Chap 98

492 57 8
                                    

Suasana cuaca hari ini agak aneh. Biarpun matahari tegak berdiri di langit dan sedikit memberikan bahang panas, tetapi setiap minit berlalu Yaya dapat melihat yang sedikit demi sedikit awan mulai mendung. Ia seolah-olah ingin menunjukkan bahawa tidak lama lagi air hujan akan menitis turun ke bumi biarpun terdapat matahari yang masih cerah menyala.

"Hali, aku rasa macam dah nak hujan ah. "

"Hm? Jadi? "

Yaya memandang lelaki itu dengan mata yang menyampah.

"Tanya pulak? Jom lah balik. Lagipun dah berapa lama kita keluar ni? Sampai telefon aku pun dah habis bateri ni hah! "

Halilintar berdecih kesal. Dia baru sahaja hendak seronok menikmati ais blend coklatnya setelah penat berjalan seharian di dalam pusat beli-belah. Tetapi sekarang semua rasa nikmatnya hilang hanya semata-mata gadis di hadapannya ini sudah ingin pulang.

"Alah, telefon aku pun habis bateri jugak apa? Lagipun kau tengok lah cuaca kat kuar tu. Dah nak hujan kot? Tunggu jelah Nut datang ambil kita. "

"Aik? Nut tahu ke kita ada dekat mana? "

Halilintar mengangguk sambil meneguk minuman sejuknya.

"Aku sempat hantar mesej lokasi aku dekat Nut tadi sebelum fon aku habis bateri. Sekarang kita tunggu jela. "

"Okay... Wait, hold on. Nut tahu tak yang kita keluar berdua ni? "

Halilintar menyedut ais coklatnya sambil menggeleng kecil. Walaupun dia sedang mengenakan cermin mata hitam untuk menyembunyikan identitinya, tetapi Yaya tahu yang lelaki itu sekarang berada berada dalam keadaan senang lenang sekali. Jadi nak tak nak Yaya terpaksa akur. Salah dia juga kerana tidak membawa keretanya untuk datang ke sini. Kononnya ingin mengurangkan pelepasan karbon monoksida di udara.

"Haih... Yelah... "

Suasana di antara mereka berdua senyap seketika. Masing-masing seolah-olah sedang tenggelam dalam fikiran sendiri sebelum akhirnya Yaya mula membuka suara semula.

"Kau tahu tak? Aku sebenarnya rasa serba salah la dekat Gempa... "

"Hm? Apa maksud kau? "

Halilintar memandang gadis itu dengan kening yang berkerut.

"Takde lah... Selama ni Gempa percayakan aku tahu tak? Tapi kalau dia tiba-tiba nampak kita keluar berdua macam ni, kau rasa apa dia akan fikir? "

Halilintar mengangkat bahunya dan memasang wajah biasa.

"Takde fikir apa? Alah, kau nak risau apa? Gempa kan mudah je lembut hati dia. Kalau kita cakap elok-elok mesti dia faham dan lepaskan kita punya. "

Yaya menjeling Halilintar mendengus. Jelas sekali dia tidak suka akan apa yang lelaki itu barusan katakan kepadanya tentang sepupunya itu.

"Hey, cara kau cakap ni macam kau ingat Gempa betul-betul terima kau pula. Kau ni tak serik ke dengan apa yang Gempa buat dekat kau sebelum ni? "

Halilintar bersandar pada kerusinya dan memandang ke arah Yaya dengan hairan.

"Maksud kau? "

"Kau dah lupa macam mana betapa bencinya Gempa dekat kau lepas jumpa kau balik. Kau nak benda macam tu jadi balik ke? "

Halilintar terdiam tanpa kata untuk seketika. Merenung dan mengimbau kembali akan memori-memori di mana hubungan dia dan isterinya yang amat teruk dahulu. Dia nyaris-nyaris sahaja kehilangan nyawanya kerana dia berada di cuaca yang sejuk yang terlampau lama. Jujur sahaja Halilintar rasa dia tidak sanggup untuk melakukan perkara seperti itu lagi sekali kerana suhu pada waktu itu amatlah sejuk sehingga dia tidak dapat bergerak dan nafasnya tersekat-sekat.

Will You? [C]Where stories live. Discover now