BAB 28

3.9K 110 0
                                    

Welcome back to another chapter guys ❤ seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. And jemput juga singgah baca 'Dia Lah Suri Hatiku' and kalay sudi tekanlah vote untuk setiap bab ya. Thanks and have fun.        



           KINI Hani dan Ryan sudah berpindah ke rumah mereka sendiri. Sudah 1 bulan sejak syawal berlalu dan sudah mahu masuk bulan ogos. Ryan seperti biasa akan sibuk dengan kerjanya manakala Hani pula sibuk dengan pengajiaannya.

Ketika sedang menaip Hani teringat akan ujian kesuburan yang dia dan Ryan lakukan sebulan yang lalu. Mereka telah menjalani semua ujian dan alhamdulillah Hani tiada masalah begitu juga Ryan. Kedua-dua mereka mempunyai tahap kesuburan yang bagus.

Hani bersyukur bila mendengar berita tersebut. Maknanya dia dan suaminya boleh mempunyai zuriat. Doktor faham sebenarnya kenapa mereka datang untuk menjalani ujian kesuburan. Sudah banyak juga pasangan yang datang ke kliniknya kerana benda yang sama.

Dia faham jiwa anak muda yang tidak sabar untuk menimang anak. Dia juga ada bagi kata-kata semangat untuk Hani dan Ryan. "Mungkin belum masa untuk korang berdua ada anak. Tapi jangan putus asa. Jika rasa tak yakin saya boleh bagi ubat." Kata doktor tersebut.

Ubat teesebur  popular dengan nama komersialnya, Clomid. Ubat ini membantu wanita membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone).

Dalam kaedah ini, doktor akan mengesyorkan agar mengambil ubat pada hari ketiga haid untuk lima hari. Ovulasi akan berlaku selepas 7 hingga 8 hari rawatan Clomid. Doktor kemudiannya akan mengesahkan waktu ovulasi serta waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual.Waktu ovulasi dapat disahkan dengan beberapa ujian seperti ujian darah, ujian suhu badan basal serta ultrasound.

Sepanjang pengambilan ubat, pesakit akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti kembung perut, dan tidak selesa semasa melakukan hubungan intim.


Namun Hani menolak kerana dia mahu mengandung tanpa bantuan ubat. Namun banyak lagi rawatan lain yang boleh dilakukan.

Antarangan ialah suntikan. Suntikan ini adalah dos Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang membantu pembentukan telur yang sihat dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Kaedah ini adalah alternatif perubatan lain sekiranya ubat clomiphene tidak berkesan bagi tubuh.

Selain pada wanita, ubat ini juga berkesan meningkatkan jumlah sperma pada lelaki. Suntikan ini juga meningkatkan kebarangkalian untuk anda mendapat kembar dua atau tiga. Kaedah ini terbukti membantu peningkatan kebarangkalian untuk mengandung sebanyak 15% dalam satu kitaran ovari.

Suntikan ini memberi kesan sampingan minimum pada badan seperti kemerahan pada bahagian suntikan serta bengkak pada bahagian dada. Sesetengah wanita yang mengamalkan kaedah ini juga mengalami ‘ovarian hyperstimulation syndrome’ (OHSS) terutamanya pada kitaran pertama penggunaan ubat ini. Jika simptom semakin serius seperti sakit perut, muntah dan cirit-birit, dapatkan nasihat doktor segera.

Apapun, anda tidak perlu risau kerana doktor mengesahkan bahawa kaedah ini tidak akan membuatkan si pengguna berisiko terkena kanser ovari.

Malah doktor juga ada menerangkan mengenai teknik IUI atau Intra Uterine Insemination ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita melalui satu tiub halus sewaktu ovulasi hampir berlaku.

Dalam kaedah ini, si isteri diberi preskrispsi ubat kesuburan untuk beberapa hari sebelum prosedur dilakukan. Suami pula perlu menyediakan sampel sperma semasa hari prosedur. Sperma yang sihat akan dipilih dan dipindahkan terus ke dalam rahim melalui tiub kecil. Kaedah ini dilihat mempunyai peratusan keberkesanan yang lebih tinggi pada pasangan yang lebih muda.

Itu antara kaedah yang disyorkan oleh doktor tapi Hani dan Ryan tolak. Mereka sekadar ingin menambah mengetahuan sahaja. Cukuplah mereka tahu yang mereka mampu mempunyai anak.

    RYAN sedang bermesyuarat ketika telefonnya berbunyi. Dia memandang nama yang tertera sebelum meminta diri  untuk keluar lalu menjawab panggilan berkenaan. "Kenapa Sayang?" Ryan bertanya. "Abang tengah ada mesyuarat ni nanti call balik ya." Nanti bila dia lama-lama keluar tak baik juga kerana yang lain tengah menunggunya.

