. "Mandikan Abang." Mata Hani terus membulat.
Dia kemudian menampar perlahan dada suaminya itu. "Jangan nak mengada ya. Pergi mandi sendiri." Katanya. "Nasiblah Sayang perempuan. Kalau tak dah lama Abang tampar dada Sayang tu. Suka sangat lah tampar dada Abang." Hani sengih sahaja. "Saya tahu Abang tak berani sebab tu saya buat." Balas Hani.
Ryan sekadar menjulingkan sahaja matanya. "Oh ya harini ada muntah?" Memang dia selalu bertanya. "Ada. 2 kali je. Pagi lepas Abang jalan kerja sama tengah hari tadi. Petang tak ada." Hani memberitahu.
Ryan angguk lalu menundukkan badannya agar mukanya menghadap perut Hani. Tanpa amaran dia terus menyelak tuala yang Hani pakai. Hani apa lagi jerit lah lepas tu pukul bahu suaminya. "Apa Abang ni." Dia terus melangkah menjauhi Ryan. Mujurlah dia sempat memberhentikan tindakan suaminya itu.
"Abang tak tahu lah Sayang tak pakai apa-apa under towel ni. Tapi bukannya Abang tak pernah nampak pun." Katanya. "Jangan nak gatal ya. Dah lah saya nak pakai baju lepastu nak masak." Hani terus menolak bahu suaminya sebelum melangkah ke walking closet. Lebih baik dia pakai baju sebelum terjadi perkara lain.
Ryan ketawa sahaja lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Selepas sahaja dia selesai mandi dan berbaju dia terus turun ke bawah.
Dilihatnya Hani yang sedang memotong ayam itu. "Nak masak apa ni?" Dia bertanya. "Anak teruna Abang lah request nak makan ayam masak kicap." Beritahu Hani.
Tengah hari tadi tika dia keluar membeli barang rumah bersama Aryan dan Haziqah, Aryan terus meminta Hani untuk memasakkan ayam masak kicap buatnya. Haziqah pun ikut sahaja apa yang adiknya mahu.
"Abang tolong mandikan budak berdua tu boleh?" Hani bertanya. "Eh belum mandi? Bukan selalu awal mandi ke?" Ryan menyoal. "Dorang tidur petang tadi. Tak tahu lah dah bangun ke tidak. Tolong ya." Pinta Hani. Ryan mengangguk sahaja. "Baiklah. Abang pergi tengok kejap." Dia terus nelangkah naik ke atas.
Apabila Ryan melangkah masuk ke dalam bilik anak kembarnya itu kelihatan Aryan yang telahpun bangun. Haziqah masih tidur lagi. Budak beradik itu tidur di dalam bilik yang sama sebab Haziqah tidak berani mahu tidur seorang diri. Pernah sekali tu dia tidur sendiri tapi dia menangis sebab takut.
"Aryan pergi mandi." Ujarnya. Anak lelaki itu terus sahaja melangkah ke bilik air. Manakala Ryan pula terus menuju ke katil anak gadisnya itu.
Belum pun sempat dia melabuhkan punggungnya di birai katil Haziqah telah pun terjaga. Dia terus memandang papanya itu.
"Pa..."
"Ya sayang kenapa?" Ryan bertanya sambil dia duduk di birai katil. "Ayan mana?" Haziqah bertanya sambil dia menggosok matanya itu. "Ayan mandi. Lepasni Haziqah mandi ya. Lepastu kita makan sama-sama. Mama tengah masak dekat bawah." Ryan memberitahu. Haziqah menangguk sahaja lalu menghampiri papanya itu.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...