Chap 16

824 85 27
                                    

TW - Trigger Warning!

•°•°•

Halilintar mendengus kesal. Dia kini sudah tiba di sebuah cabang yang sunyi dan tidak banyak orang lalu-lalang melepasinya.

"Aku rasa dia lalu dekat sini... Takkan dah hilang? "

Halilintar menunduk pasrah. Dia sangat ingin menemui Gempa dan memujuknya semula. Cuba pelbagai cara untuk menarik Gempa kembali kepadanya.

Tetapi Halilintar perasan satu benda pelik. Jika diingat balik sewaktu dia bertemu dengan Gempa tadi lelaki itu sedang memegang tangan seorang kanak-kanak. Mungkin dalam lingkungan 3-4 tahun? Dan biarpun dari belakang Halilintar seperti dapat melihat perasaan kasih sayang antara mereka berdua.

Apa yang lebih membuatkan Halilintar bertambah hairan, sewaktu kanak-kanak itu memandang ke arahnya dan menoleh ke arah Gempa kembali, kanak-kanak itu memanggil Gempa-

"MAMA!! MAMAAA!! "

"Huh? "

"Taufan! "

Halilintar terkedu. Dia seolah-olah dapat mendengar suara Gempa di sebalik lorong yang gelap tadi. Perasaan ingin tahu mula menguasai dirinya kerana hairan kenapa Gempa boleh berada di situ. Jadi tanpa membuang masa lagi Halilintar pun terus berjalan masuk ke dalam kawasan tersebut untuk melihat apa yang terjadi.

•°•°•

Halilintar berdiri di sebalik tembok yang tinggi apabila dia ternampak 2 orang lelaki kini sedang berdiri di hadapan Gempa sambil salah seorang daripada lelaki tadi sedang memegang kepala seorang kanak-kanak yang Halilintar yakin adalah kanak-kanak yang bersama-sama dengan Gempa tadi.

"S-stop... Please... "

Halilintar dapat melihat dengan jelas wajah cedera Gempa dan tangisan yang keluar dari matanya. Melihat keadaan insan yang dia cintai kini dalam keadaan lemah dan tidak bermaya membuatkan Halilintar terasa panas di dalam hatinya.

"You want him? "

Lelaki yang memegang kanak-kanak tadi menghalakannya ke arah Gempa. Seolah-olah bersedia untuk melemparnya.

"No-"

"Now catch him! "

"TAUFAN!! "

Mata Halilintar terbeliak. Melihat badan kecil kanak-kanak tadi dengan mudah dan kejamnya dilemparkan ke arah Gempa dan Gempa terpaksa menyambutnya dengan keadaan kesakitan.

Halilintar memandang tajam ke arah 2 lelaki tadi yang kini sedang mentertawakan Gempa dan kanak-kanak tadi. Kedua belah tangannya dikepal erat sebelum segalanya menjadi merah.

Halilintar berjalan dengan kadar kelajuan yang laju dan menepuk bahu lelaki yang telah melempar kanak-kanak tadi. Sebaik sahaja lelaki itu berpaling, secara automatik tangan Halilintar melayang ke wajahnya dengan keras.

Lelaki tadi mengerang kesakitan selepas menerima pukulan kuat Halilintar tetapi ia sama sekali tidak melegakan Halilintar. Melihat keadaan Gempa yang kini begitu lemah dan cedera membuatkan Halilintar semakin marah. Halilintar dapat teka apa kejadian yang telah berlaku sebelum dia tiba ke sini.

Will You? [C]Where stories live. Discover now