Chap 38

845 81 12
                                    

"What the fu-"

"Language, young girl. "

Nut mendapat jelingan daripada Yaya sebaik sahaja lelaki itu menghalang gadis itu daripada ingin mencarut sebentar tadi. Kini, Nut dan Yaya sedang berada di dalam hotel selepas Nut bertemu dengan Halilintar sebentar tadi.

Nut berada di hotel sepanjang hari kerana ingin menguruskan jadual Halilintar sementara pelakon itu sedang cuti rehat hari ini kerana tiada babaknya di dalam lakonan. Sudah tentu Nut tahu tentang Halilintar yang akan bertemu dengan Gempa pada hari ini. Tetapi dia tidak sangka pula bahawa Halilintar akan pulang pada lewat petang dan dalam keadaan yang amat... Kacau? Entah lah. Nut tidak dapat menyatakan keadaan Halilintar selain menceritakan tentang keadaan Halilintar yang tidak ubah seperti seorang gelandangan di luar sana. Nyaris sahaja Nut ingin memanggil pengawal untuk membawa Halilintar keluar jika Halilintar tidak memanggil nama Nut sewaktu mereka bertemu.

Nut, sudah tentu risau bukan kepalang dengan keadaan Halilintar. Mengingat bahawa Kaizo dan isterinya, iaitu ibubapa Halilintar telah berpesan kepada Nut untuk sentiasa melihat-lihat keadaan Halilintar dan menjaganya. Tetapi malangnya, sewaktu Nut bertanya tentang kenapa Halilintar begitu, si empunya nama tidak mahu bercakap apa pun. Melainkan terus masuk ke dalam bilik hotelnya dan mengurung diri di dalam.

Kerana saking resah dan gelisahnya, Nut terus menelefon Yaya untuk menceritakan keadaan sekarang. Yaya, yang kebetulan baru selesai dengan syif kerjanya terus pergi ke hotel. Tempat di mana Halilintar dan Nut serta beberapa kru lain menetap selama 2 bulan lebih ini.

Sebaik sahaja mereka bertemu, Nut terus membawa Yaya ke ruang makan hotel dan menceritakan apa yang dia tahu kepada gadis itu. Kini, di sinilah mereka sekarang.

"Aku yakin Gempa sebab utama suami dia jadi macam tu. "

"Aku juga... Sebab Hali kata yang dia nak keluar hari ni sebab nak jumpa dengan Gempa. Ceritakan tentang perkara sebenar tentang peristiwa malam tu. "

Suasana menjadi hening seketika di antara mereka berdua kerana masing-masing sedang tenggelam dalam spekulasi yang telah berlaku.

"Kau rasa... Gempa marah sebab dia tahu perkara sebenar ke? "

"Mungkin? Maksud aku... Siapa tak marah kalau kena tipu, kan? "

"Tapi... Kenapa aku rasa macam ada benda lain yang berlaku? Maksud aku, Hali sebenarnya tak cerita pun tentang isu malam tu. Tapi benda lain jadi? "

Yaya memandang Nut dengan dahi yang berkerut.

"Macam mana kau begitu yakin? "

"Well... Mungkin sebab aku dah lama kenal Hali? "

Yaya mengangguk faham. Dia tidak akan persoalkan tentang hubungan Nut dan Halilintar yang sudah seperti saudara kandung itu. Yaya juga sebenarnya berpendapat yang sama seperti Nut. Kerana dia juga kenal rapat dengan Gempa seperti saudara kandung. Tetapi Yaya sangat ingin tahu apa sebenarnya punca Gempa menjadi marah besar seperti sekarang.

"Patut ke kita tanya Halilintar saja? "

"Mungkin peluang tu hanya tipis tapi... Mungkin boleh? Entah... Nanti aku cuba pujuk. "

Yaya mengangguk. Membiarkan Nut menguruskan bahagian Halilintar. Kini, di dalam fikirannya dia hanya memikirkan tentang Gempa. Yaya sudah tahu segala kebenaran. Termasuk tentang malam peristiwa itu. Tetapi bukan itu yang merunsingkan Yaya. Ada perkara lain yang membuatkan dirinya ingin segera berjumpa dengan Gempa dan bertanya sesuatu.

•°•°•

Keesokan harinya, Yaya telah mengajak Gempa untuk berjumpa di apartmennya. Gempa, sambil membawa Taufan bersama-sama telah tiba di apartmen Yaya dan Taufan sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan Yaya semula walaupun baru sahaja beberapa hari tidak bertemu dengan gadis itu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now