Chap 62

757 62 14
                                    

"Halilintar...? "

Terkedu Gempa apabila dia melihat wajah orang yang selama ini tidak disangka-sangka oleh dirinya sendiri kini sedang berdiri di hadapannya. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulut Gempa melainkan di dalam fikirannya sibuk mengeluarkan banyak persoalan.

'Tunggu! M-macam mana dia boleh ada dekat sini?! Apa dia buat dekat sini?! Dan... Apa yang dia buat dekat dalam rumah aku? Macam mana dia masuk?! '

"Yaya, kenapa dengan Gempa? "

"Aku rasa dia demam. Mungkin sebab cuaca sejuk sangat hari ni. Kau tolong bawa dia masuk cepat! "

Halilintar mengangguk dan hendak mendekati Gempa tetapi tiba-tiba sahaja Gempa menjerit dan menjauhkan dirinya daripada Halilintar.

"Tidak! "

Yaya dan Halilintar melihat Gempa dengan penuh kehairanan dan cemas. Mereka hairan kenapa Gempa tiba-tiba boleh menjerit tetapi pada masa yang sama turut cemas kerana deruan nafas Gempa kelihatan semakin tidak teratur dan wajah Gempa kelihatan begitu kemerahan sekali.

"A-apa yang sedang berlaku?! Kenapa... Kenapa dia boleh ada dekat sini?! "

Gempa memandang ke arah Yaya yang nampaknya langsung tidak terkejut dengan keadaan sekarang. Ah, sekarang baru Gempa faham. Jadi dengan tangan yang terketar-ketar Gempa menunjukkan jari telunjuknya ke arah Yaya.

"K-kau... Kau berpakat dengan dia ke, Yaya?! "

"A-aku...! "

"Tergamak kau buat aku macam ni, Yaya?! Apa masalah kau?! Kau tak cukup puas lagi ke nak tengok aku menderita sebab dia?! "

"Gempa, apa yang kau mengarut ni?! Penderitaan apa yang kau maksudkan?! "

"Kau dah lupa ke?! "

Mendengar jeritan Gempa, barulah ia membuatkan Yaya sedar akan apa yang dimaksudkan oleh sepupunya itu. Yaya menghela nafas dan menggeleng kecil.

"Gempa... Itu mungkin hanya berita palsu! Kau kena tanya suami kau sendiri untuk memastikannya! "

"Aku takkan buat macam tu! "

Langkah kaki Gempa semakin ke belakang dan pemandangannya kian menjadi kabur. Namun ia sama sekali tidak menghentikan Gempa daripada memandang benci kepada Yaya dan Halilintar. Terasa seperti telah dikhianati oleh orang yang dipercayai selama ini, hati Gempa sakit kerana harus menerima kenyataan sebegitu pahit seperti sekarang.

"Gempa, kau dah melampau! Kenapa dengan kau?! Dosa apa suami kau ni dekat kau sampai kau begitu benci dekat dia macam ni?! Kau dah melampau lah Gempa! Aku tak faham dengan kau! "

Yaya menjerit sambil memarahi Gempa. Dia sudah naik hilang sabar dengan sifat kurang matang Gempa yang sentiasa menguji kesabarannya saban hari. Baginya alasan Gempa untuk membenci Halilintar sangatlah tidak munasabah. Itu belum dikira layanan Gempa terhadap suaminya sendiri, banyak yang telah Yaya dengar dari Nut tentang apa yang Gempa dah lakukan terhadap Halilintar. Sekarang, makin banyak pula rasa kasihan Yaya kepada Halilintar yang sentiasa sabar dengan apa yang Gempa dah lakukan.

Tetapi bukan Gempa jika dia tidak berada di tempatnya. Gempa berpendirian tetap. Dia masih menganggap Halilintar adalah orang yang sama sewaktu pertama kali dia mengenalinya. Segala bukti sudah terserlah di dalam setiap gambar yang dia dapat dari nombor misteri itu.

"Yaya... Hentikan. Jangan terukkan lagi keadaan. Gempa tengah demam sekarang."

Yaya menoleh ke arah Halilintar dan melihat wajah serius dari lelaki itu. Yaya tahu Halilintar pastinya amat merisaukan Gempa sehingga dia tidak mahu memanjangkan lagi keadaan.

Will You? [C]Where stories live. Discover now