Chap 103

608 61 6
                                    

A/N: Poor Hali...(πーπ)


"J-jadi... Aku tinggalkan korang berdua, ya? "

"..."

Nut memandang risau ke arah pasangan di hadapannya. Sudah 3 hari Nut perhatikan mereka berdua tetapi masing-masing tidak bercakap biarpun sepatah antara satu sama lain. Dan apa yang paling merunsingkan Nut adalah dari segi reaksi mereka berdua. Seorang itu sedang memasang reaksi takut dan gelisah manakala seorang lagi pula tidak dapat ditafsirkan kerana wajahnya kosong sahaja.

Di tangan Halilintar, terdapat sebuah troli yang dapat memuatkan bayi kembar lelakinya bersama. Kedua-duanya sedang tidur lena di dalam troli tersebut kerana ia nyaman dan selesa.

Tap tap tap...
Klink... Bam.

Bunyi derapan kaki dan pintu terbuka dan tertutup sahaja menghiasa suasana mereka. Dan si pelakunya adalah Gempa. Lelaki carrier itu sama sekali tidak mengucapkan terima kasih atau sepatah ayat pun. Dia hanya masuk ke dalam rumahnya dan menutup pintu begitu sahaja.

Halilintar memandang pintu rumah yang tertutup itu dengan pandangan yang hampa dan kecewa. Matanya bengkak dan sembab kerana menangis terlalu lama dan banyak kali. Sehingga dia ingin berkelip pun terasa perit. Tetapi ia tidak seperit hatinya sekarang. Hatinya sedang luka dan berdarah dengan banyak sekali.

"Hali... Aku minta maaf atas apa yang dah terjadi. Aku sepatutnya bersama-sama dengan korang waktu tu... Barulah Gempa tak salah faham sekarang. "

Halilintar menggelengkan kepalanya lalu menundukkan pandangan ke tanah.

"Bukan, Nut. Ni bukan salah sesiapa. Termasuk kau. Ni semua salah aku. Dari awal sampai akhir, semuanya salah aku... "

Halilintar melirik ke arah bayi kembarnya yang sedang tidur lena di dalam troli mereka. Timbul perasaan hiba di dalam hatinya melihat wajah merah dan comel anak kembarnya itu sedang tidur dan tidak tahu langsung akan keadaan ibubapa mereka sekarang. Sedangkan ke atas bayi kembarnya dia sudah rasa serba salah, inikan pula jika Taufan dapat tahu yang ibubapanya sedang bergaduh besar sekarang.

"Aku harap kau tabah dengan semua ni. Dan aku jugak harap yang lepasni kau belajar dengan semua silap kau, Hali. Haih... Tentang isu di media sosial atau ayah kau tu kau tak payah fikir langsung. Biar aku uruskan semua tu.

Apa yang aku nak kau buat sekarang adalah pujuk isteri kau balik dan jaga anak-anak kau dengan baik. "

Halilintar terdiam. Secara tidak sedar air matanya mula bertakung semula apabila dia mula memikirkan tentang bagaimana untuk dia raih kepercayaan isterinya semula. Dia sudah hancurkan hati Gempa entah ke berapa kali. Kepercayaan isterinya terhadapnya juga sudah tentu turut hancur sekali. Perasaan Gempa terhadap Halilintar? Sejujurnya Halilintar amat takut untuk memikirkannya.

"Macam mana aku nak pujuk dia, Nut? Aku... Tsk! Aku ni teruk gila! Aku dah sia-sia kan semuanya! Semua cerita dan alasan yang aku cuba untuk cerita dekat dia, dia langsung tak nak dengar.

Bukan tu je, sepanjang dia ada dekat wad aku dah banyak kali cuba untuk jenguk dan cari peluang. Tapi tak berjaya! Dia halau aku dan ugut untuk menjerit kalau aku tak pergi dengan segera dari pandangan dia.

