Nut segera bangun dan menghampiri Halilintar. Dia menepuk bahu Halilintar dengan lembut dan cuba menenangkan Halilintar daripada panik.
"Hali. Hey, relaks. Kenapa kau tiba-tiba jadi macam ni? "
Sudah tentu Nut tidak faham apa yang sedang dialami oleh Halilintar sekarang. Nut tidak ada di waktu Halilintar dengan kejamnya melakukan perkara 'itu' pada Gempa. Jadi Nut tidak faham, punca kenapa Halilintar menjadi macam ni.
'Jadi dia bencikan aku sebab aku dah rogol dia? Sebab... Sebab aku rogol dia. Aku rogol Gempa! '
"Aku rogol dia... Aku rogol dia..! Aku rogol Gempa, Nut!"
Sekarang baru Nut faham sebab kenapa Halilintar jadi macam ni. Dan dia baru teringat, selama 4 tahun ini, sebab kenapa Halilintar tidak tahu bagaimana Gempa boleh mengandung dan macam mana dia boleh mempunyai Taufan adalah kerana Halilintar langsung tidak ingat tentang peristiwa malam itu. Malam yang keesokannya Nut datang ke rumah mereka dan melihat pemandangan yang amat mengejutkan.
"Hali... B-bukan salah kau. Kau kan tengah mabuk waktu tu? Jadi kau-"
"Bukan salah aku?! Habis kenapa Gempa bencikan aku?! Kenapa Gempa pergi tinggalkan aku?! Memang patut dia tinggalkan aku... Aku ni... Pembawa masalah pada dia. Dia terpaksa mengandungkan anak dari benih manusia macam aku... "
Memikirkan tentang betapa teruknya Halilintar ke atas isterinya selama ini membuatkan lelaki itu semakin kuat menangis dan menyalahkan dirinya.
"Patutlah dia tak nak bersama aku... Isk.. Dia memang patut bencikan aku dan t-tinggalkan aku. Isk... Aku tak layak. Aku tak layak untuk menjadi suami yang baik untuk dia. Aku dah hancurkan segalanya..! "
Nut menggeleng untuk menidakkan segala kata-kata Halilintar. Walaupun hampir semua yang dikatakan oleh Halilintar itu benar tetapi dia kena ingat. Hanya hampir semua. Bukan kesemuanya.
Nut mengangkat wajah Halilintar dan memegang bahu lelaki itu dengan kuat. Sesekali dia menggoncang bahu Halilintar untuk membuatkan lelaki itu sedar.
"Hali! Kau dengar sini! Semuanya bukan salah kau! Memang betul kau yang rogol dan sakiti Gempa sebelum ni tapi ia bukan salah kau sepenuhnya!
Kau lakukan semua tu sebelum ni sebab kau tak kenal lagi apa itu kasih sayang dan cinta yang sebenar! Kau kena ingat yang kau pun dibesarkan tanpa kasih sayang yang betul-betul, Hali! Jadi kau tak boleh nak salahkan diri kau sekarang!
Kau yang dulu dan sekarang jauh berbeza, Hali! Kau yang dulu langsung takde perasaan suka atau cinta pada Gempa! Kau tak peduli langsung pun pasal dia! Tapi sekarang? Kau dah kenal semua erti perasaan yang sebenarnya dan kau dah mula berubah, Hali. Jadi kau tak boleh salahkan diri kau! "
Halilintar menggeleng.
"Gempa tetap bencikan aku walaupun aku dah berubah... "
"Kau hanya terlambat sedikit sahaja untuk sedar semua tu, Hali! Dan kau masih diberikan peluang untuk menebus segalanya jadi jangan menyerah! Aku yakin Gempa masih ingin bersama kau! "
Halilintar menundukkan kepalanya. Sesekali dia menggeleng apabila ingatannya mula mengingat kembali tentang pertemuan antara Halilintar dan Gempa tadi.
"Dia sendiri cakapkan dekat aku, Nut. Dia dah bencikan aku. Dia tak nak bersama aku... Biarpun aku dah cakap yang aku dan dia masih sah sebagai suami isteri. Dia masih tak nak kembali pada aku... "
Nut menggelengkan kepalanya. Kini, Nut membetulkan posisinya untuk duduk selari dengan Halilintar. Kedua belah bahu lelaki itu masih Nut pegang dengan kemas.
"Hali, kau dengar sini. Gempa cakap semua tu, sebab dia masih dihantui dengan sifat kau yang dulu. Dia masih percaya yang kau masih sama dengan diri kau yang dulu. Kau dah cakap yang kau dah berubah, kan? Jadi kau buktikan dekat dia, Hali. Buktikan dekat Gempa yang kau bukan Halilintar yang dulu. Bukan Halilintar yang kejam yang sentiasa memukul Gempa. Bukan! Kau tunjukkan kepada dia yang kau adalah Halilintar yang jauh lebih baik dari yang dulu! "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...