Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekankan vote sekali ya untuk semua bab di cerita itu. Thanks sudi support and have fun semua
SIAPA sahaja yang tidak kecewakan bila anak yang dikandung telah tiada. Hani memang kecewa bila mendapat tahu dia keguguran. "Sayang makan lah sikit. Ni ibu masakan." Beritahu Ryan. Bila sahaja Hani terjaga dia terus terangkan pada Hani.
Pada mulanya Hani memang meroyan seperti orang gila sehinggakan doktor terpaksa menyuntik ubat tidur. Kini sudah 2 hari sejak anaknya itu pergi. Hani setiap masa bersedih. Tidak kira siang dan malam dia menangis. Ryan pula sabar sahaja melayan Hani. Ryan gembira juga bila Hani tidak membencinya.
"Sikit je boleh?" Pujuk Ryan. Hani memandannya dengan perasaan sayu. Dia semakin jatuh cinta pada Ryan. Lelaki itu tidak pernah mengeluh melayannya. Ryan juga tidak meninggikan suara bila Hani menengkingnya tempoh hari. Pada mulanya Hani sangat marah dekat Ryan. Tapi dia sedar Ryan bukanlah punca dia keguguran.
Hani mengangguk perlahan lalu membuka mulutnya. "Minta suap?" Hani angguk kepala sahaja. Dia tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan cuma bercakap bila dia perlu sahaja. "Ni semua makanan untuk orang berpantang. Tapi Sayang makan saja ya? Untuk kesihatan Sayang juga." Hani angguk sahaja. Bila siap makan dia berbaring semula. "Bila boleh balik?" Hani bertanya. "Esok. Sebab jahitan Sayang belum kering lagi." Beritahu Ryan.
Ketika Hani meroyan seperti orang gila jahitannya hampir terlerai dan menyebabkan doktor terpaksa menjahit kesan lukanya lagi. "Sayang boleh Abang tanya?" Hani angguk sahaja. "Sayang ada simpan rahsiahkan dari Abang?" Teka Ryan.
"Rahsiah apa?" Tanya Hani dengan lemah. "Sayang bukan jatuhkan? Ada orang tolak Sayang kan? Siapa orang tu?" Tanya Ryan. Mata Hani terus membulat. Dia tak bagitahu lagi perkara sebenar pada Ryan kerana dia telah diugut. "Siapa Sayang? Tak nak bagitahu? Tak pa nanti Abang check cctv ya." Ujar Ryan.
"Tak perlu lah. Baiklah saya bagitahu. Tapi bukan sekarang boleh? Saya nak tidur." Ryan angguk sahaja lalu membantu membetulkan posisi tidur Hani supaya Hani selesa.
Misha menghempas cawan kaca itu ke atas lantai dengan sungguh kuat. Sangkanya bila dia menipu mereka kononnya dia itu mengandung keluarga suaminya akan memberi perhatian padanya. Namun sebenarnya tidak. Datin Fauzian lebih memberi perhatian pada Hani berbanding dirinya. Malah sanggup ke hospital pada setiap masa dan memasak untuk Hani.
Manakala dirinya pula dibiarkan sahaja. Datin Fauzian langsung tidak mengambil tahu pasal dirinya itu. Misha ingat lagi tadi Datin Fauzian menghiraukan dia. Langsung tidak melayannya. "Mama nak ke mana?" Tanya Misha ketika dia lihat Datin Fauzian sedang bersiap-siap.
"Hospital. Nak hantar makanan untuk Hani dengan Ryan lah." Dia risau jika Ryan tidak makan dan dia nak bagi makanan yang terbaik buat Hani. "Hari-hari mama hantar makanan. Dia kan ada mak sendiri. Mesti mak dia selalu hantar juga kan. Buat susah mama je." Kata Misha.
Datin Fauzian senyum sahaja. "Tak ada lah menyusahkan mama. Hani tu kan dalam proses nak pulih semula. Mama ni sebagai mak mentua dia kena lah tolong juga. Kena bagi sokongan pada Hani. Kamu pun faham juga kan? Hani baru je keguguran. Susah untuk Hani pulih semula jika tak ada sokongan dari keluarga. Tak kan mama nak abaikan pula Hani tu. Dia tu kan menantu mama juga. Kalau kamu nak makan. Tu hah ada makanan bawah tudung saji tu. Makan je lah ya. Mama gerak dulu." Ujar Datin Fauzian. Mama mentuanya itu terus melangkah keluar dari ruang dapur lalu memanggil Dato Aziz.
Apa tidaknya Misha bertambah marah. Dia fikirkan bila Hani sudah keguguran dan dia pula menipu mereka dengan dia punya fake pregnancy dia sangkakan mereka akan memberi perhatian padanya. Namun hakikatnya tidak. Misha tambah tidak berpuas hati dengan Hani. Perasaan marah dan benci pada Hani kian membara di dalam hatinya.