Aku sedih Nut... Aku sedih sangat! Aku rasa aku dah kalah teruk walaupun aku belum cuba untuk berkomunikasi dengan dia. "

Halilintar duduk mencangkung di atas tanah sambil membenamkan wajahnya pada lengannya. Nut memandang sahaja Halilintar dengan perasaan hampa. Sejujurnya dia sangat ingin membiarkan Halilintar dalam keadaan begini dalam jangka waktu yang lama kerana dia ingin Halilintar akan betul-betul ingat dan belajar dari kesilapannya. Tapi mengingat kembali yang dia ditugaskan oleh ayahnya Halilintar, Nut tiada pilihan. Tambahan pula Nut sudah menganggap Halilintar sebagai adiknya sendiri. Jadi biarpun dia kecewa banyak kali dengan Halilintar, hati dan perasaannya tak pernah lelah daripada berhenti membantu Halilintar setiap masa.

"Hali... "

Nut turut duduk mencangkung di sebelah Halilintar dan menepuk bahu lelaki itu dengan lembut.

"Aku tahu kau sedih dan kecewa sekarang. Dan aku tahu, aku pun tak boleh nak tolong banyak sebab ni adalah isu antara engkau dan Gempa. Tapi satu hal je yang aku nak kau tahu dan faham, Hali..."

Nut memegang erat bahu Halilintar dan memandang sepasang iris merah ruby itu dengan dalam.

"You are strong, Hali. The most strong heart and people that I ever met. You take everything that had happened in your life and keep moving forward.

Ingat lagi masa silam 4 tahun lalu? Instead of let Gempa go, you keep searching for him through all over the places that you thought he could possibly be. Although it took you long enough to find him, but at the end look at where you are now? Finally you found the one and only one who own your heart. You found him again!

Bukan tu saja. Kau pun dah banyak kali ditolak dan dibenci Gempa, tapi apa yang jadi pada akhirnya? Dia berlembut dengan kau jugak, kan? Kau dah berdepan dengan yang lebih teruk, Hali. Dan aku harap kali ni kau dapat berdepan dengannya.

Dan sekiranya kau rasa kau nak putus asa atau mengalah, kau kena ingat jugak... "

Mata Nut beralih ke arah satu tempat. Merenung ke arahnya dan memberikan satu tanda kepada Halilintar untuk melakukan hal yang sama. Mengikut ke arah mana Nut melihat, mata Halilintar pun menangkap 2 orang bayi lelaki kembar yang masih sedang tidur lena di dalam troli mereka. Dan entah kenapa, wajah yang tenang dan nyaman itu seolah-olah memberikan satu perasaan baharu kepada Halilintar.

"...you have them behind your back. And everyone else too including me. Kau nak ke kehidupan anak-anak kau sama macam kau dulu? Atau lebih teruk, membesar tanpa kasih sayang ibubapa mereka yang selengkapnya?"

Halilintar menoleh ke arah Nut semula lalu menggeleng cepat.

"Jadi? Apa kau tunggu lagi? Bangkit dan berusaha untuk pertahankan rumahtangga kau semula! Jangan putus asa, Hali. Aku tahu kau boleh! "

Nut melontarkan senyuman hangatnya kepada Halilintar. Seolah-olah memberikan aura positif yang dapat membuatkan Halilintar sekurang-kurangnya mempunyai semangat semula biarpun sedikit.

"Thanks, Nut... "

Halilintar tersenyum lalu mengelap air matanya.

"Aku akan cuba sebaik yang mungkin untuk perbetulkan keadaan ni. Dan lepasni, aku berjanji- tak... Aku bersumpah atas nama nyawa aku sendiri yang aku takkan lakukan kesilapan yang sama dah! "

"Hahaha! Berani betul kau bersumpah atas nyawa kau, ya? Ingat, kalau kau gagal dan buat balik silap yang sama, alamatnya 7 kaki ke bawah nanti! "

Halilintar tersengih kambing. Dia pun berdiri dari duduknya semula dan menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya dengan kasar.

"Huff..! Baiklah! I can do this! "

Halilintar menoleh ke arah Nut semula. Mereka pun memeluk antara satu sama lain dan saling menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana keberadaan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

"I won't forget about this. I owe you a lot, Nut. "

"I know. And this is all I can do, though... Good luck. "

"Thanks. "
















☆☆☆☆☆
Go! Go! Hali! (๑•̀ㅂ •́)و ✧

Will You? [C]Where stories live. Discover now