Chap 87

764 82 13
                                    

"Aunty Yaya, kenapa aunty nak Taufan pakai baju ni? "

Taufan, si kanak-kanak kecil bertanya kepada Yaya sembari mereka berdua berjalan seiringan dengan saling berpegang tangan antara satu sama lain. Yaya hanya tersenyum sahaja mendengar soalan daripada Taufan. Dia tahu betapa terujanya kanak-kanak itu kerana hari ini adalah hari lahirnya. Sudah tentulah Taufan ingat hari ini adalah hari lahirnya! Namun begitu, kanak-kanak kecil itu tidak tahu akan kejutan yang bakal dia perolehi nanti. Maka sebab itulah Yaya hanya berdiam diri sahaja.

"Nanti kamu tahu la... Dah, jom cepat! Mesti Mama kamu dah tunggu kat rumah! "

"Ok! "

Dan mereka berdua pun menambahkan lagi kadar kelajuan langkah kaki mereka untuk tiba di rumah Gempa yang hanya 10 meter sahaja lagi.

•°•°•

"Terima kasih, Mama, Mommy. Sebab sudi tambah lagi makanan untuk majlis ni. "

"Alah... Tak mengapalah! Lagipun Mama dah lama tak jumpa Taufan. Rindu sangat dekat budak tu! "

Sara berkata dengan penuh keterujaan. Sudah lama dia tidak terbang ke bandar Eropah ini untuk bertemu dengan anak serta cucunya itu dek kerana sibuknya suaminya iaitu Amato dalam tugasan hariannya. Dan memandangkan mereka akhirnya mendapat peluang untuk berehat dan melupakan tentang pekerjaan pada hari ini, jadilah mereka berdua membuat keputusan untuk datang ke bandar yang besar dan maju ini semata-mata untuk meraikan ulang tahun kelahiran cucu pertama mereka, Taufan.

Gempa tersenyum sahaja melihat wajah ceria ibunya dan mak mertuanya. Lega rasanya kerana dia dapat bersemuka dengan mereka semula. Dia harap dia akan segera selesaikan kerjanya di sini dan segera pulang ke negara asalnya.

Tok! Tok! Tok!

Pandangan Gempa segera beralih ke pintu rumahnya apabila sebaik sahaja dia terdengar bunyi ketukan pintu dari sana. Seolah-olah tahu akan siapa yang sedang bertandang itu, cepat-cepat penghuni rumah di dalam itu berlari-lari dan mengambil tempat masing-masing.

"Eh, Gempa? Halilintar mana? "

Sara sempat bertanya akan keberadaan menantunya itu. Namun malangnya, persoalan itu hanya dibiarkan sahaja oleh Gempa sebelum dia segera mendapatkan pintu rumah.

Klik!

Muncul wajah Yaya yang sedang tersenyum sambil menampakkan barisan giginya yang putih sambil kedua belah tangannya sedang menutup kedua belah mata Taufan.

"Aunty Yaya! Taufan nak tengok Mama! Kenapa aunty tutup mata Taufan? "

"Hehe! Iya, Taufan! Aunty tahu! Tapi mula-mula Taufan kena masuk dulu! "

"Nak mashuk macam mana kalau aunty tutup mata Taufan? "

"Alah... Bukannya kamu dah lupa macam mana rumah kamu! Dah, masuk cepat!"

"Tapi nanti kalau Taufan jatuh macam mana? "

"Aunty akan lindungi kamu! Jangan risau! "

Dengan langkah yang ragu-ragu Taufan mula bergerak ke hadapan dan masuk ke dalam rumah yang dirasakannya seperti tiada penghuni itu. Sambil-sambil membuka kasutnya, hati kanak-kanak kecil itu tertanya-tanya akan kenapa dia tidak mendengar sebarang suara daripada ibunya. Adakah ibunya tiada di saat hari ulang tahun kelahirannya?

"Ok, kamu nak aunty bukakan mata kamu tak? "

"Apa aunty ni? Meshtilah nak! "

"Hahaha! Ok! Ok! Sedia? Satu... Dua... Tiga!"

Will You? [C]Where stories live. Discover now