"ABANG sakit." Beritahu Hani pada suaminya. "Sayang jalan perlahan-lahan ya. Abang pimpin." Selama ini bila Hani mahu ke tandas dia yang akan mencempung Hani namun kali ini tida kerana Hani mahu berjalan sendiri. Tidak pula dia sangka betapa sakitnya bahagian kemaluannya bila dia berjalan.
Hani menggenggam erat tangan suaminya sambil kakinya perlahan-lahan menuju ke tandas. "Macam mana saya nak balik kalau jalan pun macam ni Abang? Tak kan Abang dukung pula." Kata Hani.
Ryan senyum sahaja. Risau juga Hani pada dirinya. "Jangan risaulah nanti Abang pinjamlah kerusi roda." Katanya. "Kalau dah siap bagitahu ya." Hani angguk sahaja. Ryan menutup pintu tandas berkenaan. Walaupun Hani isterinya dia kena juga hormat privasi Hani. Tak kan lah ketika Hani buang air kecil pun dia nak temankan sampai ke dalam. Cukuplah sampai pintu tandas sahaja.
"Dah siap ke?" Tanya Ryan. "Kejap." Orang nak cuci apa yang patut pun tak selesai lagi ni. Bila Hani buka pintu tandas barulah Ryan menolongnya ke katil semula. "Masih ada darah ke keluar?" Ryan bertanya. Doktor Marlina ada memaklumkan bahawa darah akan keluar selama 1 ke 2 minggu bergantung dengan orang juga. Darah ini akan keluar seperti darah haid tapi sebenarnya bukan darah haid. Dan bila sudah berhenti 4-6 minggu kemudian barulah darah haid akan keluar seperti biasa.
Bila Hani baring semula di katil pada masa yang sama Datin Fauzian dan Dato Aziz sampai. Mereka berdua senyum sahaja bila melihat Hani. Muka Hani dah tak pucat macam 2 hari yang lalu. Mata Hani juga sudah tidak kelihatan bengkak. Hani dah kurang menangis tapi lebih mendiamkan dirinya.
"Hani macam mana harini? Ok?" Soal Dato Aziz. Hani angguk sahaja. "Harini dah boleh balik dah." Ryan memberitahu. Tadi doktor Marlina dan 2 orang jururawat datang untuk memeriksa Hani dan hari ini Hani dah boleh balik. "Baguslah macam tu." Kata Datin Fauzian. Lega lah dia bila Hani dah tak duduk di hospital lagi. Dia risau juga dekat Ryan sebab terpaksa tidur di atas sofa sahaja. Mesti tengkuknya sakit.
Ryan juga sudah mengemas pakaian Hani tadi. Dalam jam 3 petang Hani dah boleh keluar. "Ryan bawa balik rumah ibu lah." Dia memberitahu lagi. Datin Fauzian angguk sahaja. Dia mesti faham dengan keadaan Hani. Sudah tentu Hani nak balik rumah ibunya. Dia tak kisah pun sebab ada juga orang boleh tengok-tengokkan Hani. Dia boleh sahaja lawat Hani di rumah besannya itu.
"Hani jangan risau ya. Nanti Ryan akan cari orang yang buat semua ini pada Hani." Hani angguk sahaja. Ryan dah tahu sebenarnya. Hani dah ceritakan padanya. Semuanya. Dari awal kejadian. Ryan dah tahu semuanya. Dia dah tahu siapa dalang di sebalik keguguran Hani. Tapi buat masa ini dia diam dahulu. Walaupun Hani sendiri dah bagitahu tapi dia nak bukti. Dia nak lihat dengan matanya sendiri. Nanti balik rumah dia akan check cctv rumahnya.
"Hah ni mama lupa. Mama ada bawa makanan. Hani makan ya." Ujar Datin Fauzian. Hani angguk sahaja. "Tapi Hani dah makan tadi ma. Ibu hantar makanan." Beritahu Ryan. Hani kemudian segera memegang bahu suaminya. "Tak apa lah. Mama dah susah-susah masak. Saya boleh makan lagi." Memang sepanjang dia berada di hospital dia asyik makan sahaja kerana dia tidak mahu membazirkan makanan yang telah dimasak oleh ibu dan mama mentuanya.
Cuma makanan dari pihak hospital sahaja dia tidak makan kerana tidak mempunyai rasa dan tak sedap. Orang ingat dia ni tak ada deria rasa ke macam mana. Memang bila dia makan makanan pihak hospital pada hari pertama tu dia terus muntah. Lepas itu dia terus request untuk berhenti hantar makanan untuknya lagi.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...