"Gem..? "
Terkejut Halilintar apabila dia melihat Gempa sedang berada di tangga dan melihat ke arahnya dengan tidak kalah terkejutnya. Cepat-cepat Halilintar bangkit dari tempatnya dan berjalan mendekati Gempa.
"Gem nak apa-apa ke? Biar abang tolong ambilkan. "
Gempa menatap Halilintar yang kini sedang berada di hadapannya dan dengan raut wajah yang cemas. Gempa hampir sahaja terlupa bahawa Halilintar telah kembali selepas 2 bulan berpisah dengannya. Dan kali terakhir Gempa ingat, dia dan Yaya bertengkar tentang sesuatu. Sesuatu yang membuatkan hatinya panas tiba-tiba.
"Ah... Takpe. Aku boleh ambil sendiri. "
Gempa baru sahaja hendak bergerak tetapi badannya terus ditahan oleh Halilintar. Halilintar meletakkan tangannya pada bahu Gempa dan menggelengkan kepalanya.
"Abang boleh tolong ambilkan. Gem masih belum sembuh lagi. Gem nak air, ya? Abang tolong ambilkan, ya? "
Gempa tidak mampu menolak dan hanya mengikut sahaja Halilintar membawanya ke arah ruang tamu yang berada berdekatan dengan ruang dapur. Setelah Halilintar meletakkan Gempa di sofa, dia pun segera berjalan ke arah dapur untuk mendapatkan air untuk Gempa.
•°•°•
"Nah. "
Halilintar menghulurkan 2 buah gelas kepada Gempa.
"Eh, tapi aku nak air kosong saja."
"Gem kena minum susu juga. Ia baik untuk tulang dan gigi. "
Halilintar berkata sambil tersenyum ke arah Gempa. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Gempa dan melihat isterinya sedang minum air yang telah diberikannya.
"Gem, abang rindu. "
"Huh? "
Gempa meletakkan gelas air kosong yang telah habis tadi ke atas meja dan menoleh ke arah Halilintar. Ternyata suaminya itu telah memandangnya sejak dari tadi lagi.
"2 bulan abang tak jumpa Gem, rasa macam takde makna pula. "
Gempa melihat Halilintar sedang menundukkan pandangan ke lantai dan tersenyum kelam.
"Setiap hari abang risaukan tentang keadaan Gempa. Abang risau Gempa akan jatuh sakit atau perlukan bantuan sebab tiada orang yang boleh jaga Gempa. Tambahan pula kena jaga Taufan lagi. "
"Itu-"
"Dan... Gem mesti rimas, kan? "
"Huh..?"
Halilintar mengangkat wajahnya dan melihat ke arah Gempa. Tangan kanannya mula menyentuh pipi Gempa dan mengusap wajah isterinya dengan lembut.
"Sebab setiap hari berada dalam dilema. "
"D-dilema..? "
Halilintar tersenyum dan mula menarik Gempa untuk masuk ke dalam pelukannya. Gempa yang tiba-tiba diperlakukan sedemikian tidak mampu mengatakan apa-apa ataupun menolak apa yang sedang dilakukan oleh Halilintar ke atasnya.
"Gem... Tak kiralah apa pun yang berlaku. Abang cuma nak Gem tahu satu saja perkara. "
"Huh...?"
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...