Chap 124

693 63 3
                                    

Chirp! Chiirpp!

Halilintar mengerutkan keningnya apabila dia terdengar bunyi kicauan burung dari luar tingkap. Cahaya suria yang samar-samar masuk di sebalik tirai langsir yang mengena pada matanya yang sedang tertutup sedikit sebanyak mula mengganggu tidur lenanya. Oleh kerana masih tidak mahu bangun, Halilintar berniat untuk mengubah posisi tidurnya kerana dia masih sayang akan mimpi indahnya yang terasa seperti benar. Namun, segalanya terhenti apabila dia merasakan bahawa tempat dia sedang tidur sekarang sedikit berbeza dengan tempat dia biasa tidur.

Seingat Halilintar, biliknya mempunyai posisi katil yang berbeza di mana setiap kali dia tidur dia tidak akan terganggu dengan mana-mana cahaya matahari. Terutama sekali pada waktu pagi. Dan satu hal lagi, dia yakin yang biliknya tidak berada dalam kawasan yang sesuai untuk burung-burung lalu. Tidak ketinggalan juga, kenapa biliknya lebih sejuk dan selesa daripada biasa?

Halilintar membukakan kelopak matanya dengan perlahan-lahan. Walaupun masih mengantuk namun perasaan ingin tahunya lebih menguasai dirinya. Dan daripada pandangan yang kabur, mata Halilintar semakin lama semakin mula menyesuaikan keadaan sekelilingnya dan memberikannya penglihatan yang semakin jelas.

Dia berkelip seketika sebelum akhirnya dia menangkap wajah seseorang yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"..."

Wajah Halilintar yang awalnya berkerut mula berubah kepada terkejut. Serta-merta rasa mengantuk hilang dari dirinya.

"Good morning, Halilintar. "

"..."

Halilintar tidak menjawab. Sebaliknya dia tiba-tiba mencubit pipinya dengan kuat dan diri sendiri mengaduh sakit.

"Augh! "

Terkejut Gempa jadinya apabila melihat suaminya yang baru sahaja bangun tidur itu tiba-tiba pergi cubit dirinya sendiri selepas melihatnya? Kenapa? Muka dia ada air liur basi ke?

"Halilintar? Awak ok tak ni? K-kenapa tiba-tiba cubit pipi? "

Halilintar tertawa miris dan menggosok pipinya yang sedang berdenyut sakit. Dia pun melihat ke arah Gempa semula dan menyentuh wajah isterinya dengan lembut.

"Sorry... Abang ingat abang jumpa malaikat tadi. Atau mungkin masih tengah bermimpi sebab ia terlalu indah untuk menjadi nyata."

Kata-kata Halilintar tadi mendapat kekekan tawa daripada Gempa. Gempa kemudiannya membawa tangannya menyentuh wajah Halilintar dan mengusap lembut di tempat suaminya mencubit dirinya sendiri tadi.

"Kalau Halilintar mimpi jumpa malaikat bukan ke tu bermaksud Halilintar dah mati? Sorry to say but... This is not a dream, dear. Ini realiti dan Halilintar sedang melihat saya sekarang. "

"I see. I guess it's a lucky morning then. "

Gempa tersenyum dan mula mendekatkan dirinya kepada Halilintar. Tangannya yang putih, lembut dan kecil itu memeluk tubuh Halilintar yang lebih besar darinya dengan erat. Menenggelamkan wajahnya pada dada bidang Halilintar dan menghirup aroma tubuh Halilintar yang tidak pernah sekalipun Gempa bosan akannya.

"Mimpi indah semalam? "

Gempa bertanya tanpa mendongak memandang Halilintar. Dan sebagai balasan, Halilintar turut membalas pelukan Gempa dan mencium dahi isterinya dengan lembut.

"Yes. Tapi bila bangun dalam keadaan macam ni rasanya ia lebih indah dari mimpi tu. "

"Silly... "

"Gempa dah lama bangun, ya? "

"Not really. Lebih kurang 10 minit sebelum Halilintar bangun. Saya tak bergerak ke mana-mana sebab tak nak kejutkan Halilintar dari tidur. "

"Jadi selama 10 minit tu Gem pandang abang, ya? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now