Chap 112

489 50 3
                                    

Halilintar membuka perlahan-lahan kelopak matanya apabila kesedaran mula menguasai dirinya daripada tidur yang lena. Dengan menggunakan sisa tenaga yang ada, Halilintar melihat keberadaannya di sekeliling kerana dia dapat merasakan bahawa dia tidak berada di tempat yang familiar daripada biasa.

"Ugh... "

Halilintar sedikit melenguh dan bergerak kecil apabila dia merasakan rasa lenguh dan kebas di bahagian leher dan punggungnya. Manakan tidak? Dia telah tidur selama 1 jam 30 minit di atas kerusi hospital dan dengan suasana suhu yang sejuk telah membuatkan badan Halilintar sedikit tidak selesa.

"Hali? Kau dah bangun? "

Halilintar mendongak ke atas dan melihat Nut sedang memandang ke arahnya di hujung kerusi satu lagi sambil sedang mengunyah roti sandwich.

"Ugh... Nut... A-aku kat mana? "

"Kau tengah ada dekat hospital sekarang. Nah, makan sandwich ni. Sorry, aku tak larat nak angkat kau bawak balik ke rumah. "

"Takpe... "

Halilintar menggeleng kecil sembari membetulkan posisinya di atas kerusi yang sejuk itu. Menerima huluran roti tadi daripada Nut, Halilintar pun mula mengunyah sambil termenung.

"Kau ok? "

Soal Nut dengan nada yang berhati-hati. Jujur cakap yang dia masih takut dengan keadaan Halilintar sekiranya lelaki itu masih belum kebah dari penyakitnya tadi. Namun melihat Halilintar mengangguk kecil sebagai respon, ia sedikit sebanyak melegakan hati Nut yang gusar.

"He's still in there...? "

Nut melihat ke arah pintu dewan bersalin yang kini sedang ditenung oleh Halilintar. Nut tahu apa maksud Halilintar dan dia tidak berniat untuk mengalihkan topik.

"Hm, ya. Rasanya inilah apa yang perlu kita lalui. Ia bukan sementara. "

Halilintar mengangguk kecil sebagai tanda setuju. Separuh daripada roti sandwich tadi sudah ditelannya namun selebihnya dia sudah tiada selera lagi untuk makan. Jadi dia membungkuskan plastik tadi untuk menutup sandwich lalu memberikannya kepada Nut.

"Kau tak nak habiskan? "

"...aku takde selera. "

"..."

Nut mendengus kecil. Dia pun mengambil sandwich tadi tanpa banyak protes dan seterusnya menghulurkan air kotak berperisa oren kepada Halilintar yang mana nasib baik ia diterima oleh Halilintar.

"Hali, cuba kau terangkan dekat aku. Kenapa kau buat semua tu hari ni? "

Nut bertanya sambil matanya tidak lari daripada merenung lantai hospital yang berwarna putih dan sejuk itu. Dia tidak sedar yang sudah lebih 1 jam dia berada di situ. Dan biarpun cuaca di luar masih hujan dan berada di kawasan yang suhu rendah, tubuhnya masih terasa hangat.

Halilintar menyedut air jus berperisa oren tadi sambil berdiam diri. Setelah beberapa teguk, dia pun menurunkan posisi air kotak tadi dan termenung ke arah jenama yang tertulis pada air kotak tersebut.

"To make him happy, Nut. "

Nut menoleh ke arah Halilintar dengan kening yang berkerut.

"... What? "

"I wanna make him happy. Cuz I've been nothing but trouble and nightmare to him all this time. "

Nut memandang ke arah Halilintar dengan penuh tanda tanya di dalam kepalanya.

"W-what? Aku tak faham. Cuba kau cerita dekat aku baik-baik."

Halilintar menghela nafas pasrah. Dia pun menyeluk saku seluarnya dari belakang dan mengeluarkan sepucuk surat yang berukuran panjang sedikit lalu menghulurkannya kepada Nut.

Will You? [C]Where stories live. Discover now