Chap 93

655 65 3
                                    

WARNING! - MC!

A/N: Have a 'good' morning with a little hot and sweet tea, shall we? (′~'●)

"Good morning, My Heart... "

Gempa tertawa kecil apabila dia mendengar suara serak basah milik Halilintar yang tiba-tiba menyapa di telinganya dan seterusnya kepala si pemilik suara itu diletakkan di atas bahunya sewaktu dia sedang memasak. Api dapur ditutupnya dan Gempa mengambil sudip untuk menggaul sarapan yang sedang dia masak itu.

"Morning, Sleepy Head. Awal bangun? "

"Hmm... Tak nak terlepas peluang bersama-sama dengan Gem... "

Gempa tersenyum. Dia tahu apa maksud suaminya berkata demikian.

"Halilintar, saya hanya tinggal di sana sampai waktu bersalin saja. Dan kalau keadaan saya baik-baik saja selepas bersalin, saya akan balik juga. "

Halilintar menggelengkan kepalanya sedih biarpun ia masih tetap di atas bahu Gempa.
"No. You don't know, Gem. If you go, Taufan and I will feel lonely. Abang nak peluk siapa tiap malam kalau Gem takde? "

Gempa ketawa terbahak-bahak mendengar suara sedih suaminya dan pujukan serta rayuan yang tidak bermodal itu. Sudip di tangan terus diletakkan di dalam kuali dan Gempa pun berpaling ke arah Halilintar untuk menatap wajah sedih suaminya itu.

"Halilintar, listen. Masa akan berlalu dengan pantas. Lepas saja saya bersalin kembar kita ni, saya akan balik. Lagipun Halilintar kan boleh datang melawat? "

"Tapi kenapa abang tak boleh tinggal dengan Gem sekali dalam 1 wad? "

Halilintar mencebik. Dia rasa sangat sedih kerana dia terpaksa berada di rumah daripada harus berada di hospital untuk menjaga isterinya.

"Halilintar kena jaga Taufan. Lagipun Yaya kan ada untuk jaga saya? Jadi Halilintar janganlah risau. "

Halilintar menunduk sedih. Hatinya tertanya-tanya, kenapa dia harus berpisah dengan Gempa di waktu dia sentiasa ingin bersamanya? Selama ini dia bersusah payah untuk memujuk dan mendapatkan hati Gempa semula. Untuk mendapatkan kepercayaan Gempa semula. Tapi kenapa dia kena berpisah semula?

Thuk!

"Aduh! Aahh... Kenapa Gem pukul abang? "

Halilintar memandang isterinya dengan kesal sambil menggosok-gosok kepalanya. Orang tengah sedih boleh pula dia ketuk kepala!

"Halilintar tu! Muncung je memanjang! Kan saya dah cakap yang saya akan balik jugak? Lagipun saya masuk hospital sebab nak keluarkan anak Halilintar jugak, kan? Kenapa nak sedih sangat? "

Halilintar mencebik sekali lagi. Dia pun menarik tubuh isterinya lalu menenggelamkan wajahnya pada ceruk leher Gempa.

"Abang cuma rasa tak sedap hati la... Abang rasa macam Gem tak akan pandang abang dah lepasni. "

Kening Gempa berkerut hairan. Kenapa Halilintar boleh terlintas macam itu sedangkan mereka berdua sedang baik-baik sahaja?

"Mana mungkin macam tu. Kenapa Halilintar fikir macam tu, hm? Kita kan tak gaduh atau apa pun? "

"Entah lah, Gem. Abang cuma terlintas saja. Dan... Abang takut kalau benda tu terjadi. Macam mana kalau Gem tak suka abang dah lepastu? Macam mana... Kalau Gem dah tak nak bersama abang? "

Terdetik rasa kasihan kepada Halilintar di dalam hati Gempa. Pasti Halilintar sangat menyayanginya sehinggakan dia tak sanggup untuk berpisah dengannya dan sampai memikirkan perkara yang bukan-bukan. Sebagai seorang doktor di dalam bidang psikologi, Gempa sudah tentu pernah bertemu dengan pesakitnya yang jenis sebegini. Terlalu menyayangi pasangannya sehingga perasaan takut dan khuatir sentiasa menyapa dirinya setiap kali mereka berjauhan.

Will You? [C]Where stories live. Discover now