Chap 101

672 63 6
                                    

Warning!
TW - Trigger Warning!
HW - Harsh Words! (Cursed and so on)

A/N: Author akan cuba untuk mendalami scene chapter ni sebab sejujurnya... Selama author menulis cerita author tak pernah pun mendalaminya. (; ̄д ̄)

Sementara itu di tempat lain dan pada masa yang sama, iaitu di rumah MamaZila. Kelihatan Taufan sedang seronok bermain dengan permainannya yang mana turut ditemani oleh Pipi. Sewaktu sedang seronok bermain, Pipi perasan yang Taufan sering menjenguk ataupun mengerling ke arah pintu dan tingkap. Pada awalnya Pipi sangka yang mungkin Taufan tidak suka hujan atau takut akan kilat atau guruh. Tetapi apabila bunyi guruh dan kilat kedengaran, kanak-kanak itu tidak menangis ataupun menjerit. Hanya sesekali terkejut sahaja.

Jadi kerana khuatir akan keadaan kanak-kanak itu, Pipi pun mendekati Taufan dan memeluk kanak-kanak itu.

"Taufan, kenapa ni? Taufan takut hujan ke? "

Taufan yang sedari tadi hanyut dalam lamunannya pun tersedar dan menggelengkan kepalanya.

"Takdelah. Taufan tak takut pun. Cuma... I'm just worried about Mama. "

"Mama? Kenapa dengan Mama? "

"Mama masuk hoshpital... Sebab nak tolong keluarkan adik. Tapi tak tau la kenapa Taufan jadi rindu Mama. Nak tengok Mama... "

Pipi pun terdiam. Dia menatap wajah sedih dan suram Taufan dengan penuh prihatin. Biarpun dia teringin untuk membantu kanak-kanak itu, tetapi dia sedar yang keupayaannya tidak setanding dengan orang dewasa. Tambahan pula MamaZila menyuruhnya untuk menjaga Taufan dan memastikan Taufan tidak sedih kerana merindui ibunya. Jadi, dia kena lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian Taufan.

"Takpe, Taufan! Kak Pipi yakin yang Mama Taufan akan berjaya tolong keluarkan adik Taufan! Ha, apa kata sambil-sambil kita tunggu berita adik Taufan keluar, Kak Pipi tolong Taufan lukiskan keluarga Taufan? Nak tak?

Bila siap nanti Taufan boleh la tunjukkan dekat Mama dan adik Taufan nanti! Ia sebagai Taufan gembira sebab dapat adik! Macam mana? "

Wajah suram Taufan serta-merta berubah ceria. Dengan pantas kanak-kanak 5 tahun itu menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

"Nak! Nak! Jom Kak Pipi! Kita lukish cantik-cantik! "

"Hehehe! Jom! "

•°•°•

Kembali ke hospital, Gempa merasakan seperti dirinya sedang terbakar dengan maraknya di seluruh tubuh badannya. Kakinya terasa sakit. Begitu juga dengan perut dan kepalanya. Semuanya berdenyut dengan perit sekali. Terutama perutnya yang setiap minit terasa seperti ditendang dengan kuat sekali dari kandungannya.

Pada saat itu Gempa baru sedar yang ternyata sudah sampai masanya untuk dia bersalin. Ini kerana biarpun air hujan masih menitik turun dari bajunya, tetapi jumlah limpahannya terasa seperti banyak daripada biasa. Ya, air ketubannya telah pecah.

'No! I have to settle this right here and right now! It's now or never! '

Tetapi bukan Gempa namanya jika dia tidak berkeras dengan niatnya dan perasaannya.

"Jadi ini la yang korang rancang selama ni? Kononnya nak baikkan aku dengan Halilintar semula? Lepas dah berbaik, korang buat aku percaya dia semula dan lepastu hancurkan hati aku sekali lagi?!

Manusia jenis apa korang ni, hah?! Suka sangat mainkan perasaan orang lain?! Memang hidup korang bahagia ke macam ni, hah?! "

Gempa sudah tidak peduli dengan pandangan orang ramai terhadapnya. Pedulikan dia seorang doktor pakar psikologi. Mental dia sudah cukup tertekan dengan kehidupan dia sekarang. Orang waras dan sabar selalu pun akan meledak bila sampai tahapnya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now