Chap 127

658 55 9
                                    

"Mama! I'm done! "

Taufan menyapa Gempa di sebalik muka pintunya untuk menunjukkan kepada ibunya bahawa dia sudah lengkap berpakaian kemas dan bersedia untuk keluar bersama-sama ibubapanya. Gempa yang masih sedang bersiap-siap di hadapan cermin menoleh ke arah anaknya lalu tersenyum.

"Look at you! "

Gempa menghampiri Taufan dan membetulkan sedikit kolar baju Taufan yang agak senget.

"Anak Mama hensem betul! Pandai dah kamu pakai segak-segak, ya? "

"Hehe! Sebab selama ni Mama selalu ajar Taufan pakai baju jadi sekarang Taufan dah boleh pakai dengan sendiri! "

Gempa memandang bangga ke arah Taufan sambil tidak berhenti daripada terus mengusap rambut anaknya. Sebagai ibu kepada Taufan yang selama ini sendirian menjaga dan mengurus anak sulungnya itu, dia rasa seperti cepat sekali masa berlalu untuk anaknya membesar. Terasa seperti baru sahaja kelmarin dia menyambut Taufan yang sedang menangis selepas lahir di dunia. Sekarang lihatlah, anaknya sudah boleh berjalan dengan diri sendiri dan mengurus pakaiannya tanpa memerlukan bantuannya.

"You make me proud, son. Sekarang boleh Mama minta tolong kamu untuk turun dan tengokkan adik? Mama akan turun kejap lagi, ya? "

"Okay! Eh, tapi kalau adik nangis macam mana, Mama? "

"Panggil saja Mama, ya? Ha, turun cepat. Nanti adik sunyi pula takde siapa teman. "

"Roger! "

Dengan menggunakan kaki kecilnya, Taufan berlari turun dari tangga untuk menuju ke ruang tamu. Gempa melihat pemergian anaknya dengan senyuman sebelum dia berdiri semula untuk sambung bersiap-siap.

•°•°•

Halilintar menutup pintu biliknya dengan rapat setelah selesai bersiap. Sewaktu dia hendak turun dari tangga, dia ternampak isterinya yang masih sedang bersiap-siap di hadapan cerminnya. Fikiran Halilintar mula menjadi nakal apabila dia menyedari bahawa sekarang anak-anak mereka berada jauh dari kawasan mereka. Lalu dengan langkah yang perlahan-lahan Halilintar berjalan masuk ke dalam bilik Gempa.

Pada waktu itu, Gempa sedang sibuk memasang butang bajunya. Kerana saking khusyuknya dia sehingga tidak sedar bahawa suaminya sedang berdiri di belakangnya sehinggalah kedua belah tangan besar itu memeluk pinggangnya.

"Hey, Gem. "

Halilintar membisik nakal di telinga Gempa. Membuatkan dirinya terkejut.

"Abang?! T-terkejut saya... Kenapa tak turun dan temankan anak-anak? "

"Hm... Malas. Teman isteri lagi baik, kan? "

Gempa seolah-olah tahu apa yang sedang berada di dalam fikiran suaminya. Jadi tanpa membuang masa dia pun mencubit tangan suaminya sehingga membuatkan Halilintar mengaduh sakit.

"Aduh! "

"Ha, tu makan dia! Gatal, ya? "

"Lhaa... Abang nak mesra-mesra dengan isteri sendiri tak boleh ke? "

Halilintar memeluk Gempa semula dan memasang wajah merajuknya. Kini mata suami isteri itu sedang menghadap ke arah pantulan mereka pada cermin di hadapan. Mereka melihat diri masing-masing yang kelihatan begitu sepadan sekali di dalam cermin yang sama.

"We look so good there. "

"We are here. "

"I know... Cuma bila tengok sendiri pantulan tu rasa macam tak percaya pula kita sekarang saling memiliki, ya?"

Will You? [C]Where stories live. Discover now