Chap 66

726 68 18
                                    

"Mama! Papa! Look! "

Taufan menunjukkan jari telunjuk comelnya ke arah sebuah anak patung ikan paus dan ayam yang terdapat di dalam sebuah kedai patung. Gempa dan Halilintar yang berjalan bersebelahan antara satu sama lain terus menoleh ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Taufan.

"Can we buy them? Pweeaaseee?? "

"Eehh... Kamu nak beli buat apa? Kan kamu dah ada banyak? "

Gempa bertanya. Dia agak kurang senang apabila terlalu banyak menghabiskan duit untuk membeli mainan semata-mata kepada Taufan. Biarpun dia tahu dia sering memanjakan Taufan, tetapi dia juga tahu had untuk sentiasa mengikuti keinginan anaknya. Jadi dia tak nak Taufan terlalu meminta-minta.

"No! No! Ini bukan untuk Taufan! Ini untuk adik! Taufan nak belikan anak patung tu pada adik! "

Terkedu Gempa bersama Halilintar apabila mendengar jawapan daripada Taufan. Mereka sangkakan bahawa kanak-kanak sebesar Taufan hanya lebih mementingkan keinginannya sendiri berbanding orang lain. Ada yang sehingga terbaring di atas lantai dan melepaskan tangisannya sehingga ia membawa malu kepada ibubapanya di khalayak ramai. Namun siapa sangka? Taufan betul-betul menunjukkan bahawa masih ada kanak-kanak yang tidak seperti itu.

"Come Mama! Come Papa! I want to buy that for my little brother! "

"Little.. Brother? "

Halilintar memandang pelik ke arah Gempa. Seolah-olah ingin meminta kepastian tentang sesuatu yang terlintas langsung di dalam kepalanya.

Namun belum sempat Gempa memahami maksud dari pandangan Halilintar, tangannya sudah ditarik oleh Taufan untuk mereka masuk ke dalam kedai tadi. Halilintar pula, terpaksa memendam terlebih dahulu persoalan-persoalan di dalam kepalanya dan ikut sahaja isteri dan anaknya dari belakang.

•°•°•

"Woaaaahh!! Mama look! "

Taufan kelihatan begitu teruja sekali melihat patung-patung yang beraneka bentuk dan berwarna-warni di sekelilingnya. Gempa yang mengikutinya dari belakang pula hanya mampu tertawa sambil melihat keterujaan Taufan di hadapannya.

"Kamu sudah ada yang nak dibeli, hm? "

"Uuhh... Wait! Taufan nak tengok betul-betul dulu! Bila dah jumpa baru Taufan cakap dekat Mama, ya? Pwease? "

Halilintar muncul dari belakang Gempa sambil tertawa dan mendekati anaknya. Dengan senyuman, Halilintar membuka cermin mata hitamnya dan mengusap kepala Taufan.

"Alright, Big Boy. Just go and take whatever you want. Papa bayar semua. "

Gempa dan Taufan memandang ke arah Halilintar dengan masing-masing menunjukkan wajah yang terkejut.

"Huh? Really??! "

"Yep! "

"Yaaayy!! Thank you, Papa!! I will go now! "

Dengan penuh gembira Taufan melompat-lompat ke hadapan untuk mula mencari patung yang sesuai dihadiahkan untuk adiknya. Meninggalkan Gempa bersama-sama Halilintar berduaan.

"So... I don't know about this new? "

Halilintar mula mengangkat bicara sambil melirik ke arah Gempa. Dia tahu semenjak semalam keadaan dia dan Gempa akan menjadi sedikit canggung. Tambahan pula dia pasti Gempa tentunya ingat akan 'perbuatan' mereka malam tadi.

Will You? [C]Where stories live. Discover now