Chap 61

645 68 6
                                    

"Yaaayy! Thank you Mama! Shebab tolong belikan Taufan toy baru! "

"Sama-sama. Tapi nanti kamu kena janji dengan Mama yang kamu akan belajar rajin-rajin, ya?"

Taufan menganggukkan kepalanya dan mengangkat jari kelingkingnya ke udara sambil sebelah lagi tangannya diletakkan di dada.

"Yesh! I promise, Mama! "

"Good boy! "

Gempa mengusap-usap kepala Taufan sambil tersenyum manis kepadanya. Kini mereka sedang berada di sebuah pasar raya yang menjual pelbagai jenis alat dan permainan untuk kanak-kanak.

Sesuai dengan janji mereka baru-baru ini, Taufan telah mendapat ganjaran alat permainan baharu kerana telah mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Gempa, sebagai ibu yang selama ini telah menjaga Taufan amat bangga dengan pencapaian anaknya itu. Dia betul-betul tidak sangka bahawa Taufan begitu serius dalam ingin mendapatkan apa yang diinginkannya.

Gempa tahu yang Taufan telah lama menginginkan alat permainan tersebut kerana setiap kali mereka melalui pasar raya itu Taufan akan melirik ke arahnya. Jadi, supaya menjadi adil, Gempa menyatakan perjanjian mereka tersebut. Tambahan pula Gempa ingin Taufan tahu, bahawa di dalam dunia ini, kita tidak mudah mendapatkan sesuatu perkara tanpa berusaha. Kita perlu berusaha dengan kuat, untuk mencapai apa yang kita ingini.

"...Abang sanggup buat apa saja untuk buatkan Gem kembali pada abang! "

'Huh?! '

Seolah-olah seperti baru tersedar dari lamunannya, Gempa mula mengerlipkan matanya dan mendapati bahawa dia masih berada di dalam pasar raya mainan kanak-kanak. Gempa melihat kawasan sekelilingnya dan menemui Yaya dan Taufan yang kini sedang bergurau bersama-sama sambil sedang bermain dengan sebuah alat permainan yang disediakan.

Gempa mengusap-usap wajahnya dan menghela nafas.

"Huuhh... Kenapa aku tiba-tiba boleh teringatkan dia pula..? "

Memikirkan tentang Halilintar tiba-tiba membuatkan kepala Gempa terasa pusing dan badannga terasa panas. Gempa tidak pasti sama ada adakah ia disebabkan oleh suhu hangat yang dipasangkan di dalam pasar raya itu yang membuatkan dirinya panas, atau dia tiba-tiba terkena demam kerana cuaca di luar sangat sejuk?

"Mama! Mama! "

Gempa menundukkan wajahnya untuk melihat Taufan yang kini sedang menarik-narik jaketnya dari bawah. Mata kanak-kanak itu kelihatan begitu bersinar sekali.

"Ya, Taufan? "

"Can we buy this? "

Taufan bertanya seraya mengangkat sebuah alat permainan yang mempunyai 2 set kelengkapan di dalamnya. Nampaknya ia tidak boleh digunakan oleh seorang kanak-kanak.

"Eh..? Tapi mainan ni kan ada 2? Taufan nak main seorang diri ke? "

Taufan menggelengkan kepalanya sambil bermuncung kecil. Dia pun menarik tangan Gempa dan memaksa ibunya untuk duduk berlutut di hadapannya supaya paras kedudukan mereka sama.

"Mama! Down!! "

"K-kenapa ni? "

"Down Mama! I can't tell you the shecret! "

"S-secret? "

Dengan mahu tidak mahu dan susah payahnya Gempa, dia pun akhirnya berjaya duduk berlutut di hadapan Taufan. Tak boleh salahkan dirinya juga kerana lambat sebab segalanya terhalang oleh perutnya yang semakin membesar itu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now