"Oh sorry ganggu. Saya nak minta ambil balik. Jam 3 ja." Beritahu Hani. Dia terlupa yang Ryan ada mesyuarat waktu tengah hari. "Oh ok. Nanti Abang ambil." Selepas meletak panggilan tersebut dia masuk semula ke dalam bilik mesyuarat.

"Maaf. Orang rumah call tadi." Beritahunya. "Dah kahwin ke? Bila?" Tanya salah seorang daripada pegawai atasan syarikatkan. "Ha'ah. Bulan april tu." Beritahunya.

"Tahniah lah." Ucapnya. "Terima kasih. Kita sambung semula ya?" Mereka semua mengangguk. Bila habis sahaja mesyuarat Ryan segera keluar. Bukan dia tidak hormat mereka tapi jam sudah menunjukkan pukul 2.43 petang. Kalau dari pejabatnya mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke universiti tempat Hani belajar. Tapi jika ada kesesakan lalu linta boleh sampai 40 minit.

"Lia aku keluar sekejap ambil bini aku. Nanti aku datang balik." Beritahu Ryan pada Lia. Lia angguk sahaja tanda dia faham. Ryan segera menuju ke tempat parking kereta.

Hani menunggu Ryan di tempat biasa suaminya itu akan ambil bila ada beberapa orang budak lelaki datang menghampirinya. "Sorang je ke?" Tanya Rizal. Dia ni satu jurusan dengan Hani. "Eh tak lah. Bertiga." Balas Hani. Dia kemudian kembali memandang telefonnya. Tengah berchat dengan Denisha. Denisha ajak dia berjumpa malam ni tapi dia pula kena balik rumah keluarga suaminya.

Rizal lantas tertawa. "Mana lagi dua?" Soalnya. Hani menandangnya dengan muka serius. "Malaikat. Kiri dan kanan bahu aku." Terus Rizal tersentap. "Alahai cik adik. Baru pindah sini dah nak tunjuk belang ya? Kau tak kenal ke kami ni siapa?"  Ujar Arif pula.

"Kenal. Buaya darat." Balas Hani. Buat apa pula dia nak takut dekat mereka. Mereka bukan sesiapa pun dalam hidup dia. Mereka sekadar lalat yang pada bila-bila masa boleh dibunuh. "Kau-" Tak sempat dia menghampiri Hani ada lelaki yang berdiri di sebelah Hani.

"Kau apa?" Soalnya. "Abang." Hani memandang lelaki itu yang merupakan suaminya. "Tepilah. Jangan nak masuk campur. Ni hal aku dengan Hani." Marah Rizal. "She's my wife." Beritahu Ryan lalu memeluk bahu Hani.

"Sekali lagi aku nampak kau kacau isteri aku. Kau jaga. Aku tak kan duduk diam. Sayang jom." Ryan memegang tangan Hani lalu mereka berjalan menuju ke keretanya. Rizal terdiam. Dia sekadar memandang Hani dan Ryan pergi.

"Weii Rizal kau kenal tak lelaki tu?" Tanya Bahrum pula. "Tak. Kenapa?" Tanya Rizal. "Dia tu kan ceo muda. Aku dengar dia jadi ceo masa umur dia 22 tahun tau." Siapa je tak kenal Ryan dekat Selangor ni. Dulu dia pernah viral kerana menjadi ceo pada umurnya 22 tahun. 3 tahun yang lalu.

"Dia ke tu? Habis Hani tu? Bini dia? Wei kau jangan nak buat hal dengan dia Rizal. Bapa aku kerja tau dengan dia." Ujar Arif.

"Hmm ye lah. Tengoklah macam mana." Jawab Rizal aci tak aci. Dia tak berpuas hati tadi bila diberi amaran oleh Ryan. Dia rasa tercabar.

"Kita nak ke mana ni Abang?" Hani bertanya bila Ryan tidak memandu keretanya balik ke rumah mereka. Hani kenal jalan ke kawasan perumahan mereka. Ini bukan ke jalan ke tempat kerja suaminya?

Ryan senyum sahaja lalu memandang Hani. "Kita pi pejabat Abang ya. Lia tu dari haritu nak jumpa Sayang. Sampai balik kita di situ ya." Beritahu Ryan. Dia teringat akan permintaan Lia tempoh hari. "Bos ajaklah Hani datang sekali-sekala. Saya nak juga berbual dengan dia." Pinta Lia dan hari ini dia bercadang membawa Hani ke sana.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now